OVERSEA Lancar “The Moonlight Collection” 2026, Koleksi Mooncake Dengan Sentuhan Moden

OVERSEA Lancar “The Moonlight Collection” 2026, Koleksi Mooncake Dengan Sentuhan Moden | Bila tiba musim Mid-Autumn Festival, antara perkara yang paling sinonim dengan perayaan ini tentulah mooncake. Bukan sekadar manisan, mooncake juga membawa simbolik tentang pertemuan, keluarga dan kehangatan berkumpul bersama insan tersayang.


Sempena sambutan Mid-Autumn Festival 2026, OVERSEA (海外天) kembali dengan koleksi istimewa mereka, “The Moonlight Collection”, yang menggabungkan keunikan resipi tradisional dengan cita rasa moden. Menariknya, koleksi kali ini mengetengahkan gabungan Momoyama-style pastry dan snow skin mooncakes, lengkap dengan pilihan perisa kreatif yang sesuai untuk generasi masa kini.


Setiap mooncake dihasilkan dengan teliti, daripada tekstur dan kekayaan inti sehinggalah kepada tahap kemanisan yang seimbang. Jadi, bukan sahaja cantik untuk dijadikan buah tangan, rasanya pun memang dibuat untuk dinikmati bersama keluarga.


3 Perisa Baharu Yang Menarik Perhatian


Untuk koleksi 2026, OVERSEA memperkenalkan tiga perisa baharu yang menampilkan kreativiti dalam seni pembuatan pencuci mulut moden.

🍑 Momoyama Peach Tea Cream Cheese Mooncake
Kalau sis suka sesuatu yang ringan dan wangi, yang ini memang menarik. Mooncake berasaskan pastri Momoyama ini menggabungkan aroma peach tea yang menyegarkan bersama inti cream cheese yang lembut dan berkrim. Teksturnya ringan dengan aroma yang elegan, menjadikannya pilihan yang sedikit berbeza daripada mooncake tradisional.

🍮 Momoyama Toffee Caramel Mooncake
Untuk peminat rasa manis yang lebih indulgent, ada pula Momoyama Toffee Caramel Mooncake. Pastri Momoyama yang lembut dipadankan dengan rasa toffee yang kaya serta kemanisan caramel yang lebih mellow. Walaupun mempunyai rasa yang penuh, kemanisannya masih seimbang dan tidak terlalu muak.

🥭 Snowy Mango Boba Mooncake
Yang ini pula memang nampak macam pilihan untuk generasi muda! Snowy Mango Boba Mooncake menampilkan snow skin yang lembut dan chewy dengan aroma mangga tropika yang cukup menyegarkan. Lebih menarik, ia turut disertakan dengan boba pearls yang kenyal, memberikan kejutan tekstur dalam setiap gigitan.

Pilihan Mooncake Kegemaran Ramai Pun Ada


Bukan hanya perisa baharu, OVERSEA turut menampilkan beberapa pilihan Momoyama-style mooncakes yang sudah menjadi kegemaran ramai. Antaranya termasuk Chocolate Lava Mooncake dan Matcha Red Bean Mochi Mooncake.

Bagi peminat snow skin pula, ada pilihan seperti Snowy Hazelnut Chocolate Ganache Mooncake dan Snowy Noble Delight with Mango Mooncake.

Pendek kata, memang banyak pilihan untuk dipilih mengikut citarasa — daripada rasa coklat dan matcha sehinggalah kepada buah-buahan tropika.


Mooncake Signature OVERSEA Masih Jadi Pilihan


Sudah tentu koleksi tahun ini tidak lengkap tanpa beberapa mooncake signature OVERSEA yang menjadi kegemaran pelanggan setiap tahun.

Antara pilihan yang masih dikekalkan ialah:
  • Shanghai with Single Yolk
  • Golden Starlight with Single Yolk
  • Noble Delight with Single Yolk


Pilihan klasik seperti ini sesuai untuk mereka yang masih mahu menikmati rasa mooncake tradisional sambil mencuba koleksi moden yang diperkenalkan tahun ini.


“Lunar Rise” Gift Set — Cantik Untuk Buat Buah Tangan


Kalau sis tengah mencari hadiah Mid-Autumn Festival, OVERSEA turut menyediakan “Lunar Rise” Gift Set pada harga RM168 sekotak.

Dalam satu kotak, terdapat empat pilihan mooncake:
  • Momoyama Peach Tea Cream Cheese
  • Momoyama Toffee Caramel
  • Golden Starlight with Single Yolk
  • White Lotus with Single Yolk (Less Sweet)


Gabungan perisa moden dan signature OVERSEA ini menjadikan Lunar Rise Gift Set pilihan yang cukup sesuai untuk diberikan kepada keluarga, rakan-rakan, rakan sekerja atau sebagai buah tangan ketika berkunjung ke rumah saudara-mara. Dengan pembungkusan yang elegan pula, memang nampak lebih istimewa bila diberikan sebagai hadiah.


Tradisi Lama Dengan Cita Rasa Generasi Baharu


Menurut wakil OVERSEA, Mid-Autumn Festival bukan sekadar tentang menikmati mooncake, tetapi turut menjadi satu momen untuk berkumpul dan meraikan hubungan bersama insan tersayang. Koleksi Moonlight 2026 masih mengekalkan perisa klasik yang dinantikan pelanggan setiap tahun, sambil memperkenalkan perisa kontemporari yang lebih dekat dengan citarasa generasi baharu. Pendekatan ini menjadikan koleksi tahun ini satu cara menarik untuk menikmati semula tradisi Mid-Autumn dengan perspektif yang lebih moden.



Bila & Di Mana Nak Beli?

OVERSEA The Moonlight Collection 2026 boleh didapati untuk tempoh terhad sepanjang musim Mid-Autumn Festival.

Mooncake boleh dibeli di cawangan OVERSEA terpilih, lokasi jualan khas serta melalui tempahan dalam talian di laman rasmi OVERSEA.

Lokasi Jualan Pop-up
📍 Sunshine Centre Farlim, Penang
📍 1 Utama (AEON), Petaling Jaya
📍 Lotus’s Kepong, Kuala Lumpur


Cawangan OVERSEA

Bagi yang nak dapatkan koleksi ini atau menikmati hidangan OVERSEA secara terus, berikut antara cawangan yang tersedia:

OVERSEA IMBI
84–88, Jalan Imbi, Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
📞 03-2144 9911
📱 WhatsApp: 012 928 3170

OVERSEA ONE UTAMA
Lot G218, Ground Floor (Old Wing), 1 Utama Shopping Centre,
No. 1, Lebuh Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor
📞📱 010 879 7227 / 010 879 7007

OVERSEA BANDAR BARU SRI PETALING
62–66, Jalan 1/149D, Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur
📞 03-9057 9911
📱 WhatsApp: 012 292 3170

OVERSEA GENTING HIGHLANDS
Lot FW-T201, Genting Highlands,
69000 Genting Highlands, Pahang
📞 03-6101 1722

OVERSEA IPOH
57–65, Jalan Seenivasagam, Kampung Jawa,
30450 Ipoh, Perak
📞 05-253 8005
📱 WhatsApp: 012 938 3170

OVERSEA PALACE SEAFOOD
Ground Floor, Menara Lien Hoe,
8, Persiaran Tropicana, Tropicana,
47410 Petaling Jaya, Selangor
📞 010-303 1888

OVERSEA SEAFOOD KL (PORK-FREE)
436, Jalan Tun Razak, Kelab Golf di Raja Selangor,
55000 Kuala Lumpur
(Sebelah Spark KL)
📞 010-303 2200

EMP KL (PORK-FREE)
1st Floor, The Westin Kuala Lumpur,
199, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
📞 010-303 0011



Post a Comment

0 Comments