LG Malaysia Perkenal LG PuriCare™ AeroCat Tower Penapis Udara Pertama Di Malaysia Khas Untuk Kucing

LG Malaysia Perkenal LG PuriCare™ AeroCat Tower Penapis Udara Pertama Di Malaysia Khas Untuk Kucing | Assalamualaikum semua... Sebagai pencinta kucing, sis terus rasa teruja apabila LG Electronics Malaysia secara rasmi memperkenalkan LG PuriCare™ AeroCat Tower Air Purifier, penapis udara pertama di Malaysia yang direka khusus untuk rumah dengan kucing.


Majlis pelancaran eksklusif ini telah berlangsung di Pavilion Bukit Jalil pada 8 Januari 2026, sekali gus menandakan satu langkah baharu dalam dunia peralatan rumah pintar yang bukan sahaja menjaga kesihatan manusia, malah memberi keselesaan maksimum kepada si bulus kesayangan.


Direka dengan gabungan teknologi penapisan udara canggih dan rekaan mesra kucing, LG PuriCare™ AeroCat Tower bukan sekadar penapis udara biasa. Ia dicipta khas untuk membantu isi rumah di Malaysia menikmati udara yang lebih bersih sambil memanjakan kucing seperti ahli keluarga sendiri. Tidak keterlaluan untuk dikatakan, kucing kini benar-benar dianggap sebagai sebahagian daripada gaya hidup moden.


Penapis Udara 4-dalam-1 Khas Untuk Rumah Pencinta Kucing


LG PuriCare™ AeroCat Tower merupakan penapis udara premium 4-dalam-1 yang dibangunkan berdasarkan pemahaman mendalam terhadap tingkah laku kucing serta cabaran kualiti udara dalam rumah yang mempunyai haiwan peliharaan. Produk ini juga menjadi antara inovasi terbaharu dalam ekosistem LG Subscribe, sambil mengekalkan falsafah jenama LG yang cukup sinonim dengan kehidupan seharian, iaitu Life’s Good.


Berdasarkan kajian pasaran terkini, 51% rakyat Malaysia memiliki haiwan peliharaan, dan daripada jumlah itu, sekitar 78% merupakan pemilik kucing. Peningkatan ini secara langsung mewujudkan permintaan terhadap solusi rumah yang bukan sahaja menjaga kebersihan udara, malah mengambil kira keselesaan serta keperluan kucing. Justeru, kehadiran LG PuriCare™ AeroCat Tower ke pasaran Malaysia dilihat sangat tepat pada masanya.


Inovasi Bermula Dengan Cara Hidup Rakyat Malaysia


Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi, berkongsi bahawa inovasi LG sentiasa bermula dengan memahami gaya hidup pengguna tempatan.

“Di LG, inovasi bermula dengan memahami bagaimana rakyat Malaysia hidup, 
dan satu trend yang jelas ialah kucing dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga. 
Ini mewujudkan keperluan untuk udara yang lebih bersih, pengurangan alergen, 
serta peralatan rumah yang benar-benar mesra haiwan peliharaan,”
Justin Choi,  Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia ~


Beliau turut menambah bahawa kejayaan LG PuriCare™ AeroCat Tower di negara seperti Taiwan, Hong Kong dan Jepun memberikan keyakinan tinggi bahawa pencinta kucing di Malaysia juga akan merasai manfaat yang sama, dari segi peningkatan kualiti udara dan keselesaan haiwan kesayangan mereka.


Tempat Rehat Hangat & Selesa Untuk Si Bulu


Antara ciri paling mencuri perhatian ialah heated dome seat yang berfungsi sebagai tempat rehat khas untuk kucing. Ia dilengkapi dua tetapan suhu, iaitu 34°C untuk anak kucing dan 39°C untuk kucing dewasa, memastikan tahap kehangatan yang sesuai mengikut usia.




Selain itu, dua mod pemanasan disediakan — sensing warmth mode yang aktif secara automatik apabila kucing duduk di atasnya, serta consistent warm mode untuk kehangatan berterusan. Tidak hairanlah produk ini bukan sahaja menjaga udara, malah menjadi spot kegemaran kucing untuk berehat.


Rekaan Senyap, Selamat & Mesra Kucing


LG PuriCare™ AeroCat Tower direka dengan menitikberatkan keselamatan dan keselesaan kucing. Tempat duduk berbentuk kubah dengan bahagian depan lebih rendah dan belakang lebih tinggi memberi rasa selamat sambil membolehkan kucing memerhati sekeliling.


Ia boleh menampung kucing sehingga 15kg, beroperasi dengan bunyi yang sangat senyap, dan secara automatik bertukar ke mod lebih senyap apabila kucing sedang berehat. Butang kawalan tersembunyi mengelakkan sentuhan tidak sengaja, manakala platform langkah yang stabil membantu kucing senior atau baka berkaki pendek naik dengan selamat.


Lebih menarik, terdapat sistem penimbang berat terbina dalam yang boleh diakses melalui aplikasi LG ThinQ, membolehkan pemilik memantau berat dan kesejahteraan kucing serta mengawal penapis udara secara jarak jauh.


Teknologi Penapisan Udara 360° Untuk Rumah Lebih Bersih


Dari sudut fungsi penapisan udara, LG PuriCare™ AeroCat Tower dilengkapi aliran udara 360° serta penapis HEPA berbilang lapisan yang mampu mengurangkan sehingga 99% bulu haiwan, debu dan bau tidak menyenangkan.


Teknologi UVnano pula membantu menyingkirkan 99.99% bakteria dan virus berbahaya pada bilah kipas, manakala penapis pra yang mudah ditukar berfungsi menangkap partikel besar seperti bulu kucing dan habuk, sekali gus memudahkan penyelenggaraan harian.


Langkah Awal Ke Arah Rumah Mesra Haiwan Peliharaan


Pelancaran LG PuriCare™ AeroCat Tower di Pavilion Bukit Jalil ini mencerminkan komitmen LG dalam memperluaskan ekosistem LG Subscribe, selain menjadikan teknologi premium lebih mudah diakses oleh pengguna di Malaysia. Ia juga menandakan permulaan kepada era baharu inovasi peralatan rumah mesra haiwan peliharaan.


Senarai harga Penulen Udara LG PuriCare™ AeroCatTower


Model Harga AS25GCBZ0 
Harga : RM3,200.00

Langganan : 

Layan Diri 
7-tahun
= RM70/bulan

5-tahun
= RM100/bulan

Lawatan Berkala
7-tahun
= RM90/bulan

5-tahun
= RM120/bulan

Untuk pembelian secara terus atau langganan, sila layari:
💥Perkhidmatan Langganan LG: https://www.lg.com/my/lg-subscribe/air-
purifiers/as25gcbz0/
💥 Kedai Rasmi LG: https://www.lg.com/my/lg-brandshop/

Bagi pencinta kucing, kehadiran produk ini jelas menawarkan solusi menyeluruh — udara lebih bersih, rumah lebih selesa, dan kucing pula rasa benar-benar dimanjakan 🐾💛




Post a Comment

0 Comments