HARUM SEGAR DENGAN AFY HANIFF D’MENC FABRIC WANGI DAN AIR FRESHENER

3.6.16

HARUM SEGAR DENGAN AFY HANIFF D’MENC FABRIC WANGI DAN AIR FRESHENER | Assalamualaikum semua... uik, sapa tak kenal dengan produk Afy Haniff kan. Sebagai produk no 1 di Malaysia untuk menghalau segala jenis serangga di dalam rumah yang diformulasikan dari tumbuhan serai wangi. Bukan setakat untuk kegunaan kat rumah malah banyak aku tengok kedai-kedai makan, restoran malahan hotel juga menggunakan produk ni. Aku sendiri pun memang pakai gara-gara 'CIK LI 'yang suka merayap kat dalam rumah. Puas hati sebab memang berkesan. Boleh baca kat sini :



Harum Segar Afy Haniff D'menC Fabric Wangi dan D'menC Air Freshener
Afy Haniff D'menC Fabric Wangi dan D'menC Air Freshener

La ni, pihak Afy Haniff keluarkan dua lagi produk untuk kegunaan seisi rumah. Tapi produk kali ni bukan berasaskan serai wangi dan baunya pun tersangat la wangi weiiii... Tak sangka Afy Haniff ada produk macam ni. Nak tau produk ape? Nin dia perkenalkan Afy Haniff D'menC Fabric Wangi dan D'menC Air Freshener.

1)AFY HANIFF D’MENC FABRIC WANGI


Afy Haniff D'menC Fabric Wangi ni semburan pewangi yang dapat memberikan aroma yang segar dan wangi bila disembur ke permukaan pelbagai jenis fabrik. Aku pasti ramai yang ada masalah bau hapak dan kepam (bukan kehpam ye.. ahaks) terutama pakaian yang dijemur tak kering masa musim hujan. Nak basuh semula mesti tak kering jugak kan. Jadi, guna je Afy Haniff D'menC Fabric Wangi ni. Gerenti setel masalah. Semua bau busuk yang kurang menyenangkan akan hilang. Jadi takde la malu nak pakai baju-baju tu kan..hehe

Harum Segar Afy Haniff D'menC Fabric Wangi dan D'menC Air Freshener
Afy Haniff D'menC Fabric Wangi

Dengan menggunakan tagline "Umi dah kata cukup wangi!", ada 4 variasi pilihan aroma segar Afy Haniff D'menC Fabric Wangi di pasaran :

Lemon Tree Softener - Cleen Scent
- Memberi aroma lemon segar pada permukaan fabrik dan menghindarkan bau yang kurang menyenangkan.

Strawberry Softener - Sweet Sence
- Memberi aroma romantik pada permukaan fabrik dan menghindarkan bau yang kurang menyenangkan.

Lavender Starch - Feel relaxed
- Memberi aroma ekslusif yang segar pada permukaan kain dan menyah bau yang kurang menyenangkan serta mengandungi kanji (starch) untuk memudahkan menggosok pakaian.

Vanilla Starch - Cool air.
- Memberi aroma fantasi yang segar pada permukaan kain dan aroma yang kekal lama serta mengandungi kanji (starch) untuk memudahkan menggosok pakaian.

Harum Segar Afy Haniff D'menC Fabric Wangi dan D'menC Air Freshener
Afy Haniff D'menC Fabric Wangi Aroma Strawberry untuk sembur kat katil

Antara 4 variasi haruman Afy Haniff D'menC Fabric Wangi tu, aku dah try yang bau strawberry tu sembur kat katil. Perghhh... terus semerbak satu bilik. Malam tu anak sedara semua pakat nak tido sekali. Maklum la bilik ateh diorang ni bilik bujang. Best la dapat golek-golek atas katil kan sampai atehnya kena tido bawah.. bertuah betui.. haha. Selain tu, Afy Haniff D'menC Fabric Wangi ni boleh juga disembur ke langsir, sofa atau apa juga jenis permukaan fabrik sebab ia mudah meresap.

Harum Segar Afy Haniff D'menC Fabric Wangi dan D'menC Air Freshener
Afy Haniff D'menC Fabric Wangi Aroma Lavender untuk gosok baju

Perasaan tak ada 2 jenis variasi Afy Haniff D'menC Fabric Wangi yang mempunyai Starch atau kanji dan bertanda Iron (seterika) ?? Ha, yang ni untuk gosok baju ye bukan untuk sembur kat langsir ye. Kandungan kanji dalam ni dapat membantu melicinkan kain dan memudahkan kita menggosok pakaian. Jadi, mana-mana baju yang kedut seribu tu pasni licin la. Jangan pulak ada yang gatai pi guna kat muka pulak. Takkannya hilang kedut kat muka tu... wakakakaka.

Oh ya, produk ini juga bertindak sebagai pembunuh bakteria dan melembutkan kain. So, lepas ni kena guna produk ni untuk semua baju family. Keluarga selesa dan gembira, mama pun mesti happy kan..hehe.. Ha, meh nak ajar sket macam mana cara nak guna Afy Haniff D'menC Fabric Wangi ni :

Cara guna Afy Haniff D'menC Fabric Wangi

1) Goncang sebelum guna.
2) Pusing mulut penyembur ke tanda 'spray' atau 'stream'.
3) Sembur dengan serata ke atas fabrik sehingga lembap.
Bauan tidak menyenangkan hilang apabila kain menjadi kering.

2) AFY HANIFF D’MENC AIR FRESHENER


Produk yang kedua ni pulak adalah Afy Haniff D'menC Air Freshener. Yang ni tak perlu nak sembur-sembur bagai. Walaupun botol dia comel lote, tapi wangian dia power tau. Boleh tahan lama hingga 60 hari tau. Hebat tak. Sape tak mau kan kalau bau dia boleh membuatkan kita rasa segar dan mampu menghilangkan bau yang kurang enak. Tambah-tambah kalau dalam kereta. Gantung aje kat cermin pandang belakang tu, hilang la segala bau-bauan yang asyemmm tu.

Harum Segar Afy Haniff D'menC Fabric Wangi dan D'menC Air Freshener
Afy Haniff D'menC Air Freshener

Bagaikan "Membawa Anda Ke Demensi Baru", produk Afy Haniff D'menC Air Freshener ni didatangkan dengan 4 variasi aroma wangian yang mampu membuat korang terpesona. cewahhhh... dramatik tak ayat?? tapi sungguh. Buka je penutup dia, rasa macam di awang-awangan sebab rasa segar sangat dan yang penting of cos la wangiii... 4 aroma yang boleh dipilih ialah :

Green Apple - Fresh Green
- Memberi aroma semulajadi yang menyegarkan dan nyaman

Tutty Frutty - Sweet Scent
- Memberi aroma buah-buahan yang romantik dan menenangkan

Vanilla - Cool Air
- Memberi aroma bunga yang menenangkan jiwa

Autumn - Odour Neutralizer
- Memberi aroma istimewa yang menyah bau busuk

Harum Segar Afy Haniff D'menC Fabric Wangi dan D'menC Air Freshener
Afy Haniff D'menC Air Freshener Tutty Frutty untuk tandas

Haaa, yang bau Afy Haniff D'menC Air Freshener yang Tutty Frutty tu aku buh kat toilet. Suka sangat bau tutty frutty ni sebab bau dia macam gula gula. Tenang sikit jiwa setiap kali nak masuk toilet kan. Kalau nak hilangkan bau busuk pulak, boleh guna yang Autumn sebab dia mampu untuk neutralize kan bau busuk.

Harum Segar Afy Haniff D'menC Fabric Wangi dan D'menC Air Freshener
Afy Haniff D'menC Air Freshener Green Apple untuk dalam kereta

Untuk dalam kereta pulak aku pilih Green Apple. Comel tak?? dah la bentuk botol macam epal hijau kena gigit kan. Sesuai sangat. So, lepas ni hanak-hanak jangan nak kutuk kereta kita bau asyemmm ye. Selain tu, botol comel ni boleh jugak digantung kat dalam almari baju, stor, tandas ataupun ruang atau bilik tidur yang kita nak wangikan. Cara guna Afy Haniff D'menC Air Freshener ni mudah aje. Ala, bak kata orang tu semudah ABC... haaa. sila follow step kat bawah ni :

Cara guna Afy Haniff D'menC Air Freshener :

1) Buka penutup botol
2) Tanggalkan penyumbat di dalam botol
3) Tutup semula penutup dan terbalikkan botol seketika
4) Gantung atau letakkan di permukaan yang sesuai

Harum Segar Afy Haniff D'menC Fabric Wangi dan D'menC Air Freshener
Afy Haniff D'menC Fabric Wangi dan D'menC Air Freshener wangi dan murah

So, bagi sesiapa yang suka aroma harum, segar dan wangi ni korang boleh cuba produk Afy Haniff D'menC Fabric Wangi dan D'menC Air Freshener ni pulak. Dah la harum, wangi, harga pun murah. Kalau kena time promosi, lagi murah. Kat mana nak beli ? sila la rujuk harga dan lokasi jual produk Afy Haniff D'menC Fabric Wangi dan D'menC Air Freshener kat bawah ni ha...

Harga jualan :

Afy Haniff D'menc Air Freshener :
Tesco - RM 10.89
Giant - RM 8.90/9.90

Afy Haniff D'menc Fabric Wangi :
Tesco - RM 8.37/RM 9.90
Giant - RM 9.90
Aeon Big - RM 8.90/9.90/10.05⁠⁠⁠⁠

Website :

Facebook :

Instagram :

Email :
afyhaniff@yahoo.com



You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe