Rangkaian Skincare Asia Terbaharu Dibangun Bersama dan Diuji oleh Pakar Dermatologi Asia | Assalamualaikum semua... Kalau korang perasan, sekarang memang makin ramai yang mula beralih kepada produk penjagaan kulit dari Asia. Bukan sekadar ikut trend K-beauty atau C-beauty, tapi sebab ramai dah sedar yang formulasi produk Asia sebenarnya lebih serasi dengan kulit dan iklim kita. Baru-baru ini, guardian Malaysia meraikan fenomena ini menerusi acara Asian Derma Concourse yang berlangsung di Sunway Pyramid dari 20 hingga 26 April 2026, dengan tema SkinQi yang menggabungkan sains dermatologi moden dan pendekatan holistik penjagaan kulit Asia.
Pelancaran Rangkaian Skincare Derma Dari Asia
Acara ini bukan sekadar pameran biasa, tetapi turut menyaksikan pelancaran rasmi rangkaian penjagaan kulit derma dari China dan Korea yang kini boleh didapati di guardian. Antara jenama yang diperkenalkan termasuk Winona, Pyunkang Yul, APLB, 377 Sightfuture, Proya, Chando dan HBN, dan kebanyakannya ditawarkan secara eksklusif. Kehadiran jenama-jenama ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna tempatan, terutamanya bagi mereka yang sedang mencari solusi untuk masalah kulit seperti jerawat, ekzema, hiperpigmentasi dan kulit sensitif.
APLB
APLB menawarkan rangkaian skincare premium dari Korea yang diperkaya dengan Glutathione dan Niacinamide untuk membantu mencerahkan serta melembapkan kulit dengan lebih efektif. Setiap produknya diformulasikan tanpa pewangi dan telah melalui ujian hypoallergenic, menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif. Direka untuk menenangkan kulit, meningkatkan seri dan keanjalan, APLB memberikan kesan pencerahan yang lembut tetapi berkesan untuk semua jenis kulit. Gabungan bahan aktif dermatologi dan ramuan trending menjadikan jenama ini bukan sahaja efektif, tetapi juga mampu milik.
Pyunkang Yul
Pyunkang Yul merupakan jenama penjagaan kulit dari Korea yang berasaskan pengalaman lebih 50 tahun daripada Pyunkang Eastern Medicine Clinic. Klinik ini terkenal dalam merawat masalah kulit sensitif dan telah membantu lebih 150,000 pesakit di Korea. Produk Pyunkang Yul dibangunkan oleh doktor dengan formulasi minimalis yang fokus kepada keperluan kulit sensitif dan rosak. Ia direka khas untuk memulihkan dan menenangkan kulit tanpa penggunaan bahan yang tidak perlu.
Winona
Winona berasal dari Yunnan, China yang dikenali sebagai “Kingdom of Plants” kerana kekayaan biodiversitinya. Kawasan ini mempunyai lebih 19,000 spesies tumbuhan, menjadikannya sumber utama bahan semula jadi untuk penyelidikan skincare. Dengan kelebihan ini, Winona memberi tumpuan kepada penggunaan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang terbukti berkesan. Jenama ini sangat popular dalam kalangan mereka yang mempunyai kulit sensitif, dengan fokus utama pada pemulihan skin barrier.
377 Sightfuture
Sightfuture ialah jenama kecantikan berasaskan sains yang disokong oleh lebih 20 tahun kepakaran dalam kajian melanin dan penjagaan kulit. Jenama ini menekankan pendekatan inovatif dengan tidak hanya bergantung kepada satu bahan, tetapi menggunakan pelbagai laluan untuk meningkatkan kesihatan kulit dan kesan pencerahan. Sebagai perintis dalam penggunaan bahan 377, Sightfuture dikenali sebagai peneraju dalam solusi pencerahan kulit yang lebih maju, selamat dan berkesan, khusus untuk keperluan kulit Asia moden.
Proya
Proya mengetengahkan konsep tenaga muda dengan sokongan sains dan teknologi. Jenama ini komited dalam menghasilkan produk skincare yang selamat, efektif dan berpaksikan kajian saintifik. Dengan fokus kuat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), Proya terkenal terutamanya dalam kategori anti-penuaan, sambil terus menerajui trend kecantikan moden.
Chando
Chando merupakan jenama skincare yang diinspirasikan daripada bahan semula jadi dan botanikal, termasuk ramuan berasaskan Tibet. Sebagai salah satu jenama C-beauty yang menonjol, Chando menggabungkan falsafah tradisional China dengan teknologi moden untuk menghasilkan produk yang mampan dan berkualiti tinggi. Produk-produk Chando terkenal dengan formulasi yang lembut serta memberi penekanan kepada hidrasi kulit.
HBN
HBN ialah jenama penjagaan kulit yang memberi fokus kepada ketelusan bahan dan keberkesanan produk. Ia sering dianggap sebagai pelopor dalam skincare dari China yang benar-benar memberikan hasil. Keberkesanan produknya turut disokong oleh ujian pihak ketiga. Produk HBN diformulasikan secara lembut, bebas daripada paraben serta telah melepasi ujian keselamatan seperti preservative test dan patch test.
Cuaca Panas & Kesan Terhadap Kulit
Dalam keadaan cuaca yang semakin panas kebelakangan ini, penjagaan kulit bukan lagi sesuatu yang boleh diambil ringan. Gelombang haba yang melanda bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan, tetapi juga kepada keadaan kulit. Kulit boleh jadi lebih kering, sensitif dan mudah mengalami iritasi. Disebabkan itu, ramai mula mencari produk yang bukan sahaja berkesan, tetapi juga sesuai dengan keadaan kulit orang Asia yang unik dari segi struktur dan pigmentasi.
Formulasi Sesuai Untuk Kulit Asia
Menurut Pengarah Urusan guardian Malaysia, Priscilla Wu, rangkaian produk yang dibawa masuk ini dipilih khas kerana ia memberi tumpuan kepada keperluan sebenar pengguna Asia. Apa yang menarik, ada formulasi yang menggabungkan keseimbangan antara bahan semula jadi seperti herba dengan teknologi sains moden, sekali gus menawarkan pendekatan penjagaan kulit yang lebih menyeluruh dan efektif.
Konsep ‘Made-for-Me’ Yang Lebih Personal
Selain itu, konsep “made-for-me” yang diketengahkan dalam rangkaian ini juga memberi nilai tambah kepada pengguna. Setiap produk dirumus dengan mengambil kira keperluan spesifik kulit, sama ada untuk kawalan jerawat, pencerahan, anti-penuaan atau pemulihan lapisan pelindung kulit. Produk-produk ini juga dibangunkan bersama pakar dermatologi serta melalui ujian klinikal yang ketat, menjadikannya lebih diyakini dari segi keberkesanan.
Teknologi AI Untuk Analisis Kulit Lebih Tepat
Apa yang buat pengalaman di guardian lebih menarik adalah penggunaan teknologi Pemeriksaan Kesihatan Kulit berkuasa AI. Melalui teknologi ini, pelanggan boleh memahami keadaan kulit mereka dengan lebih tepat sebelum memilih produk yang sesuai. Selepas itu, ahli farmasi Pakar Derma dan penasihat derma di stor akan membantu mencadangkan rutin penjagaan kulit yang paling optimum berdasarkan analisis tersebut.
Kerjasama Dengan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
Dalam usaha memperkukuhkan lagi kepakaran dalam bidang dermatologi, guardian turut memeterai Memorandum Persefahaman bersama Persatuan Farmasi Malaysia (MPS). Kerjasama ini membuka ruang kepada latihan profesional yang lebih mendalam untuk kakitangan mereka, sekali gus memastikan pelanggan mendapat nasihat yang lebih tepat dan dipercayai. Setakat ini, guardian mempunyai lebih 100 ahli farmasi Pakar Derma dan lebih 600 penasihat derma yang bersedia membantu pelanggan di seluruh negara.
guardian Sebagai Destinasi Sehenti Penjagaan Kulit
Secara keseluruhannya, pelancaran rangkaian penjagaan kulit derma Asia ini menunjukkan komitmen guardian dalam menyediakan solusi penjagaan kulit yang lebih relevan dengan keperluan pengguna tempatan. Dengan gabungan produk yang tepat, kepakaran profesional dan teknologi moden, guardian kini semakin kukuh sebagai destinasi sehenti untuk penjagaan kulit yang lebih efektif.
Kalau korang tengah mencari produk yang benar-benar sesuai dengan kulit dan keadaan cuaca di Malaysia, mungkin ini masa yang sesuai untuk cuba sendiri dan lihat perubahannya.
















0 Comments