HARI TERBUKA NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS) 2016

HARI TERBUKA NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS) 2016 | Bersempena dengan Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan, Hari Terbuka NBOS 2016 akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai 14 Ogos hingga 20 Ogos 2016. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur sempena hari tersebut.

Hari Terbuka National Blue Ocean Strategy (NBOS) 2016
Hari Terbuka National Blue Ocean Strategy (NBOS) 2016 Di PICC

Apa itu NBOS ?

Malaysia kian menghampiri matlamat menjadi negara maju seiring dengan wawasan 2020. Aspirasi negara bukan sahaja untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi malah menjadi sebuah negara maju yang rakyatnya hidup sejahtera dan dapat menikmati kemakmuran ekonomi hasil pembangunan negara. Untuk mencapai aspirasi ini, kerajaan menggunakan prinsip strategi lautan biru kebangsaan (national blue ocean strategy) atau nbos. nbos menekankan kepada prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan dalam program-program pembangunan negara.

NBOS merupakan asas kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia, atau Malaysian National Development Strategy (MyNDS) yang juga merupakan teras kepada Rancangan Malaysia Ke-11 (2016 hingga 2020). MyNDS menumpukan kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi secara pantas dengan penekanan kepada capital economy dan ekonomi rakyat pada kos yang rendah kepada kerajaan. Capital economy menekankan kepada pertumbuhan KDNK, perniagaan besar, projek berpelaburan fizikal dan pasaran kewangan, manakala ekonomi rakyat menekankan kepada kesejahteraan rakyat, di antaranya pekerjaan, perniagaan kecil, kos sara hidup, kesejahteraan keluarga, dan penyertaan sosial.

Sehingga kini, lebih 90 inisiatif NBOS telah berjaya dilaksanakan untuk menangani pelbagai isu ekonomi dan sosial. Inisiatif NBOS yang telah dilaksanakan sejak 2009 membolehkan kerajaan Malaysia mencapai aspirasi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dan sejahtera.


Untuk maklumat lanjut boleh rujuk : 

Pihak yang terlibat di dalam menjayakan Hari Terbuka NBOS 2016 nanti adalah seperti NSU, CODING, VIP, UTC, BR1M, MINDEF, MOHA, KPDNKK, MDEC, MOHR, MAGIC, KPKT, 1M4U, KPWKM, BIOTECH, KPM, JPA, PP1M, PR1MA, KPT, MOTAC, MOH serta MOA.

Antara aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan nanti adalah seperti CODING bootcamp (program untuk kanak-kanak sekolah rendah dan menengah), Kem Keusahawanan 1MEt (terbuka kepada orang awam), NBOS Run & Ride (rujuk : http://event.howei.com), Pameran inisiatif-inisiatif NBOS, Booth Perbadanan PR1MA (pengunjung boleh mendapatkan maklumat berkaitan rumah PR1MA), F1 Simulatir by Petronas, Booth Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, Aktiviti menarik oleh 1M4U dan Aktiviti menarik oleh FIT Malaysia.

Hari Terbuka National Blue Ocean Strategy (NBOS) 2016
Aktiviti menarik sempena Hari Terbuka NBOS 2016

Selain itu, ada juga pertandingan fesyen, "Shawl Tutorial oleh Insta Famous", Lelongan Amal oleh artis terkenal, perkongsian ilmu dan juga ceramah dan soal jawab agama. Terdapat juga persembahan istimewa dari artis-artis terkenal tanahair aeperti Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Bunkface, Aizat Amdan, Sandra, Caliph Busker, Ronnie Hussin, Drama Band, Ippo Hafiz, 6ixth Sense, Sakura Band, One Nation Emcee, Khai Bahar, Dafi, Alif Satar, Tasha Manshahar, Aman Nassim, Zarul, Mark Adam, Encik Mimpi, Haiza, Sarah FAzny, Shiela Abdul, Putera Mentor Legend, Ewal AF, Zariff AF, Sazrin dan Aina Abdul.

Untuk pengetahuan korang, sepanjang Hari Terbuka NBOS 2016 ini juga terdapat jualan dari vendor-vendor terkenal di Malaysia. Turut serta membuat jualan adalah dari kami sendiri iaitu Team Projek Travel. Nak tau apa yang kami jual?? Jangan lupa datang beramai-ramai ke Hari Terbuka NBOS 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 14 Ogos hingga 20 Ogos 2016.. JUMPA DI SANA... Adios


Post a Comment

2 Comments