AMNA HOME TEMPAT PERCUTIAN MENARIK DI KUALA LUMPUR

AMNA HOME TEMPAT PERCUTIAN MENARIK DI KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua.. hurm serabutnya kepala otak sejak dua tiga menjak ni. Banyak pulak masalah yang datang. Kadang-kadang tu rasa macam nak bawak diri aje tapi tak boleh sebab kerja. Dah la tu, kompeni memang jenis susah sikit dapat cuti sebab tak ada orang replace kerja. Kadang-kadang jelous je tengok kengkawan travel sana sini. Takpe la, mungkin belum sampai rezeki aku buat masa ni. Harap-harap satu hari nanti dapat juga aku jejak kaki ke negara luar macam diorang. InshaAllah... 

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur

Tapi bila berpeluang bercuti dengan kengkawan di Kuala Lumpur, of course la aku happy sesangat. Rindu giler dengan diorang ni. Bukan senang dapat berkumpul dengan depa-depa ni. Tambah pulak memasing dah semakin busy. Tempat pilihan kami kali ni adalah kat Amna Home yang terletak di The Face Suites Kuala Lumpur. Kami Cek in hari Sabtu dan Cek out hari Ahad. Jadi la kan. Lagipun lokasi kat KL je so tak perlu nak tambah cuti. 

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home The Face Suites Kuala Lumpur
Memandangkan aku dan Mekonie berdua je perempuan, so kami dapat satu unit untuk berdua sahaja. Fuyooo... memang luas giler la unit yang kami dapat ni. Sangat sangat selesa untuk dua orang. Kalau ada yang datang dengan family pun aku rasa masih selesa. Ruang dalam unit ni pun dah macam kat rumah sebab boleh katakan complete ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan bilik air.

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : Ruang Dapur 

Ruang Dapur - Teruja tengok dapur dia weiii... Dapur rumah aku pun tak macam ni. Lengkap dengan kitchen cabinet yang serba putih dan juga peralatan elektrik seperti peti ais dua pintu, microwave, mesin basuh dan pengering, serta dapur. Pinggan mangkuk dan periuk pun ada sekali. Haaaa.... boleh la nak tunjuk skill memasak kan walaupun sekadar maggi aje.. muaahahahahaha... Tapi lepas dah guna tu, pepandai la kemas kan.Tak tergamak pulak nak sepahkan dapur secomel ni. 

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : Ruang Tamu 

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : Santai di ruang tamu

Ruang Tamu - Kat ruang tamu ni ada disediakan perabut sofa dan TV. So, boleh la bersantai-santai menonton TV sambil makan popcorn. Ala, bercuti pun nak memerap kat dalam rumah ke? Tapi apa salahnya kan. Sesambil tunggu masa nak keluar jenjalan, boleh la beristirehat kat sini. 

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : Bilik Tidur

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : Bilik tidur yang selesa

Bilik Tidur - Unit yang kami dapat ni ada 1 je bilik tapi luas giler. Bilik ni attached dengan ruang tamu dan walking wardrobe tapi ada pintu untuk privacy. Tapi kalau time tak tido, boleh bukak je sebab ia akan menambah keluasan ruang tamu. Dalam bilik ni ada satu katil besar (King Size). Tapi kalau datang beramai-ramai or satu family boleh je nak bentang toto. Bilik ni tiada almari sebaliknya disediakan bilik walking wardrobe yang mana bagi aku lebih besar dari almari. Siap ada iron tau. So, untuk gegel tak payah nak angkut iron sendiri.

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : Bilik Air

Bilik Air - Kalau korang nak tau, bilik air ni sangat luas okey.. Dengan berkonsepkan moden, memang selesa la nak buat sebarang aktiviti personal dalam ni. Aktiviti ape yang aku maksudkan pepaham sendiri la ekk.. tapi memang suka giler bilik air ni. Kalau kena denda tido bilik air pun aku sanggup... hahahahaha..

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : Pemandangan dari kediaman

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : Pemandangan sekitar Kuala Lumpur

Pemandangan Luar Bilik - Memandangkan bilik kami di Level 23A dan mengadap Kampung Baru so dapat la view yang cantik. Biasa kalau sebut sunset je mesti orang akan terfikir pantai, tapi seronok jugak sekali sekala dapat tengok sunset di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bagi yang meminati fotografi memang aku sarankan korang datang bercuti di sini sebab pemandangan Kuala Lumpur dari bangunan The Face Suites ni memang ohsem tambahan lagi di Level 51 Sky Deck di mana letaknya Infinity Pool berlatarbelakangkan KLCC dan KL Tower. Tengok kat bawah ni.

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : Infinity pool berlatarbelakang KLCC dan KL Tower

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : Background KL Tower

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : Background KLCC

Kemudahan Swimming Pool - Ha... amacam? best tak view swimming pool ni?? Bayangkan korang boleh berenang dari KLCC ke KL Tower..haha hebat tak ? Serius, ini la pemandangan Kuala Lumpur paling best dan ohsem yang pernah aku tengok. Cuma, agak malang sebab aku tak mandi kat kolam tu. Kalau tak, mesti dah dapat duk kat hujung tu menikmati panorama indah Kuala Lumpur. Jangan lupa bawak kamera atau gopro kalau datang ke sini. Mesti korang takkan termiss bergambar sakan. Ye la, bukan senang nak dapat view macam ni kan.

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : Kemudahan Wifi


Kemudahan Wifi - Tak lengkap kalau ke mana-mana tapi tak ada kemudahan internet kan. Walaupun dalam mood bercuti, internet kena ada tau. Bukan sebab nak jadi anti sosial ke hape tapi rugi la kan kalau kita pi tempat best tapi tak share dengan dunia luar. Tambah lagi awok ni blogger, internet dan blogger berpisah tiada.. hehe.. 

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : The Face Suites Kuala Lumpur

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Amna Home : Lobi The Face Suites Kuala Lumpur

The Face Suites Kuala Lumpur - Lokasi Amna Home ni terletak di dalam bangunan The Face Suites, Sultan Ismail Road, Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah bangunan kediaman gaya mewah yang terletak dalam persekitaran 'The Golden Triangle' dan mempunyai kemudahan komersial, membeli-belah dan hiburan pusat di bandar Kuala Lumpur. Menawarkan sebuah penginapan yang menarik menghadap ke arah bandaraya Kuala Lumpur dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang ikonik dan Menara KL. Reka bentuk yang moden dan lengkap dengan kemudahan seperti di rumah sendiri, ia mampu berfungsi sebagai ruang untuk bekerja dan istirehat. 

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Team Projek Travel Dan Pemilik Amna Home

Amna Home - Mungkin ramai yang belum tahu mengenai kewujudan Amna Home ni. Bagi sesiapa yang ingin bercuti dan perlukan kediaman seperti rumah (homestay), maka Amna Home la tempatnya. Setakat ni mereka telah membuka cawangan di beberapa bandar besar seperti Kuala Lumpur, London, Melbourne, Amsterdam, Auckland dan Perth. Beberapa cawangan lagi bakal dibuka seperti di Bangkok dan Pattaya. Untuk cawangan yang kami duduk ni iaitu Amna Home di Kuala Lumpur, ini maklumat untuk rujukan korang : 

AmnaHome @ The Face Suites, KL - Lokasi di tengah bandar KL
- Berdekatan dengan public transport (Monorail Bukit Nenas)
- Menyediakan tiga jenis homestay mengikut keperluan
1) 1 bedroom (2-3 paxs)
2) 1 + 1 bedroom (4-5 paxs)
3) 2 + 1 bedroom (5-6 paxs)
- Tiada had limit berapa orang yang nak stay untuk setiap homestay dan terpulang kepada keselesaan masing-masing
- Fasiliti cukup lengkap disediakan seperti tv, aircond, peti ais, microwave, mesin basuh, iron, water heater, pinggan mangkuk, periuk, kuali. gelas dan dapur memasak
- Serendah RM220/night tertakluk kepada jenis homestay yang dipilih
- Certain units disediakan wi-fi percuma
- Sistem security yang terbukti ketat dan selamat dengan penggunaan kad access
- Free access ke infinity pool di tingkat 51 dengan panorama indah KLCC dan KL Tower

Harga berpatutan, lokasi strategik, fasiliti cukup lengkap, panorama KLCC dan KL Tower superb, apa lagi yang anda mahu? Segalanya hanya di AmnaHome @ The Face Suites, KL
Untuk reservation/booking, boleh whatsapp Farah di talian +61402966473

Kesimpulannya, walaupun hanya bercuti di dalam Kuala Lumpur, masih boleh enjoy dan release tension. Lagipun mudah untuk mencari tempat makan dan juga shopping sebab dekat dengan Kampung Baru yang terkenal sebagai syurga tempat makan. Kira tak payah risau la kan. Tak puas rasanya duduk kat sini. Dengan harga serendah RM220 (tertakluk kepada jenis homestay yang dipilih) untuk satu kediaman, memang berbaloi sangat bagi aku. Memang terbaik la Amna Home. Boleh la rekemen kat family dan member-member lokasi Amna Home sebagai tempat percutian menarik di Kuala Lumpur... Next entri aku akan kongsi aktiviti yang kami buat kat sini pulak.. tungguuuuu.... Adios...

AMNA HOME Tempat Percutian Menarik Di Kuala Lumpur
Contact Amna Home

Website

Facebook

Instagram

Reservation
+61 402 966 473
reservation@amnahome.com



Post a Comment

3 Comments

  1. Huishhhh! Bestnyaaa bilik kat situ. Mewah habis. View kolam renang dia perrrgghhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best ina. Lebih berbaloi duduk sini sebab rasa macam berada dalam rumah. Boleh muat satu family pulak tu... view kolam renang dia tu paling ohsem. x puas dok atas tu

      Delete
  2. WOW just what I was searching for. Came here by searching for Situs Bandar Agen Terbaik Terpercaya

    ReplyDelete