5 TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI BANGKOK

5 TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI BANGKOK | Assalamualaikum semua.. Rasa macam dah lama tak bercuti ke luar negara kan. Tambahan pulak cuti sekolah dah tak lama lagi. Korang macam mana? Dah rancang ke nak ke mana cuti ni ? Ha, apa kata kita ke Bangkok nak ? Kat sana ada banyak tempat menarik yang boleh kita lawati. Jom tengok antara tempat-tempat tersebut :

Chatuchak Market

5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Bangkok
Chatuchak Market

Tempat ni memang akan jadi a must visit place untuk semua orang yang pegi ke Bangkok. Mempunyai keluasan tapak sebesar lebih kurang 27 ekar dan dikenali sebagai one of the biggest market in the world,. Dalam pasar tu terdapat lebih daripada 5000 unit kedai. Boleh imagine tak, how big the market is? Dan, apa yang lagi best, unit-unit kedai tu dikelaskan mengikut kategori masing-masing. Contohnya, hand-made deco flowers, wood carving, local souvenier, pakaian dan macam-macam lagi! Agaknya, yang bukan gila shopping pun boleh jadi gila kat sini haha. And it would be very nice kalau tempat penginapan korang pun around this area je, jadi takyah la jalan jauh untuk rehat lepas penat shopping. Pandai-pandai la korang browse through the internet untuk cari your own choice of Bangkok city hotel yang berdekatan pasar ni.

Grand Palace

5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Bangkok
Grand Palace

Walaupun korang bukan jenis yang paham atau reti sangat pasal senibina bangunan, tapi tempat ni masih merupakan salah satu daripada tempat yang korang wajib lawat di Bangkok sebab kecantikan dan keunikan bangunan-bangunan dan taman-taman yang ada dalam taman ni sangat memukau. Grand Palace merupakan istana kediaman raja-raja Siam sejak tahun 1782! It is actually a cluster of buildings and pavillions surrounded by taman-taman yang sangat cantik. Seperti biasa, kalau nak melawat tempat-tempat macam ni, tak boleh la pakai sesuka hati ye. No shorts and no sleeveless tops are allowed for both man and woman. Oh yes, nak masuk tempat ni berbayar tau, but trust me it’s gonna worth the penny. 

Khaosan Road

5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Bangkok
Khaosan Road

To look for affordable Bangkok hotel, korang boleh datang ke sini. Pada asalnya, tempat ini merupakan salah sebuah major rice market bagi penduduk setempat. Kini, Khaosan Road merupakan salah satu tempat tumpuan bagi backpackers. Terletak kira-kira 1 kilometer dari Grand Palace, tempat ini sangatlah senang untuk dicari. Kat sini terdapat pelbagai jenis tempat penginapan, dari yang murah sampai la ke motel 3 bintang. Mungkin sebab kedudukannya yang berada betul-betul di tengah-tengah bandar Bangkok menjadikan tempat ini sebagai salah satu spot yang ideal untuk korang cari your preferred hotels in bangkok. Bukan itu je, kalau korang nak tau, Khaosan Road tidak mati di waktu malam. Terdapat macam-macam jenis gerai jualan seperti handicrafts, paintings, clothes, fruits, unlicensed CDs, fake ID and the list goes onnn. So korang takkan bosan walaupun sesaat kat sini ;)

Wat Arun

5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Bangkok
Wat Arun

Wat Arun atau juga dikenali sebagai Temple of Dawn ialah sebuah Kuil Buddha yang terletak berhampiran dengan Sungai Chao Phraya. Kuil ini telah dibina sejak kurun ke tujuh belas iaitu semasa pemerintahan King Rama II. Apa yang menjadi daya tarikan tempat ini ialah senibina yang  unik dan menjadi salah satu landmark yang famous ni Bangkok. Untuk ke ke sini, korang kena naik boat untuk menyeberangi sungai Chao Phraya. Waktu lawatan bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 6 petang. So, u better plan your agenda well.

Safari World 

5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Bangkok
Safari World 

Taman safari seluas 480 ekar ni dibina pada tahun 1988. Kat sini, korang boleh pilih sama ada nak melawat ke marine park atau safari park. Apa yang lagi best, kat sini ada closed and open zoo together with the restaurant! Not only that, korang juga boleh menyaksikan persembahan menarik daripada penghibur-penghibur yang super cute seperti dolphin, singa laut dan burung-burung! Tempat ni dibuka setiap hari bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Amacam, best kan Bangkok?! Ni yang buat rasa nak pi Bangkok esok jugak. Opps lupa pulak esok kerja.... hahaha... Takpe takpe. Ada masa lagi nak arrange percutian akan datang ni. Nak lagi senang, sila la checkout di https://www.traveloka.com/en-my/ atau download apps Traveloka secara percuma dan terus search for flight and Bangkok hotel untuk harga lebih murah sebab kat situ. Apa yang best pasal Traveloka ni sebab tak ada hidden cost tau. Jadi memang tak perlu risau dan berbaloi-baloi. Tazaabarrr nak pergi holiday uolsss...... ☺


Photo : bangkok.com



Post a Comment

3 Comments

  1. cantikknya bangkok...uih..tengok market dia,besar bangat...mau lenguh kaki berjalan

    ReplyDelete
  2. menarik ni tapi tak tau bila la boleh dapat pegi huhu

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah akan ke sana untuk new year ni.. harap2 semua berjalan lancar..tak sabar rasa

    ReplyDelete