JATUH CINTA DENGAN HIMALAYA HERBALS HEALTHCARE

27.12.16

JATUH CINTA DENGAN PRODUK HIMALAYA HERBALS HEALTHCARE | Assalamualaikum semua... Baru-baru ni aku ada pergi ke satu event sempena pelancaran duta baru untuk Produk Himalaya Herbals Healthcare. Duta baru tersebut adalah diri sendiri.. eh... haha.. tak malunya mengaku duta.. hikkkkk.. xde la, sebenarnya Duta Produk Himalaya yang baru tu adalah Penyanyi Tasha Manshahar yang popular dengan lagu 'Oh No'.. /div>
Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Jatuh Cinta dengan Himalaya Herbals Healthcare

Masa kat event tu la baru aku tau yang Himalaya ni ada banyak produk rupanya. Selama ni tau shampoo dengan ubat gigi je. Ok, sikit intro pasal produk Himalaya ni. Produk ni berasal dari negara India. Produk ni diasaskan dari bahan-bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia. Ha, tu yang buat aku jatuh cinta dengan produk Himalaya ni. Bila dah guna lagi la double jatuh cinta.. hehe.. Meh tengok apa produk yang ada di bawah jenama Himalaya Herbals Healthcare ni.

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Purifying Neem Face Wash

Purifying Neem Face Wash

Produk ni sangat bagus untuk sesiapa yang mempunyai masalah jerawat. Macam aku ni tiap kali datang bulan ha time tu la jerawat naik. Walaupun takde la masalah jerawat batu atau yang kronik tapi mengganggu la jugak. So, produk Purifying Neem Face Wash ni sangat membantu. Ia dirumus khas untuk mengatasi masalah jerawat pada wajah. Penggunaan setiap hari dapat membersihkan kulit wajah dengan mengeluarkan minyak berlebihan dan kotoran tanpa terlebih pengeringan. Maksudnya kulit muka kita takkan kering la. Kandungan Neem yang ada dalam produk ni memang terkenal sifatnya untuk membersihkan dan membunuh bakteria. Bila digabungkan dengan kunyit, ia membantu mengawal jerawat dan jerawat menjadikan kulit kita lembut, bersih, segar dan bebas masalah jerawat.

Bahan-bahan utama :
  • Neem
  • kunyit

Arahan penggunaan :
  • Lembapkan muka dan urut seluruh, elakkan kawasan mata yang halus.
  • Cuci dan keringkan. Untuk hasil yang terbaik, juga menggunakan Purifying Neem Scrub dan Purifying Neem Mask.

Saiz pek :
  • 150 ml

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Neem

Neem

Biasa kalau ada masalah jerawat ni, orang akan fikirkan rawatan dari luaran je iaitu skincare. Tapi sebenarnya rawatan dari dalam pun penting jugak tau. So, Himalaya Herbals Healthcare juga menyediakan Neem yang berbentuk kapsul untuk dimakan. Neem merupakan ekstrak herba tulen yang membantu membersih darah, penyahtoksik dan menjaga kesihatan kulit serta untuk penyembuhan luka.

Bahan-bahan utama :
  • Ekstrak herba tulen Neem

Arahan penggunaan :
  • 1 kapsul dua kali sehari

Saiz pek :
  • 60 kapsul per botol ; 250mg per kapsul (Pure Herb Extract)

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Neem Face Pack

Neem Face Pack

Lepas cuci muka, korang kena try pakai mask Himalaya Neem Face Pack ni. Best tau, bila pakai dia akan buat muka kita rasa tegang. Muka pun rasa sejuk je masa pakai tu. Bau dia pun wangi. Ok, Himalaya Neem Face Pack adalah satu formula Ayurveda herba. Kandungan utamanya adalah Neem, Kunyit dan Fuller's earth yang bersama-sama membantu untuk membersihkan kulit dan mencegah pertumbuhan jerawat. Tapi mask ni tak boleh pakai selalu la... hehe

Kebaikan :
  • Himalaya Neem Face Pack hilang jerawat dan mencegah pertumbuhan jerawat akan datang
  • Himalaya Neem Face Pack mengandungi neem bersama-sama dengan kunyit yang membantu untuk menghalang bakteria dari terkumpul
  • Himalaya Neem Face Pack mengandungi semua bahan-bahan semula jadi yang membantu untuk menegangkan kulit

Bahan-bahan utama :
  • Neem
  • Fullers Earth
  • Turmeric

Arahan penggunaan :
  • Sapukan secara merata ke seluruh muka dan leher yang telah dibersihkan, elakkan kawasan di sekitar mata.
  • Biarkan ia kering selama 10-15 minit.
  • Buang dengan span basah dan basuh kulit dengan air sejuk.
  • Gunakan sekali atau dua kali seminggu.
  • Sesuai untuk kulit yang berminyak dan jerawat

Saiz pek :
  • 150ml

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Nourishing Cream Skin

Nourishing Cream Skin

Suka sangat dengan Nourishing Cream Skin ni sebab bau dia best.. wangi.. lagipun bila pakai kulit jadi lembut je sebab krim ini diadun dengan ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Pennywort India, yang dapat melindungi kulit kita daripada pencemaran dan cuaca kering, memberikan khasiat dan kelembapan. Jadi baru la kulit kita sihat dan berseri kan.

Bahan-bahan utama :
  • Aloe Vera
  • Winter Cherry
  • Indian Kino Tree
  • Indian Pennywort

Arahan penggunaan :
  • Sapu Nourishing Cream Skin perlahan-lahan ke seluruh muka, badan dan leher dua kali sehari. Untuk hasil terbaik, gunakan dengan kerap.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit. Juga boleh digunakan sebagai asas untuk make-up.

Saiz pek :
  • 50ml, 100ml dan 200ml

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
AyurSlim

AyurSlim

Memandangkan berat badan dah macam dipam-pam, so dah start kena diet ni. Kira ni azam tahun baru la. Tapi kalau sekadar diet je tak menjadi. Maybe bagi orang lain menjadi tapi bagi aku ni buat penat diet tapi tak turun-turun gak. Nak ambil produk-produk kurus yang melambak di pasaran, cuak pulak sebab tak tau kandungannya. Jadi aku pun decide guna AyurSlim dari Himalaya ni sebab produk-produk Himalaya memang tiada bahan kimia.

Himalaya AyurSlim merupakan formulasi Ayurveda herba tulen. AyurSlim adalah terbukti secara klinikal, selamat dan berkesan dalam membantu untuk mengawal pengeluaran lemak. Ia juga menghapuskan mengurangkan selera makan, menormalkan pengeluaran tenaga dan penggunaan dalam badan serta membantu kekal langsing dan sihat.

Kebaikan :
  • AyurSlim membawa pembakaran cekap lemak.
  • AyurSlim menghalang sintesis asid lemak, sekali gus mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan.
  • AyurSlim mengekalkan tahap kolesterol normal dalam badan, faktor-faktor yang bimbang dengan pengumpulan lemak.
  • AyurSlim mengurangkan keinginan untuk makanan dan gula-gula, sekali gus mengurangkan pengambilan lemak dan karbohidrat.
  • AyurSlim membawa penggunaan berkesan glukosa dalam badan, yang mempunyai peranan dalam pengumpulan lemak dalam badan.
  • AyurSlim membawa kepada penggunaan optimum nutrien dan tenaga, dengan itu membetulkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan yang bertanggungjawab untuk pengumpulan lemak.

Bahan-bahan utama :
  • Balsamidendron Mukul
  • Garcinia Cambogia
  • GymnemaSylvestre
  • Terminalia Chebula
  • Trigonella foenum graeceum

Arahan penggunaan :
  • 2 kapsul dua kali sehari selepas sarapan dan makan malam, bagi tempoh sekurang-kurangnya 4 hingga 6 bulan.

Saiz pek :
  • 60 kapsul per botol

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Protein Shampoo

Protein Shampoo

Sebelum ni aku memang tahu pasal shampoo dari Himalaya ni sebab ramai yang guna dan semua kata shampoo ni bagus. Ada pelbagai jenis shampoo yang dikeluarkan oleh Himalaya seperti :
  • Protein Shampoo - Extra Moisturizing
  • Protein Shampoo - Volume & Bounce
  • Protein Shampoo - Repair & Regeneration
  • Protein Shampoo - Softness & Shine
  • Anti-Dandruff Shampoo - Gentle Clean
  • Anti-Dandruff Shampoo - Soothing & Moisturizing
  • Anti-Hair Fall Shampoo

Tapi aku pilih Extra Moisturizing sebab aku memang mengalami masalah rambut kering. Tambahan pulak pakai tudung kan. Kadang-kadang sampai kusut masai rambut jadinya. Tapi sejak pakai shampoo ni, kurang sikit masalah tu sebab shampoo ni dirumus khas untuk rambut kering yang memerlukan pelembap tambahan dan khasiat. Gabungan herba di dalam kandungannya berkesan untuk menjaga rambut supaya menjadi lebih kuat, lembut dan mudah diurus.

Bahan-bahan utama :
  • Fenugreek & Sesame
  • Netted Melon & Aloe
  • Licorice

Arahan penggunaan :
  • Urut perlahan-lahan ke dalam rambut basah dan kulit kepala. Bilas dengan teliti. Ulangi jika perlu.

Saiz pek :
  • 400ml per botol

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Koflet

Koflet

Ada mengalami masalah batuk dan sakit tekak ?? ha, apa kata korang cuba Koflet dari Himalaya ni. Ia mengandungi formula herba yang membantu melegakan batuk dan sakit tekak. Selain itu ia juga dapat :
  • Memberi kelegaan pada kesesakan dada dan mengurangkan pengeluaran mukus.
  • Sifat anti-mikrob beberapa bahan-bahan dalam Koflet mengurangkan jangkitan saluran pernafasan.
  • Ia mempunyai tindakan menenangkan dalam sakit tekak atau batuk disebabkan oleh kerengsaan Koflet diketahui mempunyai tiada kesan sampingan dan klinikal yang selamat.

Bahan-bahan utama :
  • Trikatu
  • Piper Longum
  • Zingiber Officinale
  • Acacia Catechu
  • Terminalia Chebula
  • Syzygium Aromaticum
  • Cinnamomum Zeylanicum
  • Elettaria Cardamomum

Arahan penggunaan :
  • Satu biji tiga empat kali sehari, atau seperti yang diarahkan oleh doktor.

Saiz pek :
  • 10 biji

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Renalka

Renalka

Ada masalah kencing tak lawas tak ? Honestly, aku ada masalah ni. Tapi tak selalu la. Cuma kengkadang tu baru aje pegi toiet, dah rasa nak pi lagi. Biasanya masalah macam ni ada berkaitan dengan buah pinggang. So, aku pun diperkenalkan dengan Renalka dari Himalaya ni. Kandungan bahan dalam Renalka mempunyai ciri-ciri anti-mikrob yang kuat yang membantu dalam memerangi jangkitan dikaitkan dengan jangkitan saluran kencing, melindungi buah pinggang daripada kesan berbahaya dan toksik bahan kimia lain. Selain tu, Renalka juga menormalkan keseimbangan pH dalam badan yang pada masa sama meningkatkan aliran darah yang sihat kepada buah pinggang.

Bahan-bahan utama :
  • Tribulus Terrestris
  • Cretaeva Magna
  • Hemidesmus Indicus
  • Cyperus Rotundus
  • Vetiveria Zizanioides
  • Asparagus Racemosus

Arahan penggunaan :
  • 2 Sudu teh, 2-3 kali sehari

Saiz pek :
  • 100 ml

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Cystone

Cystone

Kalau yang Renalka untuk kencing tak lawas, Cystone ni pula untuk masalah kencing kotor. Jangan pandang remeh tau kalau ada masalah ni. Jika melarat, boleh memudaratkan tubuh kita sebab ia melibatkan buah pinggang. Boleh kena batu karang tau. Jadi, sesiapa ada masalah kencing kotor, boleh cuba Cystone dari Himalaya ni.

Bahan-bahan utama :
  • Didymocarpus Pedicellata
  • Saxifraga Ligulata
  • Rubia Cordifolia
  • Cyperus Scariosus
  • Achyranthes Aspera
  • Onosma Bracteatum
  • Vernonia Cinerea

Arahan penggunaan :
  • 2 tablet 2-3 kali sehari

Saiz pek :
  • 100 tablet per botol

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Bioease

Bioease

Bagi sesiapa yang ada masalah gastrik pula, jangan risau. Himalaya juga ada mengeluarkan produk untuk mereka yang mempunyai masalah ni. Produk yang diberi nama Bioease ni adalah dari ramuan tradisional untuk mengatasi masalah kembug perut, senak perut dan juga gastrik.

Bahan-bahan utama :
  • Foeniculum Vulgare
  • Mentha Piperita
  • Anethum Graveolens
  • Carum Carvi
  • Cuminum Cyminum

Arahan penggunaan :
  • 2 tablet 2 kali sehari

Saiz pek :
  • 60 tablet per botol

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
V-Gel

V-Gel

Yang ni untuk wanita je tau sebab yang ni untuk sesiapa yang ada masalah keputihan atau pun gatal-gatal kat bahagian bawah tu. V-Gel dari Himalaya Herbals ni bertindak untuk mengekalkan keseimbangan pH dalam julat yang normal.

Kebaikan :
  • V-Gel melegakan kerengsaan, gatal-gatal pada faraj
  • V-Gel melegakan kekeringan pada faraj
  • V-Gel mengekalkan tahap pH yang seimbang dalam badan
  • V-Gel menyokong sistem imunisasi dalam badan

Bahan-bahan utama :
  • Rosa Damascena
  • Elettaria Cardamomum
  • Boerhaavia Diffusa
  • Parmelia Perlata
  • Vitex Negundo
  • Curcuma Longa

Arahan penggunaan :
  • Gunakan 1-2 kali sehari menggunakan alat yg disediakan

Saiz pek :
  • 30g

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Complete Care Toothpaste

Complete Care Toothpaste

Ha, ubat gigi Himalaya ni aku dah pernah cuba sebelum ni. Memang bagus kerana ia adalah ubat gigi Ayurveda herba yang dirumus khas untuk penjagaan gigi dan kebersihan. Himalaya Complete Care Toothpaste ni menggalakkan gusi yang sihat, gigi yang sihat dan nafas segar. Ia membantu melegakan kesakitan yang berkaitan dengan gigi dan gusi bengkak bernanah, membantu menghentikan pendarahan pada gusi dan mempunyai fungsi melegakan gusi sensitif.

Bahan-bahan utama :
  • Punica granatum (Pomegranate, Dadima)
  • Xanthoxylum alatum (Toothache Tree, Tumburu)
  • Acacia arabica (Indian Gum-Arabic Tree, Babbula)
  • Triphala
  • Embelia ribes (False Black Pepper, Vidanga)
  • Vitex negundo (Five-Leaved Chaste Tree, Nirgundi)
  • Vaikranta bhasma (Fluorspar)
  • Azadirachta indica (Nimba, Sunthi)
  • Carum copticum (Bishop's Weed, Ajamoda satva)

Arahan penggunaan :
  • Guna setiap kali gosok gigi

Saiz pek :
  • 100g

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Bergambar dengan Tasha Manshahar

Ha, ni la Duta Baru Produk Himalaya ni iaitu Tasha Manshahar. Bertuah rasa dapat bergambar dengan Tasha ni. Dan la cantik, peramah pulak tu. Kalau nak tahu, Tasha ni pengguna tegar produk Himalaya tau. Tu sebab kulit dia ploless. Jeles tengok. Masa event tu Tasha nyanyi 4 buah lagu untuk para peminatnya... Best... Jom tengok gambar sekitar Majlis Mini Konsert dan Meet & Greet Tasha Manshahar bersama produk Himalaya yang berlansung di IOI City Mall putrajaya hari tu..

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Mini Konsert bersama Duta Himalaya - Tasha Manshahar

Jatuh Cinta Dengan Himalaya Herbals Healthcare
Meet & greet bersama Tasha Manshahar

So, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai produk Himalaya ni, boleh pergi ke Laman Facebook mereka ataupun berkunjung ke outlet Himalaya di seluruh Malaysia... adios..


Facebook :

Instagram :



You Might Also Like

8 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Sally pernah pakai dulu produk ni...sbb kongsi dengan kakak...lepas tu dah tak pakai sbb dia berhenti pakai..hahahaha...menagih kakak punya! LOL

    ReplyDelete
  2. baru je try pakai himalaya ayurslim , slame ni memang ade problem nak buang air besar laaa ni alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. baru je try , himalaya ayurslim , ALHAMDULILLAH ,
    memang lawas pembuangan


    ReplyDelete
  4. baru je try , himalaya ayurslim , ALHAMDULILLAH ,
    memang lawas pembuangan


    ReplyDelete
    Replies
    1. iye... seronok kan. rasa lega je perut

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe