Rebat Tol PLUS Sempena Aidilfitri 2015

Rebat Tol PLUS Sempena Aidilfitri 2015 | Yeayyy.. Hari ni last day kerja. Esok dah boleh balik kampung. Tapi rasanya dah ramai yang balik kampung dah. Maklum ler, masing-masing nak elak jem kan. Lagipun dengar kata sape balik semalam (13/7/2015) bagi pengguna PLUS dapat rebat tol sebanyak 50%. Wow... banyak tu. Tapikan, tak semua boleh dapat Rebat Tol PLUS Sempena hari raya Aidilfitri 2015 ni. Ada syarat-syarat dia. Meh nak kongsi dengan korang secara ringkas.


Rebat Tol PLUS Sempena Aidilfitri 2015

PLUS Tawar Rebat Tol Sehingga 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2015


Pihak Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mengumumkan pemberian  rebat tol sebanyak 50 peratus bersempena dengan hari raya Aidilfiti 2015 yang bakal menjelma ini. Berikut adalah tarikh kadar rebat tol, syarat mendapatkan rebat tol dan cara penebusan rebat tol.


Rebat Tol PLUS Sempena Aidilfitri 2015


Tarikh PLUS berikan Rebat Tol Sempena Aidilfitri 2015 :

Tarikh Perjalanan
Kadar Rebat Tol
13 dan 23 Julai 2015
50 peratus
14 dan 22 Julai 2015
40 peratus
15 dan 21 Julai 2015
30 peratus


Syarat untuk dapatkan rebat tol PLUS :

  • Perjalanan bukan waktu puncak
  • Membayar tol dengan kad PLUSmiles dan Touch 'n Go atau SmartTag.
  • Pengguna kenderaan kelas 1
  • Jarak perjalanan mestilah melebihi 100 kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Elite

Penebusan Rebat Tol :

  • Rebat tol boleh dituntut apabila menambah nilai kad elektronik pada 15 Ogos hingga 14 November 2015 di semua Pusat Khidmat Pelanggan PLUS.

Ha, harap korang pahamkan sebab ada pembaca yang confused dengan rebat tol ni. Ada yang ingat ni diskaun plak. Lepas tu ada pulak yang bertanya kenapa rebat ni ditawarkan pada hari bukan waktu puncak. Ni kenyataan dari pihak PLUSmiles.

“Pemberian rebat tol ini adalah strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas, selain langkah PLUS untuk menyuraikan trafik dan menggalak orang ramai untuk bergerak pada luar waktu puncak.

“Justeru, kami menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik sama ada menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza tol dengan lebih selesa dan cepat,” kata Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha dalam satu kenyataan. 

Memang jimat kalau dapat diskaun 50% kan. Tapi apakan daya, cuti iolls tak sama ngan tarikh tu. Dapat merasa yang 30% je untuk Rebat Tol PLUS Sempena Aidilfitri 2015 kali ni. Apapun, yang penting selamat sampai kampung kan. Ok la, pada yang nak balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Kalau penat, berhenti berehat dulu. Selamat pulang ke kampung halaman.




Post a Comment

0 Comments