MENU HONG KONG DAN SZECHUAN DI SINO SCENE CHINESE RESTAURANT

30.9.16

HIDANGAN HONG KONG DAN SZECHUAN DI SINO SCENE CHINESE RESTAURANT | Assalamualaikum semua... dah makan? kalau dah Alhamdulillah. Kalau belum, ha meh sini nak story pasal makan. Saja ja dengki kan nak cite pasal makan. hahahahha.. jangan la marah. Bukan apa, nak cerita pasal menu makanan istimewa yang didatangkan dari Hong Kong dan Szechuan khas kepada pelanggan yang datang ke Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur

Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Swiss-Garden International Hotel, Resorts & Inns Kuala Lumpur

Nama restoran ni Sino Scene Chinese Restaurant. Ia terletak kat Level 6, Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur. Apa yang menariknya mengenai restoran ini, ia menyediakan menu makanan dari Hong Kong dan Szechuan yang mana ia mengetengahkan sajian di dalam periuk tanah liat ataupun clay pot. Kalau dah nama dalam clay pot, mesti sedap kan sebab bagi aku makanan yang dimasak dalam periuk tanah liat ni aroma dia memang wangi dan makanan pun akan masak dengan sekata. Itu la kelebihan periuk tanah liat.  

Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Sino Scene Chinese Restaurant

Biasanya makanan cina ni tak pedas kan. Berbeza dengan hidangan dari Szechuan ni sebab ia terkenal dengan rasa pedas, masam, manis dan penuh dengan rasa yang enak. Tak sangka orang-orang kat China ni pandai jugak makan pedas kan. Bagi makanan Hong Kong pulak penekanan yang berbeza telah diberi pada hidangan dimana ia menampilkan ciri-ciri fusion campuran budaya dan tradisi yang berbeza-beza dari Kantonis ke Hakka, Teochew dan Shanghai. Ha.. macam mana la rasa dia kan. Tapi paling penting masakan Hong Kong ni menggunakan bahan-bahan yang segar untuk rasa yang terbaik dalam setiap hidangan.

Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Makanan dalam clay pot

Hidangan yang enak ni adalah hasil air tangan dari Chef Alex Choong Mian Sang yang berjaya menambat selera peminat masakan dari rantau Hong Kong dan Szechuan. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang masakan di peringkat international. Beliau memulakan kerjaya sebagai pembantu dapur sahaja di sebuah Chinese Restaurant di Johor Bahru. Walapun bermula dari bawah, berkat kesabaran dan kerajinan beliau mengorak langkah ke luar negara untuk mencari pengalaman. Akhirnya beliau kini bersama Sino Scene Chinese Restaurant. 

Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Chef Alex Choong Mian Sang

Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Team Chef Sino Scene Chinese Restaurant

Ha, dok bercerita pasal restoran dan Chef, meh sini nak kenalkan pula menu-menu hidangan dari Hong Kong dan Szehuan yang pastinya membuatkan korang rasa lapar. Antara menu yang dicadangkan oleh Chef Alex adalah Aromatic Peking Duck, Szechuan Bird's Nest with Crabmeat Soup, Steamed Chicken with Ginseng in Claypot, Crispy Sea Garoupa Siamese Style, Salted Egg Prawn with Pumpkin, Green Shell Abalone with Sea Cucumber and Shitake Mushroom, Braised Vegetarian Parcel and Seasonal Vegetable with Scallop Sauce, Wok Fried Rice with Smoked Oyster dan Sino Scene Special Durian Pancake with Chilled Aloe Vera. Sebenarnya ada banyak lagi hidangan yang ada di sini. Semuanya terdapat lebih 100 hidangan periuk tanah liat untuk dipilih bagi memenuhi selera yang berbeza kepada pelancong dan penduduk tempatan di Kuala Lumpur. Jom tengok gambar-gambar antara menu makanan yang ada.

Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Aromatic Peking Duck

Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Szechuan Bird's Nest with Crabmeat Soup

Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Steamed Chicken with Ginseng in Claypot

Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Crispy Sea Garoupa Siamese Style

Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Salted Egg Prawn with Pumpkin

Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Green Shell Abalone with Sea Cucumber and Shitake Mushroom


Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Braised Vegetarian Parcel and Seasonal Vegetable with Scallop Sauce

Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Wok Fried Rice with Smoked Oyster

Menu Hong Kong dan Szechuan di Sino Scene Chinese Restaurant
Sino Scene Special Durian Pancake with Chilled Aloe Vera

Bagi para pembaca yang ingin merasai sendiri keenakan menu istimewa dari Hong Kong dan Szechuan ni, boleh la datang ke Sino Scene Chinese Restaurant yang terletak di Level 6, Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur. Boleh rujuk maklumat kat bawah ni untuk info selanjutnya :

Alamat :
Sino Scene Chinese Restaurant
Level 6, 
Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur
117, Jalan Pudu, 
55100 Kuala Lumpur, Malaysia. 

Tel/Fax :
Tel : 603 - 2141 3333 Fax : 603 - 2141 5555 

Facebook :

Website :



You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe