MAJLIS PELANCARAN PRODUK CALIPH CEREAL FOR EYES

4.2.16

MAJLIS PELANCARAN PRODUK CALIPH CEREAL FOR EYES | Sambutan menggalakkan daripada pengguna makanan tambahan kanak-kanak Jus Caliph membuatkan produk keluaran syarikat Raffelina Sdn. Bhd. itu melancarkan Cereal Caliph- Nutrition For Eyes hari ini.

Majlis Pelancaran Produk Caliph Cereal For Eyes
Pengarah Urusan Raffelinna iaitu Muhammad Rafi’e bin Ramli

"Cereal Caliph-Nutrition For Eyes merupakan produk membantu menajamkan penglihatan dan meningkatkan imunisasi tubuh badan kanak-kanak. Setiap bahan yang terkandung dalam Cereal Caliph mempunyai kehebatan tersendiri yang mampu membantu kanak-kanak membesar dengan kuat dan sihat. Antara bahan-bahan penting yang terdapat dalam produk ini ialah Beta Karotena, Susu Kambing dan Maltodekstrin. Yang penting, produk ini dijamin halal dan selamat,” - Pengarah Urusan Raffelinna iaitu Muhammad Rafi’e bin Ramli.

Kandungan Dan Khasiat Caliph Cereal For Eyes


Majlis Pelancaran Produk Caliph Cereal For Eyes
Produk Caliph Cereal For Eyes

Beta Karotena menyediakan 50% Vitamin A yang diperlukan dalam diet. Vitamin A adalah baik untuk penglihatan mata dan memberi imunisasi yang kuat terhadap kesihatan tubuh badan kanak-kanak. Ia juga menghindar daripada penyakit cirit-birit, asma dan demam.

Susu Kambing pula mengandungi kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang membantu kanak-kanak menguatkan tulang. Manakala Maltodekstrin adalah gula kurang manis yang bertindak sebagai makanan tambahan yang menyediakan tenaga dalam badan.

Mengenai Jus Caliph pula, ia merupakan makanan tambahan dengan kandungan Serat, Kalsium, Vitamin dan Mineral yang membantu untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak. Jus Caliph mengandungi kurma, kismis, Madu, Delima, Buah Tin, Aprikot, Omega 3 dan Omega 6. Kesemua bahan yang terkandung dalam Jus Caliph ini memiliki kehebatan tersendiri antaranya mampu menjadi penawar pelbagai penyakit selain menggalakkan perkembangan minda. "Ianya juga adalah sebahagian daripada makanan sunnah yang sangat digalakkan dalam amalan pemakanan umat Islam termasuk kepada kanak kanak," - Muhammad Rafi’e bin Ramli.

Duta Produk Caliph


Majlis Pelancaran Produk Caliph Cereal For Eyes
Duta Produk Caliph - Mia Sara dan Fynn Jamal

Sementara itu, pelakon kanak-kanak popular, Mia Sara dan Fynn Jamal merupakan duta produk Caliph. Pemilihan Mia Sara dibuat berdasarkan pengaruhnya terhadap golongan kanak-kanak selain merupakan seorang yang matang dan bijak.

Manakala Fynn Jamal pula mempunyai pengaruh yang kuat di laman sosial, lebih-lebih lagi Fynn rajin berkongsi cerita cara dia membesarkan anaknya, Arjuna yang mempunyai penyakit Autisme yang dilihat sesuatu yang menarik untuk diketengahkan.

"Saya lihat Fynn sebagai ikon kepada ibu-ibu di luar sana lebih-lebih lagi personalitinya yang cukup menarik perhatian umum. Penulisannya di laman sosial mengenai isu-isu semasa serta mempromosikan sesuatu produk membuatkan saya lihat Fynn adalah selebriti yang paling sesuai menjadi duta kecil produk kami,” ujar Muhammad Rafi’e bin Ramli.

You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info SEO Reports for dikbee.com
free web site traffic and promotion

Subscribe