KONSERT JOM TONTON PERCUMA DI THE CURVE

21.4.17

KONSERT JOM TONTON PERCUMA DI THE CURVE | Assalamualaikum semua... Sape free esok??? Tengah baik hati ni nak belanja korang tengok konsert ni.. Haha, takde la. Ni ha, sempena ulang tahun TONTON, mereka akan mengadakan konsert Jom Tonton esok (22/4/2017) bertempat di The Curve, Mutiara Damansara. Yang pasti tiket PERCUMA tau uols... Diulang PERCUMA!!

Konsert Jom Tonton Percuma Di The Curve
Konsert Jom Tonton Percuma Di The Curve

Konsert Jom Tonton ni akan bermula pada pukul 8 malam. Siapakah artis yang terlibat ? Harus la barisan artis popular uols. Antaranya ialah :

  • Elecoldxhot
  • Sufian Suhaimi
  • Kaka Azraff
  • Wany Hasrita
  • Ning Baizura
  • Bunkface
  • Ara Johari
  • Azlan & The Typewriter
  • Forteen
  • Juzzthin & ABON
  • Dr. Soo Wincci
  • Orange Tan
  • Jieying Tha
  • Sofia Merican
  • Alvin Chong
  • Waris

Konsert Jom Tonton Percuma Di The Curve
Barisan artis popular yang membuat persembahan

Paling best, selain dari persembahan artis, ada juga penampilan istimewa "Queen of TONTON" sape lagi kalau bukan Dato' Seri Vida. Wah, mesti happening. Ditambah lagi dengan kehadiran Duta TONTON iaitu Ayda Jebat, Redza Rosli dan Thomas Jack. Giler la, dah la konsert percuma, dapat pulak tengok artis dan selebriti kesayangan ramai ni. Rugi weiiiii kalau tak mai.




Ha, apa lagi yang ada dan best kat Konsert Jom Tonton ?? Bukan sekadar pergi tonton konsert je tau uolss, ada banyak bazar jualan disediakan untuk korang terjah termasuklah booth Roopawan.com. Booth bazar akan bermula seawal 10 pagi tau. So, kalau datang awal, boleh la menjamu mata dulu. Lagipun memang hakak sarankan datang awal supaya dapat elak jem....

Konsert Jom Tonton Percuma Di The Curve
Tonton secara stream menggunakan aplikasi TONTON dan di www.tonton.com.my

Ape?? tak boleh pergi?? alaaaaa.... tak mau kawan la camni.. haha, gurau je. Jangan risau, kalau korang tak boleh pergi, korang boleh tonton secara stream menggunakan aplikasi TONTON yang boleh dimuat turun di Play Store atau di tonton.com.my. Ha, secara live gitu.. baru la dikatakan #TontonMacamVIP  kannnnn... Tapi sape yang pergi esok, jangan lupa roger hakak tau... boleh la kita swafoto bersama.. #fefelingretishakakkauni.. hikhik.. Ok la.. jumpa esokkkk... adiosss

Tarikh : 22 April 2017
Jam : 10pagi - 10malam (Konsert & Jualan Bazaar)
Tempat : The Curve Mutiara Damansara.

Maklumat lanjut sila layari : 



You Might Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe