Pameran International Café and Beverage Show (ICBS) 2026 Edisi Ke-5 Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Baru-baru ni, sis berpeluang menghadiri satu majlis press conference pengenalan awal untuk International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026). Majlis ini dianjurkan oleh Montgomery Asia dengan kerjasama beberapa rakan industri termasuk Barista Guild Asia, Eciatto dan HJC Global Tea Fair.
Walaupun ini baru sesi pengenalan dan event sebenar belum berlangsung, suasana sepanjang majlis tu sendiri dah cukup buat sis rasa teruja. Dari perkongsian panel jemputan sehinggalah kepada hala tuju industri yang dibentangkan, semuanya menunjukkan bahawa ICBS 2026 bakal jadi antara event paling besar dalam dunia kafe dan minuman di Malaysia.
Majlis Sidang Media Untuk Pameran International Café and Beverage Show (ICBS) 2026
Sejujurnya, sis datang ke press conference ni dengan perasaan yang excited sebab sis dah pernah pergi ke ICBS yang lepas. Jadi sis teruja untuk mengetahui apakah intipati menarik untuk penganjuran edisi ke-5 ini. Dalam majlis ini, perkongsian yang diberikan bukan sekadar info event, tapi lebih kepada gambaran besar tentang masa depan industri minuman.
Menurut pihak penganjur, ICBS kini bukan lagi sekadar pameran perdagangan, tetapi sudah berkembang menjadi satu platform yang mempengaruhi arah aliran budaya kafe di rantau ini.
, turut berkongsi:
“ICBS telah menjadi pemangkin kepada ekonomi minuman Asia Tenggara. Di sinilah idea-idea dipertukarkan, perkongsian strategik dibentuk, dan perniagaan menemui laluan baharu untuk pertumbuhan.”
~ Mr Alun Jones, Pengarah Projek di Montgomery Asia ~
Bila dengar sendiri daripada beliau, sis boleh nampak betapa seriusnya peranan ICBS dalam industri ni.
Penganjuran ICBS 2026 Edisi Ke-5
Masa penganjuran pameran ini juga tepat. Sektor perkhidmatan makanan Malaysia dianggarkan bernilai
USD 14.75 bilion pada tahun 2025 dan dijangka mencecah USD 27.50 bilion menjelang 2030 menurut data industri. Dalam masa yang sama, permintaan terhadap minuman premium dan berfungsi semakin meningkat — segmen teh sedia diminum sahaja dijangka berkembang sebanyak USD 32.4 juta antara 2025 hingga 2030
Angka-angka ini bukan sekadar bersifat abstrak; ia mencerminkan perubahan dalam corak perbelanjaan, gaya bersosial dan kecenderungan rakyat Malaysia terhadap pengalaman baharu, dan ICBS menjadi platform yang menghimpunkan pemain industri bagi memberi respons terhadap perubahan ini.
Skala Antarabangsa yang Semakin Besar
Apa yang buat sis lagi impressed adalah skala event ni yang semakin berkembang setiap tahun.
Berdasarkan apa yang dikongsikan:
✅ Lebih 650 jenama akan terlibat
✅ Sekitar 1,000 barista dan 2,000 pemilik kafe bakal hadir
✅ Dijangka menarik 13,000 pengunjung dari 55 negara
Bagi sis, angka ni bukan kecil. Ini menunjukkan Malaysia, khususnya Kuala Lumpur, semakin dikenali sebagai hab kafe di Asia Tenggara.
Teh Khusus Jadi Tumpuan Baru
Satu lagi highlight besar yang banyak dibincangkan semasa press conference ialah pengenalan segmen teh khusus. Segmen ini dibangunkan dengan kerjasama HJC Global Tea Fair, dan ini merupakan kali pertama diperkenalkan dalam ICBS.
Menurut Alun Jones lagi:
“Kopi terus menjadi asas budaya kafe, namun momentum kukuh turut dilihat dalam teh khusus, minuman sedia diminum serta konsep berinspirasikan mixology.”
~ Mr Alun Jones, Pengarah Projek di Montgomery Asia ~
Dari apa yang sis faham, trend sekarang memang dah berubah. Ramai pengguna mula mencari alternatif selain kopi — termasuk teh premium dan minuman yang lebih ‘functional’.
Platform Bakat & Kreativiti Industri
Selain pameran, ICBS 2026 juga akan menampilkan pelbagai pertandingan yang menjadi tumpuan utama industri.
Antaranya di bawah Malaysia Open Coffee Championship:
✅ Malaysia Open Barista Championship
✅ Malaysia Open Latte Art Championship
✅ Malaysia Open Brewers Cup
Seramai 38 peserta akan bersaing, menjadikan pertandingan ini bukan sekadar platform untuk menang, tetapi juga sebagai ruang pembangunan bakat. Dalam masa sama, satu lagi segmen yang menarik perhatian sis ialah ICBS: Unite Malaysian Taste Challenge 2026.
Pertandingan ini menggabungkan elemen mixology dengan identiti tempatan — di mana peserta perlu mencipta mocktail berasaskan warisan rasa Malaysia. Bagi sis, ini satu pendekatan yang sangat fresh, sebab ia bukan saja kreatif tetapi juga mengangkat bahan tempatan ke tahap lebih tinggi.
Industri F&B Malaysia Semakin Berkembang
Dalam sesi tersebut, turut dikongsikan tentang perkembangan pesat industri makanan dan minuman di Malaysia. Dengan nilai pasaran yang semakin meningkat dan permintaan terhadap minuman premium yang kian bertambah, jelas bahawa industri ini sedang melalui fasa transformasi.
“ICBS terletak di tengah-tengah ekosistem ini — bukan sekadar pameran, tetapi ruang yang sering menjadi titik kemunculan awal idea-idea baharu dalam budaya kafe Malaysia.”
~ Mr Alun Jones, Pengarah Projek di Montgomery Asia ~
Ayat ni memang melekat pada sis — sebab ia menggambarkan ICBS bukan sekadar event, tapi satu platform inovasi.
Info Penting Untuk ICBS 2026
Untuk yang dah rasa macam nak pergi:
👉 7 & 8 Mei 2026 – khas untuk pelawat perdagangan
👉 9 Mei 2026 – dibuka kepada orang awam
👉 Lokasi: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
👉 Kemasukan: Percuma (dengan pendaftaran awal)
Kesimpulan Dari Perspektif Sis
Walaupun sis hanya menghadiri press conference, apa yang dikongsikan sudah cukup memberi gambaran besar tentang potensi ICBS 2026. Dengan penganjuran oleh Montgomery Asia bersama rakan industri yang kukuh, tak hairanlah ICBS terus berkembang setiap tahun. Dari penglibatan antarabangsa, inovasi minuman, sehinggalah kepada fokus terhadap identiti tempatan — semuanya nampak seimbang dan relevan dengan perkembangan semasa.
Kalau korang minat dunia kafe, nak cari inspirasi, atau sekadar nak explore trend minuman terkini, sis rasa ICBS 2026 memang event yang patut ada dalam radar.
Sis sendiri? Confirm dah “bookmark” tarikh ni dalam calendar 😄










0 Comments