KULIT HALUS DENGAN PRODUK KUNYIT MR & MRS SCRUB WITH LOVE

KULIT HALUS DENGAN PRODUK KUNYIT MR & MRS SCRUB WITH LOVE | Assalamualaikum semua.. Sudah sejak bertahun-tahun lamanya kunyit telah digunakan sebagai produk kecantikan kerana ia murah dan mudah didapati. Kunyit juga mempunyai kelebihan untuk mengubati pelbagai masalah kulit serta dapat menjadikan kulit halus mulus kalau guna secara berterusan. So, mengambil inisiatif dan khasiat dari kunyit ni maka muncul la produk kecantikan berasaskan kunyit iaitu Mr & Mrs Scrub With Love.

Kulit Halus Dengan Produk Kunyit Mr & Mrs Scrub With Love
Kulit Halus Dengan Produk Kunyit Mr & Mrs Scrub With Love

Produk Mr & Mrs Scrub With Love ni mengandungi ramuan utama iaitu kunyit dan juga dicampur dengan beras organik, cekur, tanaka dan kayu manis. Jangan risau, produk ni tidak mengandungi bahan kimia dan selamat untuk digunakan. Antara kelebihan kunyit untuk kulit  adalah seperti berikut :

KELEBIHAN KUNYIT UNTUK KECANTIKAN

➼ Kunyit mempunyai ciri-ciri luar biasa anti-radang, anti-septik, anti-bakteria dan anti-penuaan yang menjadikannya sebagai bahan untuk mask muka yang sangat baik. Ia sangat berkesan terhadap jerawat kerana ia mengandungi ciri-ciri anti bakteria yang kuat dan ia juga membantu memudarkan parut jerawat.

➼ Kunyit juga mengandungi sebatian yang dikenali sebagai ‘curcumin’ yang membentuk pigmen kuning, seterusnya berfungsi sebagai pewarna untuk memberi warna kulit yang lebih cerah.

➼ Apabila diambil secara dalaman, kunyit bertindak sebagai pembersih darah yang berkesan, seterusnya membantu untuk memperbaiki keadaan kulit anda.

➼ Kunyit merupakan anti-oksidan yang membantu dalam menyerang radikal bebas untuk memberikan kulit kelihatan muda, tanpa ruam dan gangguan lain. 

Kulit Halus Dengan Produk Kunyit Mr & Mrs Scrub With Love
Cakk.. hari-hari pakai Mr & Mrs Scrub With love

Banyak betul kegunaan kunyit ni, tu sebab aku suka pakai Mr & Mrs Scrub With Love. Paling best sebab produk ni boleh dipakai setiap hari sebagai masker. Tapi untuk scrub seeloknya buat 3 kali seminggu. Ajaib kan. Dengan satu botol aje macam-macam boleh buat. Boleh dijadikan masker, scrub, lulur dan juga sebagai bedak sejuk. Kalau sehari tak pakai rasa lain macam je. Macam tak complete nak tidur. Hehe..

Kulit Halus Dengan Produk Kunyit Mr & Mrs Scrub With Love
Cara penggunaan Mr & Mrs Scrub With love

CARA PENGGUNAAN MR & MRS SCRUB WITH LOVE  

Untuk Wajah ❤

➧ Masker Muka : 
➠1-2 sudu besar + air + madu (lebih bagus) dibancuh pekat kemudian disapu ke muka. 
➠Biarkan tidak melebihi 10 minit (bagi mereka yang berkulit sensitif gunakan kurang dari 5 minit). 
➠Bilas dengan air bersih

➧ Scrub Muka : 
➠Sedikit lulur + air dan di urut ke wajah secara lembut. 1-2 x seminggu memadai bagi mereka yang berkulit normal dan berminyak. 
➠Bagi yang mempunyai masalah jerawat aktif, DILARANG melakukan scrub pada wajah.

➧ Bedak Sejuk : 
➠Sedikit lulur + air, dibancuh cair dan disapu pada wajah.. 

Nota penting :
***Separuh sudu teh mencukupi untuk scrub
***Satu sudu teh mencukupi untuk bancuhan masker

Kulit Halus Dengan Produk Kunyit Mr & Mrs Scrub With Love
Pemakaian yang kerap akan memberi kesan optimum

Kenapa nama produk ni ada Mr & Mrs ?? iye dekkk... produk ni sesuai digunakan oleh prempuan dan juga lelaki. Ha, jangan ingat abam-abam sado ni tak payah jaga kecantikan kulit wajah tau. Silap haribulan depa yang lagi mementingkan penjagaan wajah dari kaum hawa. Ye la, masing-masing dah tau kepentingan penampilan diri dan uga kelebihan produk Mr & Mrs Scrub With Love ni.

KELEBIHAN MR & MRS SCRUB WITH LOVE

➼ menghaluskan & menggebukan kulit
➼ mencerahkan & sekatakan warna kulit
➼ mengawal parut & mengurangkannya
➼ mengurangkan jerawat (radang kulit ) di wajah serta badan
➼ menaikkan seri wajah
➼ mengawal kegatalan/penyakit kulit
➼ mengurangkan noda hitam& jeragat pada kulit
➼ sesuai digunakan untuk wajah sebagai masker/scrub/bedak sejuk
➼ mengurangkan kesan selulit &stretchmarks
➼ mengurangkan sel mati di leher/ketiak dan lipatan badan
➼ meringankan tubuh badan
➼ mengawal bau badan
➼ sangat sesuai digunakan sebagai rempah bersauna

Kulit Halus Dengan Produk Kunyit Mr & Mrs Scrub With Love
Lelaki juga sesuai menggunakan Produk Kunyit Mr & Mrs Scrub With Love

Setakat hari ni aku masih pakai produk Mr & Mrs Scrub With Love ni. Perubahan paling ketara seawal lepas penggunaan pertama lagi di mana kulit menjadi lebih halus. Selepas seminggu penggunaan, jerawat yang acah-acah nak keluar terus lenyap dan paling penting ada parut kat dahi yang dah semakin pudar. Happy sangat dengan result dari produk Mr & Mrs Scrub With Love. Kalau untuk testimoni yang lain, korang boleh tengok kat FB mereka. 

Kulit Halus Dengan Produk Kunyit Mr & Mrs Scrub With Love
Produk Kunyit Mr & Mrs Scrub With Love

Facebook :

Instagram :

Nota penting :
***Produk ini juga ada dijual di www.roopawan.com



Post a Comment

2 Comments

  1. wahhhhh .. macam best je produk nihhh..
    nak try gakkkkkk !

    ReplyDelete
  2. macam best je produk kunyit ni, nak try la nanti

    ReplyDelete