SEGMEN BEN ASHAARI : IMPIAN KU, SEORANG BLOGGER !

Hola semua,

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger ! | Sebelum ni join segmen #Cabaran30hari anjuran Kelab KBBA. Tapi hari ni nampaknya tuan kepada #kelabbloggerbenashaari iaitu Abg Ben sendiri buat segmen la. Segmen ape? jom baca selanjutnya.

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger !


Blog dikbee.com


Sempena Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger ! meh aku cerita sket asal usul blog ni. Sebelum ni aku dah pernah cerita macam mana wujudnya dikbee.com ni. Tapi takpe, tu bab domain. Asalnya nama dikbee ni sempena nama panggilan aku iaitu DIKBI. Sejak dari sekolah lagi aku dah gunakan nama ni. Sampai ada dikalangan kengkawan yang tak tau langsung nama sebenar aku... hehe. Jadi, alang2 nak berdomain, baik aku gunakan terus nama tu, cuma komersial kan sikit la kepada DIKBEE kan.. *ala2 retis plak nak komersial kan...hoho*

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger !


Kelebihan dikbee.com


Sekarang terlalu banyak blog-blog yang muncul selaras dengan kemajuan Dunia IT ni. Ye la, dulu orang guna diari kalau nak tulis pape tapi sekarang semua ada di dalam blog. Bukan setakat hal-hal peribadi, malah semua info boleh didapati. Jadi, apa kelebihan blog dikbee.com jika nak dibandingkan dengan blog lain? Blog dikbee.com ada menerapkan teknik-teknik SEO supaya entri mudah disenarai di bahagian hadapan di Google. Jadi, ini dapat membantu jika pihak pengiklanan ingin memberi advertorial kepada blog ini. Walaupun masih baru berjinak-jinak dengan teknik ini, sudah ada pihak pengiklanan yang menggunakan khidmat dikbee.com. Alhamdulillah.


Impian Sebagai Blogger


Sebelum ni menulis di blog ni hanya sekadar hobi sahaja. Tetapi bila bergaul dengan blogger-blogger otai, terasa macam ada aura dengan berblogging. Aura ape? Semestinya keseronokan dan kepuasan di samping menjana pendapatan sampingan. Jadi, impian ku sebagai seorang blogger ingin meningkatkan kemajuan dikbee.com. Sebut aje dikbee.com, ramai yang kenal... itulah impian ku.... 

kepada sesiapa yang ingin menyertai Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger ! boleh ke www.benashaari.com





Post a Comment

8 Comments

  1. Ahkak pundah bersegmen gak ;)

    ReplyDelete
  2. sy dh join segmen ne hehe

    sy pun nak penulisan sy diterima ramai..

    ReplyDelete
  3. harap tercapai impian dikbee aminn ..

    http://www.nieynasakinahza.my/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan Dikbee! :D

    Wah bagusnya impian. Moga jalan blog Dikbee untuk mencapai impian dalam dunia blog ni dipermudahkan lah ya. Ameen.

    Salam perkenalan daripada saya -- Alieff.
    http://alieff-artwork.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Hai, Ros singgah sini dari segmen yang sama.
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  6. Memang boleh perasan yang blog ni bagus dalam SEO.

    Template yang digunakan pun cepat je loading time nya. Pantas

    ReplyDelete
  7. Rupanya berblog memang best :) dpt kenalan baru.

    Salam perkenalan dari saya.
    www.alhamdulillahsihat.blogspot.com

    ReplyDelete