BERBUKA PUASA DI HOTEL THE WESTIN KUALA LUMPUR

13.6.17

BERBUKA PUASA DI HOTEL THE WESTIN KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua.. Rasa bertuah sangat bila dapat berpeluang berbuka puasa di hotel bertaraf 5 Bintang iaitu di The Westin Kuala Lumpur. Sape yang tak tau, lokasi hotel ni betul-betul berhadapan dengan shopping mall Pavilion KL. Teruja nak mencuba makanan yang dihidangkan kat sini. 

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur


BUFFET RAMADHAN 2017 DI HOTEL THE WESTIN KUALA LUMPUR


Buffet Ramadhan yang terletak di The Living Room, Level G, The Westin Kuala Lumpur menawarkan sajian hidangan tradisional yang menampilkan menu dari 14 buah negeri yang berlainan di Malaysia. Selain dari itu, Hotel The Westin Kuala Lumpur juga ada menyediakan menu masakan antarabangsa dari seluruh dunia. 

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
The Living Room luas dan selesa

Terdapat pelbagai menu hidangan yang sediakan seperti Ayam Bakar Percik Sri Kelantan (Slow Roasted Chicken with Coconut Lemongrass Sauce), Ikan Patin Assam Tempoyak (Silver Catfish with Spicy Tumeric Coconut), Signature Westin Biryani (Rice Briyani with “Mamak” Omelette and Braised Spice Pineapple Cucumber Sesame Seed) bersama Kambing Panggang dengan Mint Sauce dan Lamb Jus dan banyak lagi! Hidangan utama pula adalah Nasi Kandar Utara Mai dengan pilihan bersama Keting Kambing Kandar, Daging Kandar, Ayam Kandar dan Sos Hitam (Lamb, Ayam dan Daging Masak di Spices Indian). Tidak lupa pelbagai kuih tradisional Melayu dan pencuci mulut.

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Lala Goreng Belacan

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Sambal Udang Petai Berlada

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Kari Kepala Ikan

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Ikan Patin Assam Tempoyak

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Keting Kambing Kandar

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Daging Deng Deng

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Oven Baked Rib Eye With Thyme Sauce

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Roasted Whole Snapper With Chive Cream Sauce

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Steamboat

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Westin Biryani bersama Kambing Panggang dengan Mint Sauce

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Sudut bakar-bakar

Dalam banyak-banyak lokasi berbuka puasa yang aku pernah pergi, kat sini aku jumpa makanan favourite yang dah lama tak makan iaitu sotong kangkung. Siyesly last makan kat Johor Bahru dulu masa belajar. Kat sini susah nak cari. kalau dapat pun tak umpphhh sebab sotong sikit. Ha, kat The Westin Kuala Lumpur ni puas hati bila chef bagi banyak sotong dari kangkung. So, sape yang mengidam sotong kangkung, boleh datang sini. 

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Sotong Kangkung

Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang best, sedap dan tak jumpa kat buffet ramadhan tempat lain. Memang berbaloi sangat-sangat kalau berbuka di sini. Tapi ni pesanan aku, sila makan dengan berkhemah kalau nak cuba rasa semua makanan. Kalau tak, gerenti tak larat nak bangun.. hehe. So, kalau nak pergi, boleh rujuk kat bawah ni untuk booking :

Berbuka Puasa Di Hotel The Westin Kuala Lumpur
Pelbagai Desserts

------------------------------------------------------------

Harga Buffet Ramadhan 2017 di The Westin Kuala Lumpur
Harga: RM158nett seorang
Tempoh: 29 Mei hingga 23 Jun 2017

Terdapat Diskaun untuk :

✔ SPG and Beyond Dining members are entitled to 20% discount on the
above restaurant promotions for food only
✔ Major bank cardholders are entitled to 20% discount on the above
restaurant promotions for food only
✔ Children 4 years and below dine for free
✔ Children aged 5 to 12 years receive 50% off


Untuk membuat tempahan makan, sila hubungi Westin Dining di talian 0327318338 atau layari laman sesawang mereka di www.westindining.com.my untuk maklumat lanjut.


You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe