Iftar@KL 2015 Di Jalan Raja, Kuala Lumpur

20.6.15

Iftar@KL 2015 Di Jalan Raja, Kuala Lumpur | Iftar@KL 2015 merupakan kesinambungan daripada program Festival Ramadan yang telah dilaksanakan selama tiga (3) tahun oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bermula tahun 2012 hingga 2014. Bagi tahun 2015 Iftar@KL 2015 dilaksanakan sempena Festival Malaysia (MYFEST 2015) dan bersempena bulan Ramadan 1436H yang bertujuan menarik kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa.

Iftar@KL 2015 Di Jalan Raja, Kuala Lumpur

Festival Ramadhan yang dilaksanakan sejak tahun 2012 hingga 2014 telah menarik kehadiran seramai 500 ribu orang pengunjung tempatan dan antarabangsa yang kebanyakan dari Negara Timur Tengah, Korea, Kanada, Amerika, Australia dan Negara ASEAN. Jumlah tersebut merangkumi Acara Program Jom Buka Puasa, Peragaan Busana Muslimah, Peragaan Hijab, Pertandingan Cipta Lagu Raya dan Nasyid (Undian pendengar dan Siaran) yang dilaksanakan bersama RTM & Radio Ikim.fm, Tadarus Al-Quran di 10 buah masjid, Bazaar Ramadan Raya, Kem Remaja Ramadan juga Pertandingan Nasyid dan Pertandingan Marhaban yang mengetahui akan festival ini melalui blog dan laman web.

Pengenalan Iftar@KL 2015 


Pada tahun ini Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bersempana dengan My Festival 2015 memberi penjenamaan baru kepada Festival Ramadan dan mengkhususkan aktiviti yang berlangsung di Jalan Raja Dataran Merdeka dengan nama baru iaitu IFTAR@KL 2015 bertujuan menjadikan bulan Ramadan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian Islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya generasi muda serta memupuk nilai-nilai murni melalui penganjuran aktiviti. Selain itu, ia bertujuan untuk mengimarahkan dan memakmurkan bulan Ramadan sebagai  bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui amalan-amalan kebajikan di samping mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat pelbagai kaum. 
IFTAR@KL 2015 akan berlangsung di bulan Ramadan pada setiap hujung minggu pada tarikh seperti berikut : 20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015 (Setiap Sabtu dan Ahad) di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad).

Aktiviti-Aktiviti Iftar@KL 2015 


Kelainan pengisian IFTAR@KL 2015 pada tahun ini, sebanyak sebelas (11) komponen pengisian aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pelbagai agensi iaitu Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre (ITC), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Warisan Negara dan Masjid Jamek Kampong Bharu. Pecahan komponen aktiviti IFTAR@KL 2015 adalah seperti berikut :

Iftar@KL 2015 Di Jalan Raja, Kuala Lumpur

  • Penyediaan dan Agihan Bubur Lambuk
  • Pameran Pelancongan Masjid/ Iftar/ Bubur Lambuk di Malaysia
  • Pertandingan Nasyid
  • Persembahan Nasyid Ramadan
  • Tazkirah Ramadan
  • Tadarus Al-Quran  
  • Majlis Berbuka Puasa /Solat Maghrib Berjemaah
  • Soal Jawab Agama
  • Solat Isyak dan Terawih Berjemaah
  • Dikir Zikir / Ceramah / Malam Kesenian Islam
  • Moreh

Program Iftar@KL 2015 telah mendapat kerjasama padu dari syarikat koporat yang ingin turut serta menyemarakan  Ifftar@Kuala Lumpur 2015 iaitu :

  • Takaful Ikhlas
  • Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
  • Nescafe (Nestle)
  • Julie’s
  • Adabi
  • Chriszen
  • Yeo’s
  • Al Meswak Mu’min 
  • Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan 

Lokasi Iftar@KL 2015 Di Jalan Raja, Kuala Lumpur





You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe