JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia

28.11.14

JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia | Teruja rasanya mendapat jemputan dari pihak Pizza Hut Malaysia ke JAM-PACKED Pizza Blogger Party di Maju Junction, Kuala Lumpur. Terima kasih ye abam pap pap pap aka Ahmad Fauzi Aryaan yang sudi ajak ke sana. Selain dari kami, ramai jugak yang datang. Hai semua..... lelambai dari jauh...

JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia
JAM-PACKED Pizza Blogger Party

JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia
Rasanya korang kenal kan blogger-blogger ni... hehe


Kemeriahan JAM-PACKED Pizza Blogger Party


Wah, tak sangka meriah betul malam tu. Semua blogger sangat sporting dan havoc. Masing-masing teruja menanti menu baru yang diperkenalkan oleh pihak Pizza Hut Malaysia. Tapi, sabar.... Sebelum makan, kita dengar dulu sepatah dua kata dari En Yusof wakil dari Pizza Hut Malaysia. Pas tu sabar lagi, ada peraduan pulak. Walaupun lapar, tapi masing-masing excited nak join. 


#jampackedselfie Instagram Contest


Peraduan ni dinamakan #jampackedselfie Instagram Contest bersama Jam-Packed Pizza. Tak mau selfie sorang-sorang tau, kena berkumpulan. Masa diberi cuma 10 minit je dan perlu dimuatnaik di Instagram. Sape paling kreatif akan dapat hadiah istimewa. Apalagi, semua pakat dok serbu dengan gaya masing-masing mencuba nasib. Ha, tengok la aksi masing-masing. Tapi malang, kite tak menang sebab tak cukup kreatif. tahniah pada yang menang ekkkkk.... sob sob...

JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia
Ucapan dari Encik Yusof Wakil Pizza Hut Malaysia

JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia
Aduh... dah macam momok muka memasing

JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia
control hensem semua...hehe


JAM-PACKED Pizza


Jeng.. jeng... jeng... Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu dah keluar. JAM-PACKED PIZZA, hero kita malam ni. Pizza yang mempunyai dua lapisan, keju 3 rasa dan inti berganda. Padat dengan Segala Rasa Yang Anda Inginkan

Pizza baru ini mempunyai dua lapisan di mana lapisan atas ada kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama kepingan pepperoni ayam dan sensasi sos pesto, chicken pepperoni florets, lada benggala, serta hirisan daging ayam lazat. Manakala lapisan bawah pula ada kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar lain.

Pizza ini  boleh didapati di mana-mana cawangan restoren Pizza Hut sama ada makan di restoren, bawa pulang atau khidmat penghantaran. Ada juga tawaran di mana anda hanya perlu tambah RM 6.00 untuk menikmati pizza ini melalui kombo Huts Delight Meal, Big Double Box dan Big Variety Box

JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia
Memperkenalkan JAM-PACKED Pizza

JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia
JAM-PACKED Pizza - Padat dengan Segala Rasa Yang Anda Inginkan. 

Selain tu, kami juga dihidangkan dengan menu lain yang terdapat di Pizza Hut Malaysia. Nyummm...nyummmm...


JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia
Sharing Platter

JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia
Creamy Fondue

JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia
Pollo Arabiata Spaghetti

JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia
Molten Lava Cake

JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia
Cinnamon Twist

Alhamdulillah, masing-masing kekenyangan. Eh, terlupa pulak, iolss pun ada dapat hadiah gak. Hadiah cabutan bertuah dan terpilih untuk kategori tweet yang kreatif. Alhamdulillah, sekali lagi bersyukur. takde la balik dengan tangan kosong kan. Terima kasih sekali lagi pada Ahmad Fauzi Aryaan dan pihak Pizza Hut Malaysia sebab sudi jemput ke JAM-PACKED Pizza Blogger Party. Enjoy sangat malam tu.... adiosss...

JAM-PACKED Pizza Blogger Party | Pizza Hut Malaysia
Gambar kenangan dapat hadiah...hehe


kredit photo : mr Oppo aka Penaberkala


You Might Also Like

6 ♥ Surat Cinta ♥

  1. singgah sini :)

    http://www.blogparihh.com/

    ReplyDelete
  2. singgah sini :)

    http://www.blogparihh.com/

    ReplyDelete
  3. Ada menu baru yang diperkenalkan. Sudah lama juga tidak ke Pizza Hut.

    ReplyDelete
  4. Lama dah CP tak on9, dah rasa lain sangat blog nih, wah bestnye, makan pizza free la ni kan, wah....

    ReplyDelete
  5. Ye, suami janji nak belanja pizza sebelum deliver ni =)

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe