Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung

Hola semua,

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Tradisional | Selesai Majlis Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi, kami (sahabat media) bergerak ke homestay yang telah disediakan iaitu Homestay Kampung Beng. Menariknya, homestay Kampung Beng merupakan satu destinasi tepat bagi pelancong yang inginkan percutian berciri kampung.

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
Kampung Beng

Sejarah Kampung Beng

Menurut sejarah, Kampung Beng ini telah dibuka oleh seorang anak Raja Patani yang dikenali sebagai 'Tok Beng" yang telah melarikan diri mengikut Sungai Perak. Sempena itu, nama kampung ini dipanggil "Kampung Beng". Kampung Beng terdiri dari 6 buah perkampungan kecil iaitu Kampung Durian Lubuk, Kampung Beng Dalam, Kampung Dusun, Kampung Sekolah, Kampung Durau dan Kampung Batu Ring. Untuk sampai ke Kampung Beng terutama Kampung Batu Ring, perkhidmatan bot atau sampan diperlukan sebagai pengangkutan.

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
Jeti Kampung Beng

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
Jeti Tasik Raban

Pengalaman Di Homestay Kampung Beng

Pengalaman sepanjang di homestay Kampung Beng memang mengujakan. Paling tak dapat dilupakan bila kami perlu menaiki bot setiap kali ingin ke bandar. Kami menyusuri sungai dan tasik hingga ke tasik raban di mana bas kami menunggu di sana untuk ke bandar. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit memang mengasyikkan dengan pemandangan alam di sepanjang persisiran sungai.

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
Pemandangan dari bot semasa menyusuri sungai

Di homestay Kampung Beng, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan tinggal di rumah keluarga angkat. Kami diberi layanan yang amat mesra oleh penduduk dan dihidangkan dengan makanan yang enak-enak. Antara menu menarik adalah ikan talapia merah bakar dan ikan pekasam.

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
Keluarga angkat saya

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
Menu sarapan pagi

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
Menu makan malam

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
Persediaan untuk makan malam (bbq)

Aktiviti petang pula kami dibawa ke air terjun untuk mandi manda dan juga berjalan di sekitar kampung sambil menikmati keindahan kampung.

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
air terjun di Kampung Beng

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
Antara sahabat media yang seronok mandi manda

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
kantoi tak mandi...hehe

Waktu malam pula, kami dihidangkan dengan ikan, daging dan ayam bakar cicah air asam dan ulam ulaman. memang sedap. Persembahan live band atau bahasa disana dipanggil kugiran dipersembahkan kepada kami. Namun, ada juga di kalangan sahabat media yang ingin menunjukkan bakat masing-masing. Bakat terpendam katanya... osem la...

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
makan malam (bbq)

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
Persembahan kugiran

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Hari Ahad, tibalah masa untuk kami pulang. Tapi sebelum tu, kami perlu ke Kuala Kangsar untuk satu lagi majlis. Terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh penduduk Kampung Beng yang sudi menerima kehadiran kami sahabat media ke sini untuk merasai sendiri percutian berciri kampung.

Kalau ada sumur di ladang, boleh kami menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi..

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
Kenangan bersama sahabat media dan keluarga angkat

Homestay Kampung Beng | Percutian Berciri Kampung
Ketua Kampung (Pak Alias)

Bagi yang berminat untuk merasai pengalaman seperti ini, boleh hubungi : 

Penyelaras Homestay Kampung Beng
Pejabat Daerah Dan Tanah Lenggong
33400 Lenggong, Perak
Tel : 016-5654303
Fks : 05-7677102

Post a Comment

0 Comments