Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya

7.12.15

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya | Zaman kecik-kecik dulu selalu baca buku kisah dongeng Bawang Putih Bawang Merah. Pastu bila dah besar sikit tengok pulak kat TV Filem Bawang Putih Bawang Merah yang diterajui oleh Latifah Omar, Umi Kalthom, Mustapha Maarof, Siti Tanjung Perak dan Aminah Yem. Lepas tu sekitar tahun 2001 ada pulak filem animasi dari kisah dongeng ini yang berjudul Putih. Terkini, kisah Bawang Putih Bawang Merah dipentaskan di Istana Budaya pula. 

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Teater Bawang Putih Bawang Merah

Walaupun semua versi aku dah tengok tapi tabik spring kat pengarah Teater Bawang Putih Bawang Merah iaitu Eirma Fatima dan Koreographer A.Aris Kadir sebab mampu menghasilkan sebuah teater yang best dan ohsem. Teater ini juga ada sedikit kelainan dengan mewujudkan watak tambahan Si Bongkok, tapi tetap tak mengganggu jalan cerita sebenar. Kalau ikutkan Eirma Fatima baru sahaja selesai dengan Teater Mok Cun, tapi masa tidak menyekat untuk Eirma Fatima menghasilkan teater yang berkualiti untuk Kisah Bawang Putih Bawang Merah.

Sinopsis Teater Bawang Putih Bawang Merah


Kisah bermula di sebuah kampung yang diberi nama Kampung Jelatek di mana tinggal sepasang adik beradik iaitu Putih dan Merah bersama ibu mereka Mak Labu dan Mak Kundur. Malangnya mereka tidak saling menyukai antara satu sama lain dan sering bertengkar. Mak Labu dan Mak Kundur berkongsi suami yang sama manakala Putih pula cemburu kerana lelaki idamannya Damak menyukai Merah.

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Si Bongkok, Merah, Putih dan Melur

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Mak Kundur dan Mak Labu yang sering bertengkar

Pada suatu hari ketika Mak Labu sedang sibuk membasuh kain di tepi perigi, Mak Kundur datang mencari gaduh dan menolak madunya lalu jatuh ke dalam perigi. Merah pula mencari ibunya yang tidak pulang-pulang ke rumah hingga tertidur kepenatan. Dia bermimpi ibunya telah menjadi ikan kaloi.

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Mak Kundur menolak Mak Labu ke dalam perigi

Merah pun pergi ke perigi dan berjumpa dengan ibunya yang telah bertukar menjadi ikan kaloi. Hal ini telah diketahui oleh Putih lalu memberitahu ibunya Mak Kundur. Mak Kundur yang penuh hasad dengki itu lalu menangkap ikan kaloi itu dan memasaknya lalu diberi kepada Merah. Merah yang kelaparan dan tidak tahu apa-apa terus memakan ikan kaloi tersebut hingga tinggal tulang. 

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Merah memberi ikan kaloi @ ibunya makan

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Mak Kundur dan Putih menangkap ikan kaloi 

Sekali lagi Merah dirundung kesedihan pabila mengetahui ikan yang dimakan itu adalah ibunya lalu mengutip tulang-tulang ibunya dan menanamnya sehingga tumbuh pohon beringin yang tinggi dan buaian dengan bantuan Nenek Kebayan. Di situlah Merah selalu menyanyi menghiburkan hatinya yang duka lara.

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Nenek kebayan membantu Merah

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Merah mengubat hatinya yang berduka

Rupa-rupanya nyanyian Merah didengari oleh Putera Raja lalu Putera Raja berkenan dan berhajat untuk mencari pemilik suara yang merdu itu untuk dijadikan isterinya. 

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Putera Raja bersama pengikutnya

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Putera Raja mencari pemilik suara merdu

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Anak-anak gadis teruja mendengar titah Putera Raja dan ingin berkahwin dengan Putera Raja

Bagaimanakah kesudahan kisah ini? Ye korang korang mesti dah tau kan. Tapi bagi aku walaupun jalan cerita hampir sama tapi gaya persembahan dan feel menontonnya yang berbeza. Selalu tengok kat skrin TV aje, tapi kali ni secara live depan mata. Dalam teater ni juga ada diselitkan unsur jenaka dan nyanyian, jadi tak la boring kan. Selain tu ada juga kelainan sedikit dari jalan cerita asal iaitu terselit kisah percintaan tidak kesampaian Si bongkok terhadap Merah. Kesian Si bongkok. 

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Nenek Kebayan sekali lagi membantu Merah

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Buai laju... buaiku laju...

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Konflik cinta tiga segi

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Pengakhiran kisah Bawang Putih Bawang Merah

Dibarisi pelakon hebat seperti Fauziah Dato’ Ahmad Daud A.M.N., Nur Fathia, Juliana Evans, Syarul Ridzwan, Beto Kusyairy, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Nabila Huda serta penggunaan prop, background dan lighting, memang ohsem. Setiap kali bertukar babak, setiap kali prop dan background bertukar. Costume dan solekan pun cantik dan berwarna warni. Memang best. Aku bagi 4/5 bintang untuk kesungguhan team produksi teater ni. 

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
Barisan pelakon Teater Bawang Putih Bawang Merah

Kalau korang nak tengok sendiri teater ni, ada lagi masa hari ni dan esok. Jadi cepat-cepat grab tiket sebelum habis dan ajak family dan kawan-kawan ke Istana Budaya. Ayuhhh keramaiaannn... Jangan lupa guna upload gambar korang di Istana Budaya dan letak #bawangputihbawangmerah ... hehe

Teater Bawang Putih Bawang Merah Di Pentas Istana Budaya
geng Projek Travel (kredit mekonie)

TEATER BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Lokasi:
Istana Budaya

Tarikh tayangan:
3 Disember sehingga 8 Disember 2015

Harga Tiket dan pembelian : 
www.airasiaredtix.com atau kaunter Istana Budaya



You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe