BUFFET RAMADHAN 2017 : BANGI GOLF RESORT

24.4.17

BUFFET RAMADHAN 2017 : BANGI GOLF RESORT | Assalamualaikum semua.. Ramadhan datang lagi. Seperti biasa lokasi yang wijib panggil blogger untuk media preview adalah Bangi Golf Resort. Tiap tahun juga tak miss datang sini sebab meriah dengan makanan dan rakan-rakan blogger. Time ni la nak jumpa dan beramah mesra dengan teman-teman seperjuangan yang susah nak jumpa sebab masing-masing busy kan. Itu cerita bab rerakan media, kalau cerita kang abis satu entri ni. Kang jenuh nak scroll.. hehe.

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort

Ok, berbalik pada Buffet Ramadhan 2017 di Bangi Golf Resort tahun ni, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan menghidangkan para tetamu dengan signature dish untuk Buffet Ramadhan mereka bermula dari 29 May 2017 hingga 23 Jun 2017. Restoran BGR adalah restoran yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM dan merupakan salah satu daripada di antara hanya beberapa kelab golf yang diiktiraf dengan akreditasi ini sejak tahun 2009. 

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Emcee favorite setiap tahun Chef Kamarudin yang selalu mencuit hati 

Para pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan yang terkenal dan kemuncaknya diakhiri dengan sajian menu-menu popular seperti Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak yang akan dihidangkan sendiri oleh chef yang berpengalaman. Para pengunjung juga berpeluang menikmati Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan panas daripada kuali. Selain itu, ada juga satay ayam dan daging yang dibakar setiap hari..

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Kambing Bakar

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Sup Kambing Mamak

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Satay ayam dan daging

Untuk menu Ala Barat pula, jangan lupa untuk merasai menu yang famous kat sini yang mengetengahkan sentuhan gastronomik seperti "Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma". Gapo tu?? ha, kena la pi rasa nanti.. hehe.. Untuk pilihan klasik pula, pengunjung boleh menikmati Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara yang semestinya menjadi kegemaran keluarga di Restoran BGR. Selain itu, jangan lepaskan peluang menikmati sendiri menu terbaru tahun ini iaitu Peri-Peri Chicken Drumlets yang menjanjikan rasa luar biasa.

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Lasagna 

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Golden Sand Spaghetti Carbonara

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Peri-Peri Chicken Drumlets
Untuk juadah yang bercirikan selera melayu, Restoran BGR dengan bangganya memperkenalkan menu Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama pada tahun ni. Menu tersebut akan dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Nasi Lemak Istimewa

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Ikan Masak Asam Kari

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Rendang Daging Taik Minyak

Menerapkan teknologi terkini dalam penyediaan menu masakan Oriental, Restoran BGR telah berjaya mengaplikasikan teknik terbaik dalam penyediaan menu Nasi Ayam Hainanese di mana ayam akan dimasak dengan penuh teliti sehingga empuk dan mencapai tekstur sempurna. Setiap butir nasinya juga diperkaya dengan lemak ayam, menjadikan ia gebu. Untuk kepuasan maksima, Nasi Ayam Hainanese ini digandingkan dengan sos cili halia dan bawang putih yang pasti akan menambat selera.

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Nasi Ayam Hainanese tapi gambar nasi xdop plak.. 😁

Pencuci mulut juga adalah sesuatu yang tidak asing lagi di majlis Buffet Ramadhan Restoran BGR. Beraneka jenis pencuci mulut yang dihidangkan pasti memberi kepuasan kepada para pengunjung. Pilihan yang disediakan adalah seperti "Spanish Churros" bersama sos coklat pekat, termasuk pelbagai variasi kuih muih tradisional melayu, puding, agar-agar dan buah-buahan tropika. Tahun ini Restoran BGR juga memperkenalkan penambahan pada variasi pencuci mulut untuk memastikan para pengunjung berpuas hati dengan setiap kunjungan mereka. Antara pencuci mulut yang bakal memberikan kepuasan adalah Serawa Durian, Assorted Swiss Rolls (Red Valvet, Orange Jaffa & Macha Chocolate ), Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake, Tropical Nectar, Caramel Surprise dan Banana-na.

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Spanish Churros

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Pelbagai jenis dessert.. yummy

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Kek gulung

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Kuih muih melayu

Selain menikmati beraneka juadah berbuka puasa, pengunjung berpeluang untuk membeli barangan dengan harga yang isimewa di tapak jualan khas yang akan dibuka di Bangi Golf Resort sepanjang Ramadhan ini. Berita baik untuk para penggemar durian, terdapat promosi "Durian Runtuh" dimana pengunjung boleh membeli durian yang dibawa khas dari ladang di Raub, Pahang. Selain buah-buahan segar tempatan, terdapat juga Gelato (ais krim) yang di proses segar oleh Sweet Scoopz, yang terkenal dengan Gelato berperisa Musang King dan P.G.A (Passion Fruit, Guava, Asam Boi). Buah durian dan gelato boleh dibeli dan dibawa pulang di mana pengunjung restoran BGR akan diberikan diskaun eksklusif. 

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Buah mata kucing

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Durian pun ada

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Gelato Musang King P.G.A

Ha, amacam, banyak tak menu istimewa kat sini? tahun ni Restoran BGR sekali lagi akan menampilkan sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular ala melayu, barat dan timur. Walaupun banyak menu disediakan tapi harga sangat-sangat berbaloi tau. Harga baucer bermula dari RM58 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak.. Murah kan. Selain dari makanan, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara "live" dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Lagi satu yang suka pasal restoran BGR ni adalah kawasan parking dia yang luas, boleh muat sampai 800 kereta. Ha, takyah risau berebut parking. Ruang untuk solat pun ada. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di :

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Harga Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant 2017

Berbuka Puasa :
RM58 nett dewasa
RM28 nett kanak-kanak

Masa :
6.30 pm hingga 9.30 pm setiap hari

Alamat :

BANGI GOLF RESORT
No 1 Persiaran Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Tel:
+603 89253728 / 603 8210 2288

Email:
sales@bgrrest.com

Website:

Facebook:

Instagram :



You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe