BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM DI ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR

21.6.16

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM DI ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR | Alhamdulillah, bersempena menyambut bulan ramadan yang mulia ni, pihak AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur masih lagi meneruskan tradisi dengan menyediakan aktiviti untuk komuniti setempat dan Program Bersama Anak-Anak Yatim. Time bulan puasa ni memang elokla kita manfaatkan dengan aktiviti-aktiviti sebegini kan. Walaupun tak menyumbang, tapi bila dapat menghadiri majlis begini pun aku dah rasa bersyukur dan terhibur melihat keletah dan keceriaan di wajah insan-insan istimewa ini.

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Sebelum tiba waktu berbuka puasa, pihak AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur juga turut mengedarkan sajian bubur lambuk kepada orang awam secara percuma. Seawal 3.00 petang bertempat di anjung hotel, gotong royong berlangsung bagi penyediaan bubur lambuk yang telah menjadi makanan pilihan serta tradisi di bulan ramadan. Seronok kan bila semua bergabung tenaga dan menyediakan bubur lambuk bersama-sama dengan pihak Kulinari Hotel dan juga pengurusan hotel.


A photo posted by Ancasa Hotels & Resorts (@ancasahotels) on

Selain itu, pihak AnCasa Hotel & Spa juga mengedarkan lebih kurang 500 bungkus makanan kepada komuniti yang berada di sekitar Pudu Sentral dan Chinatown. Program amal ni sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum.

Berbalik kepada Majlis Berbuka Puasa Bersama AnakYatim, Pihak AnCasa Hotel & Spa telah meraikan anak-anak dari Rumah Penyayang Darul Ilmi, Gombak yang terdiri daripada 40 orang anak-anak yatim dan 4 orang penjaga. Selepas menikmati juadah berbuka puasa, pihak pengurusan UDA Holdings bersama pihak pengurusan AnCasa Hotels & Resorts turut menyampaikan sumbangan ikhlas duit raya kepada anak-anak dari Rumah Penyayang yang hadir. Seronok tengok wajah ceria kanak-kanak ni bila dapat hadiah dan sumbangan hari raya.


Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Tahun ni, pihak AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menggabungkan tema elemen 60an dan menyingkap tirai kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee sempena memperingati pemergian seniman agung tersebut pada 29 Mei 1973. Kegemilangan beliau sebagai seorang seniman yang tiada gantinya sehingga kini. Walaupun telah lama meninggalkan kita, namun namanya masih menjadi sebutan dan hasil karya seninya tetap mengambil tempat di persada seni tanah air.


Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Sajian dan juadah pada hari ini dan juga sepanjang bulan ramadan adalah hasil gabungan mantap di antara Chef Yohanis, Chef Mariam dan Chef Syukri. Mereka akan mempamerkan hidangan enak yang menggunakan 1001 jenis rempah ratus rahsia bagi menghasilkan makanan yang sedap sangat. Ada lebih 120 hidangan termasuk gerai secara live yang pasti membangkitkan selera pengunjung seperti apam balik, sate, asam laksa, kambing golek, aneka pilihan sup setapak, puluhan manisan pencuci mulut dan banyak lagi pilihan.Semasa menikmati juadah, ada juga persembahan muzik Ghazal yang menghiburkan halwa telinga kita dengan pillihan lagu-lagu klasik.


Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Selera Desa "Nostalgia 60an" ini dibuka setiap hari bermula 7hb Jun 2016 sehingga 3hb Julai 2016 dari pukul 7 malam hingga 10 malam. Surau juga disediakan bagi kemudahan mereka yang ingin menunaikan solat.


Harga Buffet Ramadhan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur 2016

Berbuka Puasa :
RM68 nett dewasa
RM40 nett kanak-kanak

Masa :
7.00 pm hingga 1.00 pm setiap hari

Tarikh :
7 Jun - 3 July 2016

Telefon :

03-2026 6060 sambungan 7703
1-300-88-0032 (bebas tol)

website :

Alamat :
Saffron Brasserie
AnCasa Hotel & Spa
Jalan Tun Tan Cheng Lock
50786 Kuala Lumpur



You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe