HKL Lancar Kempen “What Women Want” Dengan Sesi Santai ‘Sip & Share’ Tentang Perimenopause

HKL Lancar Kempen “What Women Want” Dengan Sesi Santai ‘Sip & Share’ Tentang Perimenopause | Assalamualaikum semua.. Dalam kesibukan hidup seharian, sis selalu rasa topik kesihatan wanita ni jarang betul dibincangkan secara terbuka — apatah lagi bila melibatkan isu hormon dan perubahan tubuh. Tapi pada 17 Mac 2026 yang lalu, sis berpeluang menghadiri satu sesi yang betul-betul membuka mata.


Bertempat di Cyberjaya, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) dengan kerjasama Parenthood Media melalui komuniti KitaParents telah menganjurkan sesi santai dikenali sebagai “Sip & Share”, sempena pelancaran kempen “What Women Want (For Health)” bagi tahun 2026.


‘Sip & Share’ Café Talk ‘What Women Want’


Sejujurnya, sis ingatkan ini sekadar sesi talk biasa. Tapi bila sampai, suasana dia memang lain. Lebih santai, lebih mesra, macam lepak minum kopi dengan kawan-kawan tapi memandangkan ni bulan Ramadan, kopi kena tunggu berbuka puasa la. Tapi memang best, tiada rasa formal atau kekok. 


Dari awal lagi sis dah boleh rasa yang sesi ni memang dicipta sebagai safe space untuk wanita berkongsi cerita tanpa rasa dihakimi. Dan mungkin sebab itu juga, topik yang dibincangkan iaitu mengenai perimenopause terasa lebih mudah untuk difahami dan diterima.


Perimenopause: Rupanya Ramai Yang Mengalaminya


Sepanjang sesi berlangsung, sis mula sedar satu perkara penting. Ramai wanita sebenarnya mengalami simptom yang sama, cuma selama ini mereka anggap ia perkara biasa.


Antara yang dikongsikan termasuk:

  • Cepat penat walaupun rehat cukup
  • Emosi yang berubah secara tiba-tiba
  • Gangguan tidur
  • Kitaran haid yang tak menentu

Sebelum ni, semua ni selalu disalah anggap sebagai stress atau faktor usia. Tapi melalui sesi ini, barulah jelas bahawa ia mungkin berkait dengan perubahan hormon dalam fasa perimenopause.


Ilmu Dari Pakar, Tapi Disampaikan Dengan Santai


Sesi ini dikendalikan oleh Dr Premitha Damodaran, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dari PHKL serta Ahli Lembaga International Menopause Society. Apa yang sis suka, cara Dr Premitha explain memang sangat ‘down to earth’. Tak terlalu teknikal, tapi cukup jelas untuk buat semua faham apa yang sedang berlaku pada tubuh masing-masing.


"As a specialist who has been advocating for menopause awareness for many years,
I often see women in my clinic navigating perimenopause feeling isolated 
because they do not realise their symptoms are part of a larger hormonal shift. 
By becoming more aware and attuned to these changes early on, women 
can reclaim control over their well-being. Understanding that you do not 
have to suffer in silence is the first step toward thriving 
with confidence and grace."
~ Dr Premitha Damodaran, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dari PHKL ~

Menurut Teresa Chin pula, wanita hari ini memegang pelbagai peranan dalam hidup sebagai ibu, pekerja dan penjaga sampai kadang-kadang kesihatan sendiri terpaksa diketepikan. 


“Women today juggle multiple roles, as mothers, professionals, and caregivers 
often at the expense of their own physiological well-being,” 
~ Teresa Chin, CEO of Parenthood Media ~

Dan bila dengar tu, memang ramai yang mengangguk setuju… termasuk sis sendiri.


Aktiviti Interaktif Yang Buat Semua Lebih Terbuka


Salah satu bahagian yang paling sis ingat adalah sesi menggunakan kad perbualan (prompt cards).

Soalan-soalan yang diberikan memang sangat relatable, contohnya:

“Apa perkara yang dulu saya sangka cuma stress?”
“Apa yang saya pernah Google tengah malam tapi tak berani tanya sesiapa?”


Bila mula berbual berdasarkan soalan ni, suasana terus jadi lebih jujur. Ramai yang mula berkongsi pengalaman sebenar tanpa perlu berselindung.


Sessi Q&A Bersama Dr Premitha


Satu lagi yang sis rasa sangat membantu adalah sesi Live Q&A anonim.

Peserta boleh tanya soalan tanpa perlu malu-malu (kerana yang hadir semua wanita) dan semua persoalan dijawab secara profesional oleh Dr Premitha.


Ini memang penting, sebab ada perkara yang kita simpan lama bukan sebab tak nak tahu, tapi sebab tak tahu nak tanya siapa.


Lebih Daripada Sekadar Talk — Ini Tentang Sokongan


Apa yang buat sesi “Sip & Share” ni berbeza adalah elemen komuniti yang kuat. Kebanyakan tetamu yang hadir terdiri daripada ibu-ibu dalam komuniti Parenthood dan KitaParents bukan sahaja datang untuk belajar, tapi juga untuk saling menyokong. Sis sendiri rasa suasana dia sangat warm, macam berada dalam circle yang faham apa yang kita lalui.



Penutup Dengan Suasana Ramadan Yang Bermakna


Majlis diakhiri dengan sesi berbuka puasa bersama. Dari perbincangan yang mendalam, suasana bertukar jadi lebih santai dengan gelak tawa dan sembang ringan. Moment ni memang buat sis rasa acara ni bukan sekadar sesi ilmu, tapi satu pengalaman yang cukup bermakna.



Wanita Tak Perlu Lalui Fasa Ini Seorang Diri


Dari pengalaman sis sendiri, satu perkara yang paling jelas bahawa perimenopause bukan sesuatu yang perlu dihadapi secara diam atau bersendirian. Dengan kesedaran dan sokongan yang betul, wanita boleh melalui fasa ini dengan lebih yakin dan tenang.


Kalau korang mula rasa perubahan pada diri yang menjejaskan kualiti hidup, jangan abaikan. Dapatkan nasihat daripada pakar seperti di Pantai Hospital Kuala Lumpur untuk pelan kesihatan yang sesuai.





Post a Comment

0 Comments