APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM) DAN KEMPEN #SERINGGITSERIBUKEBAIKAN

APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM) DAN KEMPEN #SERINGGITSERIBUKEBAIKAN |
Assalamualaikum semua.. sebagai seorang yang kuat makan, rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) tu memang termasuk la dalam list Favourite Show. Tambah-tambah pulak bila host dia Abg Naz tu dok cakap sedap-sedap #akusuka, lagi la membuak-buak nak pi cari tempat makan kan. Cumanya kadang-kadang tu asyik termiss je nak tengok rancangan tu. Maklum la time dia Ahad kan, tengah hari pulak tu. Tak sempat nak melekat depan TV.. huhu

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan

Maka dengan itu satu aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)diwujudkan dan dilancarkan baru-baru ni. Ha, nasib baik pihak Media Prima Digital memahami orang-orang macam aku ni. TQ tau awakkk. So, mudah la lepas ni nak cari info menarik mengenai tempat-tempat makan yang pernah dikunjungi pihak produksi Jalan-Jalan Cari Makan.

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Emcee of the day Dayah Bakar

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Pengacara JJCM Abg Naz

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Suka la Dayah Bakar jadi Emcee, happening

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Li Ee Kee, Pengurus Produk Aplikasi JJCM

"Makanan dan rakyat Malaysia berpisah tiada dan kerana itulah kami di Media Prima Digital merasakan yang aplikasi ini boleh membantu rakyat Malaysia setiap kali mereka berhadapan dengan kepayahan membuat keputusan untuk makan apa dan di mana. Bukan itu sahaja, tawaran diskaun Offpeak juga memberi peluang buat pengguna aplikasi ini menikmati hidangan kegemaran mereka dengan harga yang lebih rendah,"
- Li Ee Kee, Pengurus Produk Aplikasi JJCM -

😍 APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM)

Korang dah install aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) ? Kalau dah sep sikit 👐.. kalau belum, ha cepat-cepat install. Tak kisah sama ada korang pakai Android ataupun IOS, dua-dua boleh install tau. Nah hakak bagi link, mudah sket korang tak payah nak cari-cari :

Google Play: bit.ly/JJCMAndroid
App Store: bit.ly/JJCMApple

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikanAplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan


Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikanAplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan

😍 INFO MENARIK MENGENAI APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM)

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan

🍜 Menawarkan Fungsi Tempahan Restoran dan Dapat Diskaun Offpeak
Menerusi aplikasi JJCM, kita boleh menempah restoran tanpa perlu beratur panjang dan menunggu lama untuk order makanan. Hanya perlu klik-klik aje kat apps JJCM, pilih restoran yang kita nak, masukkan no tel, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung sahaja. Lepas tu satu email pengesahan akan diterima. Ha, kan mudah guna aplikasi JJCM ni.

🍜 Tiada Caj Tambahan
Untuk penggunaan aplikasi JJCM, tiada caj tambahan dikenakan. Hanya perlu bayar harga makanan sahaja.

🍜 Grafik Menarik Dan Mesra Pengguna
Sebenarnya aplikasi ni dah ada sejak akhir tahun 2015 dan kini diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan mesra pengguna. Suntikan elemen yang lebih segar telah diberi dengan transformasi 360 darjah. Setakat ni aplikasi JJCM sudah mencecah lebih 250 ribu muat turun.

🍜 Interaksi Antara Pengguna
Setiap pengguna aplikasi JJCM boleh meninggalkan komen / ulasan dan cadangan mengenai tempat makan yang dikunjungi. So, dengan cara ini sekurang-kurangnya dapat membantu dan memberi panduan kepada pengguna lain.

🍜 Fungsi Carian
Dalam aplikasi JJCM ada fungsi carian dimana pengguna boleh melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS atau lokasi berhampiran. Contoh kalau pengguna berada di Damansara, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada di sekitar Damansara.

Walaupun aplikasi JJCM ni menyenaraikan tempat makan pilihan rancangan JJCM, tapi sebenarnya boleh je kalau korang nak suggest tempat makan lain yang best-best. Nanti team editorial aplikasi JJCM akan pergi ke tempat tu. Jadi jangan malu-malu dan segan-segan nak hantar suggestion ekk. Tak kisah la kat ceruk mana pun lokasi, just share jek. Baru la meriah aplikasi tu nanti. Sharing is caring kan...


😍 KEMPEN #seringgitseribukebaikan


Sebut pasal sharing is caring ni, dalam pada kita seronok makan jangan lupa pada insan yang kurang bernasib baik. Jadi sempena Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), pihak Media Prima Digital turut melancarkan kempen #seringgitseribukebaikan. Kempen ini merupakan sebuah kempen kebajikan di mana rakyat Malaysia boleh menyampaikan sumbangan ikhlas serendah RM1, RM3, RM5 dan RM10 bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan yang terpilih sepanjang Ramadan nanti.

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan

Mengambil konsep makanan sebagai keperluan asas setiap insan, #seringgitseribukebaikan mahu memberi peluang anak-anak istimewa ni untuk turut menikmati juadah yang disediakan 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap rumah kebajikan yang terpilih akan menerima tajaan hidangan berbuka puasa selama 5 hari, setiap Isnin hingga Jumaat selama 4 minggu dalam bulan Ramadan. Selain itu, squad #seringgitseribukebaikan Media Prima Digital juga akan ke negeri Terengganu dan Johor bagi menyampaikan sumbangan untuk rumah kebajikan yang terpilih di sana pada 3 dan 10 Jun 2017 nanti.

😍 CARA MENYUMBANG UNTUK KEMPEN #seringgitseribukebaikan

Macam mana nak menyumbang untuk kempen#seringgitseribukebaikan?? Ada dua cara yang boleh korang salurkan sumbangan iaitu melalui :


Aplikasi JJCM

Selain tu, Mamee Double Decker pun bermurah hati untuk menyumbangkan barangan Mamee untuk anak-anak istimewa ni. Thank you Mamee.. semoga apa yang kita buat ni dapat memberi sedikit senyuman dan kegembiraan di hati mereka...

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Antara tetamu yang hadir Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Sessi Q&A mengenai Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Kami pun dapat produk Mamee.. TQ 😍

So kalau korang pencinta makan macam aku, jangan lupa muat turun aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) kat dalam henpon korang tau dan jangan lupa untuk menghulurkan sumbangan melalui Kempen #seringgitseribukebaikan. Kempen ni berlangsung sepanjang bulan Mei (1 Mei hingga 31 Mei 2017)... Adiossss.... 😍


Post a Comment

2 Comments

  1. WoW!!! Sangat menarik... Best ni.. LeYa nak install laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput2 install, nanti mudah nak cari tempat makan.. hehe

      Delete