AMEZCUA Raikan Ulang Tahun Ke-20 Dengan Pelancaran Global GX-1 Bio-Reset System di Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua... Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-20, jenama teknologi kesejahteraan global, Amezcua, melancarkan produk terbaharu mereka, GX-1 Bio-Reset System, iaitu grounding mat tanpa kuasa elektrik yang direka untuk melengkapkan rutin kesejahteraan harian.
Pelancaran global ini menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi sulung bagi strategi peluasan Amezcua ke rantau Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika Sub-Sahara sepanjang tahun 2026. Rantau-rantau ini kini mencatat peningkatan ketara dalam amalan kesejahteraan sebagai sebahagian daripada gaya hidup moden.
Perkembangan ini sejajar dengan trend global apabila ekonomi kesejahteraan Malaysia dianggarkan bernilai sekitar USD31.8 bilion, berdasarkan laporan Global Wellness Institute 2024. Angka ini mencerminkan minat pengguna yang semakin konsisten terhadap penyelesaian kesejahteraan berasaskan gaya hidup.
Grounding Mat Tanpa Elektrik Untuk Kegunaan Harian
GX-1 direka untuk kegunaan di rumah atau di tempat kerja tanpa memerlukan sebarang bekalan elektrik, bateri, pengecasan atau sambungan kuasa. Sebagai grounding mat tanpa kuasa, ia tidak menjana arus elektrik dan tidak memancarkan sebarang isyarat.
Sistem ini menggunakan wayar konduktif yang menghubungkan grounding mat utama kepada pad sentuhan di lantai. Grounding mat mudah alih ini bertujuan melengkapkan rutin rehat, pemulihan dan kesejahteraan menyeluruh sebagai sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat.
Amezcua merupakan jenama teknologi kesejahteraan di bawah QNET, sebuah syarikat jualan langsung yang memfokuskan kepada kesejahteraan dan gaya hidup. Pelancaran GX-1 mencerminkan komitmen berterusan organisasi tersebut dalam menyediakan penyelesaian kesejahteraan yang mudah diakses serta berinspirasikan alam semula jadi.
Fokus Kepada Kesejahteraan Proaktif
Menurut Mattias Mildenborn, Ketua Pegawai Eksekutif QNET, dunia kini menyaksikan peralihan besar daripada pendekatan penjagaan kesihatan reaktif kepada kesejahteraan yang lebih proaktif.
“GX-1 mencerminkan peralihan ini dengan menawarkan penyelesaian ringkas tanpa
kuasa elektrik yang boleh diintegrasikan secara lancar ke dalam gaya hidup moden,
tanpa kebergantungan tambahan kepada teknologi digital,”
Amalan grounding atau “earthing” semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. GX-1 dibangunkan di bawah bimbingan Amezcua Scientific Advisory Board yang terdiri daripada pakar dalam bidang sains tenaga dan kesihatan integratif, termasuk Profesor Dr. Konstantin Korotkov, yang terkenal dengan kajian berkaitan interaksi bioelektrik dan persekitaran.
Walau bagaimanapun, Amezcua menegaskan bahawa GX-1 diposisikan sebagai produk gaya hidup untuk kesejahteraan dan bukannya sebagai peranti perubatan.
Menurut Elena Khoo, Ketua Pegawai Pemasaran QNET, ketelusan semakin penting seiring peningkatan tahap kesedaran pengguna.
“Pengguna hari ini semakin bijak dan peka dalam membuat pilihan. Tanggungjawab
kami adalah untuk menjelaskan bahawa grounding ialah amalan gaya hidup pelengkap,
bukan rawatan atau intervensi perubatan. Pendekatan telus ini penting untuk
membina kepercayaan jangka panjang,”
Bahan, Keselamatan dan Kualiti Terjamin
GX-1 terdiri daripada lapisan atas electroconductive polyurethane (PU) dan lapisan asas busa Thermoplastic Polyester Elastomer (TPE). Ujian bebas oleh Bureau Veritas mengesahkan bahawa bahan-bahan ini mematuhi peraturan keselamatan kimia Kesatuan Eropah REACH serta bebas daripada Substances of Very High Concern (SVHC).
Bahan yang digunakan juga bersifat hipoalergenik dan selamat untuk sentuhan kulit dalam tempoh yang panjang. Produk ini dihasilkan di bawah sistem pengurusan kualiti yang diperakui ISO 9001:2015 dan diposisikan sebagai grounding mat kesejahteraan umum tanpa kuasa elektrik, bukan peranti perubatan.
Fleksibel Untuk Pelbagai Kegunaan
GX-1 ditawarkan dalam satu set yang mengandungi dua unit iaitu satu grounding mat bersaiz besar dan satu grounding mat bersaiz kecil. Grounding mat bersaiz besar sesuai digunakan di atas katil di bawah cadar, di atas kerusi atau sofa, atau sebagai grounding mat yoga dalam rutin kesejahteraan peribadi.
Grounding mat bersaiz kecil pula direka untuk mudah dibawa ke mana-mana, termasuk semasa perjalanan seperti dalam kapal terbang dengan meletakkannya di bahagian kaki, atau digunakan di meja kerja. Bagi pengguna yang memerlukan permukaan lebih luas, kedua-dua grounding mat boleh disambungkan untuk membentuk permukaan grounding yang lebih besar.
Produk ini boleh didapati melalui e-kedai rasmi QNET dan menerusi Pengedar Bebas Sah di pasaran terpilih.
Seiring peluasan Amezcua ke pasaran baharu sepanjang tahun 2026, pelancaran GX-1 mencerminkan fokus berterusan jenama ini terhadap teknologi kesejahteraan berinspirasikan alam semula jadi yang disesuaikan dengan gaya hidup kontemporari.
.










0 Comments