Rama-rama 'Kepala Ular'

15.6.12

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ni nak share sikit pengalaman aku tahun lepas pada tanggal 15 April 2011 (masa tu takde blog..hehehe). Hari tu aku nak pi keja. Cam biasa le tutup pintu & turun tangga. Maklum le umah teman ni tingkat 5...hehehe..sampai kat tingkat 4 aku jumpa something yang mengejutkan.. seekor rama-rama yang sangat besar..Subhanallah..memang besar..

Rama-rama 'Kepala Ular'
Rama-rama yang aku jumpa di tangga

Masa tu rama-rama tu hinggap kat railing tangga.. aku pun apa lagi, snap la gambar. Bukan senang nak jumpa ni..
Agaknya rama-rama tu terasa glamer, die pun terbang dgn slow (sbb berat kot) & hinggap kat dinding plak..aku pun follow la & snap lagi gambar. Masa tu baru aku perasan satu benda...sekali lagi, Subhanallah.. Rupa-rupanya hujung sayap rama-rama tu bercorak kepala ular... mmmg jelas dan nyata..

Rama-rama 'Kepala Ular'
Jelas corak kepala ular dari sebelah bawah rama-rama

Rama-rama 'Kepala Ular'
Rama-rama 'Kepala Ular'

Rama-rama 'Kepala Ular'
Kedudukan dari belah atas juga bercorak kepala ular

Apa lagi, sampai ofis trus la tanya kat pakcik Google. ni yang aku dapat info pasal rama-rama tu kat blog Tao Tau Ajer

Nama rama-rama ni Atlas atau nama saintifiknya Attacus Atlas. Rama-rama ni hidup liar di hutan hujan tropika atau sub-tropika di kawasan Asia Tenggara.




You Might Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

  1. thanks Cik Tom sbb sudi singgah sini...haah, rama2 tu cantik tp susah nak jumpa...x tau camne leh sesat kat umah sy

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe