Salonpas® Rai Hari Salonpas Dengan Strategi Baharu & Kerjasama Komuniti Aktif di Malaysia

Salonpas® Rai Hari Salonpas Dengan Strategi Baharu & Kerjasama Komuniti Aktif di Malaysia | Assalamualaikum semua.. Jenama koyok terkenal dunia, Hisamitsu Pharmaceutical Malaysia terus mengorak langkah lebih agresif apabila meraikan Hari Salonpas® tahun ini dengan pelbagai strategi baharu yang lebih dekat dengan gaya hidup pengguna moden dan aktif.


Bertempat di Subang Jaya, Hisamitsu Pharmaceutical Malaysia Sdn. Bhd. berkongsi pencapaian membanggakan apabila Salonpas® sekali lagi diiktiraf oleh Euromonitor International sebagai jenama koyok melegakan kesakitan No.1 dunia berdasarkan jualan tertinggi — dan lebih manis lagi, pengiktirafan ini berjaya dikekalkan buat kali ke-10 sejak tahun 2016.


Bukan itu sahaja, syarikat induknya iaitu Hisamitsu Pharmaceutical Co., Inc. turut diiktiraf sebagai syarikat farmaseutikal dengan pegangan pasaran terbesar dunia dalam kategori koyok melegakan kesakitan selama sembilan tahun berturut-turut. Satu pencapaian yang sememangnya cukup besar dalam industri penjagaan kesihatan global.


Apa yang menarik perhatian sis kali ini ialah bagaimana jenama yang sudah bertapak sejak sekian lama ini masih kekal relevan dan terus bergerak selari dengan perubahan gaya hidup pengguna masa kini. Dalam era digital sekarang, Hisamitsu Malaysia dilihat lebih fokus kepada transformasi digital, perkembangan e-dagang serta pendekatan media sosial dan komuniti untuk mendekati generasi pengguna yang lebih celik teknologi dan mementingkan kesihatan.


Hari Salonpas® Bawa Maksud Tersendiri


Mungkin ramai yang tak tahu, 18 Mei sebenarnya telah diangkat sebagai Hari Salonpas® di peringkat global. Tarikh ini bukan dipilih secara kebetulan kerana ia mempunyai maksud yang cukup unik dalam budaya Jepun.


Nombor “5” membawa maksud kori iaitu kekejangan, manakala nombor “18” pula merujuk kepada iyasu yang bermaksud melegakan. Apabila digabungkan, ia membentuk frasa “Kori wo Iyasu” yang membawa maksud “melegakan kekejangan”.


Menarik juga bila tahu setiap tarikh dan sambutan itu sebenarnya ada simbolik tersendiri yang berkait rapat dengan identiti jenama dan fungsi produk mereka.


Sambutan Ulang Tahun Ke-92 Salonpas®


Tahun 2026 juga menjadi satu lagi detik penting buat Salonpas® kerana jenama ini kini memasuki ulang tahun ke-92 sejak mula diperkenalkan pada tahun 1934.


Walaupun sudah hampir satu abad berada di pasaran, Salonpas® masih terus berkembang dan memperkukuhkan kedudukannya dalam industri penjagaan kesihatan. Malah, Hisamitsu turut menyasarkan pertumbuhan dua digit untuk tahun 2026 menerusi pelbagai strategi baharu termasuk penggunaan teknologi digital, e-dagang dan pengukuhan pemasaran media sosial.


Langkah ini jelas menunjukkan bahawa jenama tradisional juga mampu berkembang mengikut arus moden jika tahu bagaimana untuk memahami keperluan pengguna semasa.


Kerjasama Dengan PLAYA Racquet Club Tarik Perhatian


Antara pengumuman paling menarik sempena sambutan kali ini ialah usahasama pertama antara Hisamitsu Malaysia dan PLAYA Racquet Club @ PARC Subang menerusi acara Salonpas® Day Pickle & Patch.


Kerjasama ini dilihat sebagai satu langkah bijak dalam mendekati komuniti gaya hidup aktif, khususnya peminat sukan pickleball dan aktiviti rekreasi yang kini semakin popular di Malaysia.


Melalui inisiatif ini, Salonpas® bukan sekadar dilihat sebagai produk melegakan kesakitan, tetapi juga sebagai teman pemulihan yang dipercayai untuk mereka yang aktif bersukan dan sentiasa bergerak.


Difahamkan, kerjasama ini juga bakal menjadi permulaan kepada lebih banyak kolaborasi bersama industri sukan dan kesejahteraan di seluruh negara pada masa akan datang.


Dari Jepun ke Seluruh Dunia


Untuk pengetahuan, Hisamitsu Pharmaceutical Co., Inc. telah ditubuhkan sejak tahun 1847 di Jepun dan kini beroperasi di lebih 50 negara di seluruh dunia.


Selain Salonpas®, syarikat ini juga terkenal dengan produk lain seperti ByeBye-FEVER® yang cukup dikenali dalam kalangan pengguna.


Dengan reputasi global yang kukuh serta strategi baharu yang lebih moden dan dekat dengan komuniti, tidak mustahil Salonpas® akan terus kekal sebagai antara jenama pilihan utama pengguna untuk produk melegakan kesakitan dalam tempoh yang panjang.

Post a Comment

0 Comments