JEREBU : Kesan Pada Kesihatan

25.6.13

Hola semua,

Ayooo... Jerebu menyerang lagi
Kali ni agak teruk juga sampai ada tempat yg diisytihar darurat
So, kita kena sentiasa mengambil langkah pencegahan
supaya kesihatan terjamin

JEREBU : Kesan Dan Pencegahan
sumber gambar : google

Berikut adalah antara Kesan Pada Kesihatan 
semasa jerebu melanda

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu :

    • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
    • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
    • Mata terasa pedih dan berair.
    • Hidung berair dan kerap bersin.
    • Kulit badan terasa gatal-gatal.
    • Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya korang mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Pencegahan penyakit akibat jerebu, ikutilah nasihat ini
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.




p/s : sama-sama kita menjaga kesihatan terutama kepada 
yang berisiko tinggi mendapat penyakit.. :)





You Might Also Like

6 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Mohon suparman tu kurangkan aktiviti terbang-terband dia ek.. hahahha kbai

    ReplyDelete
  2. hahaha lawak pulak tgk mr. superman tu tercungap2 guna alat pernafasan. semput kemain.

    ReplyDelete
  3. super hero pon serender, apatah lagi kita...

    ReplyDelete
  4. dikbee...dah hujan dah sekrang ni :)

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe