BUKIT GAMBANG RESORT CITY SAFARI TREASURE HUNT 2016

22.7.16

BUKIT GAMBANG RESORT CITY SAFARI TREASURE HUNT 2016 | Di suatu hari seawal mentari baru memancarkan cahaya kami dah terpacak di Kuala Lumpur untuk berkumpul bersama-sama kerana pada hari tersebut iaitu 25 Jun 2016 ada misi penting yang perlu kami laksanakan. Tapi sebelum tu, sahur dulu la kat tempat makan biasa. Kang ada pulak yang ngelat puasa.. hehe...

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016

Percaya tak kalau aku cakap misi kitorang hari tu adalah Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016 ? haaaaa... ate gile ke bebulan puasa gini nak masuk treasure hunt. Dah la ada banyak tugasan, meredah panas pulak tu, gerenti penat dan haus kan. Tapi itulah cabaran yang kami akan ambil dan puasa tidak jadi penghalang untuk kami teruskan misi ni... hoyehhhh...

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Excited nak ber 'treasure hunt'

Treasure Hunt ni anjuran dari Bukit Gambang Resort City (BGRC) untuk peserta yang meminati aktiviti sebegini di mana setiap kumpulan perlu menaiki kereta dari Kuala Lumpur ke resort yang terletak di Gambang, Pahang. Aktiviti ini dijalankan selama 2 hari iaitu pada 25-26 Jun 2016 dan dipecahkan kepada 2 Task iaitu mencari jawapan sepanjang perjalanan dengan menaiki kereta dan keesokkannya mencari jawapan dengan berjalan kaki di Taman Safari.

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Peserta bergambar beramai-ramai sebelum berlepas

BGRC wanted to add some fun adventure for families and friends who were looking for a weekend getaway and don’t mind a treasure hunt experience all in a package. The participating teams not only get to enjoy and explore our Safari Park but also foster bonding time amongst the team members which is one of the intangible values that BGRC offers to guests when having a holiday with us at the resort,” kata Ian Chin, Pengarah Resort, BGRC.

Menurut Ian Chin lagi, atas sambutan yang menggalakkan, kemungkinan besar bulan Oktober nanti akan ada lagi aktiviti treasure hunt. So, sape-sape yang berminat tapi tak join baru ni sebab puasa, boleh la register untuk bulan Oktober nanti. Best tau...

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Baca soalan dan mencari jawapan

Bagi hari pertama (task 1), peserta dikehendaki mencari jawapan di sepanjang jalan semasa perjalanan ke Bukit Gambang Resort City (BGRC). Selain itu, peserta juga perlu meneka 5 teka teki yang diberi dan membeli 5 barang berdasarkan kepada jawapan teka teki tersebut. Setiap teka teki tu patutnya kena beli satu je, tapi rupanya ada juga peserta yang beli lebih untuk disumbangkan kepada Ribath Tahfiz Sheikh Iman As Syirazi, rumah anak yatim di Kuantan.

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Submission untuk task pertama

Manakala bagi cabaran hari kedua (task 2) pula peserta dikehendaki mencari jawapan di dalam kawasan Taman Safari. Cabaran ini memerlukan peserta berjalan mengelilingi bangunan yang menempatkan pelbagai jenis haiwan untuk mencari jawapan. Walaupun dalam bangunan tapi penat juga oiiii... tapi seronok sebab secara tak langsung dapat jugak aku kenal spesis haiwan yang ada kat sini.

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Cabaran hari kedua

Sebut pasal anak yatim, petang hari pertama (Sabtu) di Bukit Gambang Resort City (BGRC) kami berpeluang berbuka puasa bersama anak yatim di Simba Hill Gourmet Hall. Yang bestnya, tempat makan kami tu bersebelahan dengan tempat tinggal White Lion atau Singa Putih tau. Ada dua ekor satu jantan dan satu betina. Mula-mula tu tak perasan maklum la dah letih kan tapi bila tiba-tiba ramai yang bergambar tepi cermin baru perasan Singa tu sebab kebetulan singa tu keluar dari celah batu untuk minum air. Apa lagi, terus join amik gambar. Bukan senang nak selfie dengan Singa kan.. hehe

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Simba Hill Gourmet Hall

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Antara anak-anak yatim yang hadir

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Penyampaian sumbangan hari raya pada anak yatim

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Tudia White Lion... selfie sket.. hehe

Untuk treasure hunt kali ni, sebanyak 34 pasukan menyertai acara dan 30 pasukan bertuah membawa pulang hadiah-hadiah menarik termasuk hadiah wang tunai untuk tempat pertama hingga kelima iaitu berjumlah RM3000, RM2000, RM1000, RM600 dan RM400. Pemenang hadiah pertama dimenangi oleh kumpulan 'Hunter R'Us' yang terdiri dari Chai Koh Khai, Lim Ming Yang, Margaret Sha dan Loo Wen Ching manakala hadiah kedua dimenangi pasukan '4 Ekor' dengan Ruben Enbasegaram, Lenny Wan, Lee Ling Fei dan Yeong Kig Siew sebagai ahli. Pemenang hadiah ketiga adalah '2 Sneakies + 2 pasukan Innocents', pemenang hadiah keempat 'The Ravens' dan 'The Karans' mengambil kedudukan kelima. Tahniah semua pemenang.. korang memang hebat. Kami?? hanya mampu tempat ke-15 je. Oit, jangan gelak tau, soklan susah weiiii... tak caya korang kena join next treasure hunt.

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Majlis penyampaian hadiah

Pada akhir majlis penyampaian hadiah itu, satu hadiah pengiktirafan khas telah diberikan kepada seorang peserta yang berusia lima tahun, Lau Jong Jing kerana beliau sudi berkongsi kegembiraan bertemu kawan-kawan baru dan secara sukarela turut menyerahkan sumbangan kepada anak yatim. Oleh itu pihak Bukit Gambang Resort City (BGRC) berbesar hati memberi pas tahunan percuma kepada adik Lau Jong Jing ke Bukit Safari Park Gambang di mana dia boleh melawat safari selama 365 hari secara percuma! Adik ni juga akan menikmati layanan istimewa sempena hari jadi, diskaun dan pelbagai keistimewaan lain semasa lawatan beliau. Wahhhh... bestnyerrrr, tetiba nak jadi kakak angkat awak boleh tak?? *kelip-kelip mata*

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Adik Lau Jong Jing

Bukit Gambang Resort City adalah sebuah resort city yang menempatkan taman tema air, taman safari, kawasan rekreasi ekstrem, hotel, villa dan juga tempat untuk mengadakan majlis atau event keraian. Lokasi Bukit Gambang Resort City terletak hanya 35km dari bandar Kuantan atau boleh menggunakan susur keluar 830 Gambang menggunakan Lebuhraya Pantai Timur.

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Bukit Gambang Resort City

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Pava's Hunt

Manakala untuk acara Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016 ni pula telah diatur oleh Clerk of Course, Pava's Hunt iaitu penganjur profesional untuk acara Treasure Hunt sejak tahun 1995. Ooo, patut la soalan dan peraturan semua tersusun baik, rupanya mereka ni memang expert dalam menganjurkan acara sebegini. So, tak boleh dipertikaikan la soalan tu walaupun susah gilerrr... hehe.. So, sape-sape yang nak mengetahui lebih lanjut atau nak tengok gambar-gambar kami sepanjang aktiviti treasure hunt tu boleh la melawati link di bawah : 

Bukit Gambang Resort City Safari Treasure Hunt 2016
Team 7 : Huntsman - Pojie, Moka, Dikbee, Yazid

website : 

facebook page :



You Might Also Like

6 ♥ Surat Cinta ♥

  1. bestnya...macam nak pergi lagi je ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah pergi ke? sy pun nak pi lagi lepas ni. nak masuk waterpark pulak

      Delete
  2. salam singgah dan follow :) awk dijemput join GA sy..

    http://www.akuseorangtraveler.com/2016/07/travelog-faghuzi-giveaway-by-aku.html

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi ke sini. nexttime ajak la sayaaaaaaaa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah... maybe akan ke sini lagi..

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe