RESEPI KURMA AYAM MUDAH DAN SEDAP DENGAN REMPAH MAK SITI

19.6.17

RESEPI KURMA AYAM MUDAH DAN SEDAP DENGAN REMPAH MAK SITI | Assalamualaikum semua.. Minggu ni rupanya minggu terakhir kita di bulan Ramadhan. Mesti ramai yang keluar shopping kan. Dengar kata banyak area yang jem hujung minggu baru ni. Nasib baik la dah takde jemputan event. Kalau tak, mau aku pun salah sorang mangsa traffic jem tu 😂.. Memandangkan dah takde jemputan berbuka puasa dan nak keluar pun malas tahap gaban, so time ni la nak tunjuk skill memasak kan. hehe. Dah lama rasanya dapur tu tak berasap. Kah !

Resepi Kurma Ayam Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Mak Siti
Resepi Kurma Ayam Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Mak Siti

Bila mood memasak datang, ha mula la memikior nak masak apa. Tapi aku pilih nak masak Kurma Ayam la. Eh, jangan ingat orang bujang tak reti masak kurma ayam tau. Lagipun bagi aku masak kurma ayam ni mudah aje, sedap pulak tu. Tambahan pula guna rempah kurma dari Mak Siti, gerenti terangkat tau. Ni kalau hidang kat bakal mak mertua terus approved jadi menantu... hehe. Ok, meh aku share resepi kurma ayam yang mudah dan sedap menggunakan rempah Mak Siti.


RESEPI KURMA AYAM DENGAN REMPAH KURMA MAK SITI

Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Resepi Kurma Ayam Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Mak Siti
Ayam Masak Kurma

Bahan-Bahan :
📍 1 kg ayam
📍 4 sudu besar serbuk rempah kurma Mak Siti
📍 bahan rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
📍 2 cawan santan pekat
📍 2 biji kentang
📍 sedikir air asam jawa
📍 Garam
📍 Gula

Bahan untuk dikisar :
📍 5 ulas bawang putih
📍 5 ulas bawan merah
📍 2 cm halia

Cara Penyediaan :
✔ Mula-mula panaskan minyak
✔ Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma Mak Siti, kacau sehingga pecah minyak
✔ Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
✔ Masukkan kentang dan sedikit asam jawa
✔ Apabila kentang sudah empuk, masukan santan
✔ Kacau sebati dan biarkan mendidih
✔ Masukkan garam & gula secukup rasa


Kenapa Menggunakan Rempah Mak Siti ?


Resepi Kurma Ayam Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Mak Siti
Resepi Kurma Ayam Menggunakan Rempah Kurma Mak Siti

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku guna rempah Mak Siti kan. Sebenarnya family aku memang pengguna rempah Mak Siti. Asalnya kakak aku yang sulong la yang memperkenalkan kat kami. Dia kata rempah Mak Siti ni bagus, masakan pun jadi lebih enak dan sedap. Lagipun produk Mak Siti diperbuat dari bahan yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan. Jadi, keaslian rasa masakan pun akan terserlah juga. Tu sebab sedap tauuu... Then, beberapa rakan blogger pun ada yang suggest guna rempah Mak Siti jugak. Idea nak masak  ni pun datang bila aku baca perkongsian Resepi Kurma Ayam dari blog Pinkymomma


Produk Rempah Mak Siti 


Sebelum ni aku hanya tahu pasal rempah serbuk kurma dengan rempah serbuk kari Mak Siti aje. Rupa-rupanya ada banyak lagi produk rempah ratus keluaran Mak Siti ni. Produk Rempah Mak Siti ni pun dah ada di pasaran semenjak tahun 1975 dan merupakan produk Bumiputra di bawah kendalian Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd. Kesemua produk baru ini tiada MSG, tidak mengandungi Bahan Pengawet, Perisa Tambahan atau Pewarna. Kesemua produk Rempah Ratus Mak Siti ini dijamin Halal oleh JAKIM. Untuk pengetahuan korang juga, Rempah Ratus Mak Siti ini mempunyai ladang sendiri dan telah mendapat pengiktirafan sebagai "The Largest Herbs & Spices Plantation" oleh The Malaysia Book of Records (MBR). Patut la mereka digelar Pakar Rempah Ratus. Nampak gayanya lepas ni kena simpan stok setiap jenis rempah yang ada. Mudah la nak masak kan.

Resepi Kurma Ayam Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Mak Siti
Produk Utama Rempah Mak Siti

Produk Utama Mak Siti
💕 Serbuk Rempah Kari Daging
💕 Serbuk Rempah Kari Ikan
💕 Serbuk Rempah Kari Makanan Laut
💕 Serbuk Rempah Kurma
💕 Serbuk Rempah Rendang
💕 Serbuk Rempah Masak Kicap
💕 Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan
💕 Serbuk Rempah Sup Kepala Ikan
💕 Serbuk Rempah Nasi Briyani
💕 Serbuk Cili
💕 Serbuk Kunyit
💕 Sup Tulang
💕 Sup Punjut
💕 Sup Soto
💕 Raja Sup

Resepi Kurma Ayam Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Mak Siti
Sijil-Sijil Yang Diterima Untuk Produk Mak Siti

Sekarang ada produk terbaru dari Mak Siti tau iaitu produk rempah ratus dalam botol. Lebih mudah nak guna dan mudah juga untuk disimpan. Lebih selamat, mudah digunakan dan tak perlu bekas untuk simpan. Hanya buka dan tutup sahaja botol selepas digunakan. Antara rempah serbuk yang boleh didapati dalam botol ni adalah :

Resepi Kurma Ayam Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Mak Siti
Produk Rempah Dalam Botol Mak Siti

Produk Dalam Botol Mak Siti
💕 Emping Cili (Chili Flakes)
💕 Serbuk Cili
💕 Daun Limau Purut
💕 Serbuk Daun Limau Purut
💕 Serbuk Kayu Manis
💕 Serbuk Halia
💕 Serbuk Lada Putih
💕 Serbuk Lada Hitam
💕 Serbuk Kunyit

Resepi Kurma Ayam Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Mak Siti
Borong Rempah Mak Siti

Lagi satu yang aku suka pasal produk Rempah Ratus Mak Siti ni sebab mudah didapati dan dijual di kedai-kedai runcit, pasaraya dan Hypermarket seperti Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin. Harga pun berpatutan. So, kalau keluar shopping barang dapur, jangan lupa borong sekali produk Mak Siti ni tau.


Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Dan Pelancaran Semula Produk Rempah Ratus Mak Siti


Sempena bulan Ramadhan ni, Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Majlis Pelancaran Semula Produk Rempah Ratus Mak Siti yang bertempat di Restoran Rempah Kari Mak Siti, Bandar Tun Razak. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengurus Besar Nasuha Enterprise Sdn Bhd, Puan Siti Khawa Jannah Nasuha dan turut dihadiri juga oleh beberapa selebriti tanah air, pengusaha-pengusaha produk dan wakil-wakil media tempatan termasuk geng-geng blogger. 

Resepi Kurma Ayam Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Mak Siti
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Dan Pelancaran Semula Produk Rempah Ratus Mak Siti

Resepi Kurma Ayam Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Mak Siti
Gimik Pelancaran Semula Produk Rempah Ratus Mak Siti

Aku rasa bertuah sangat sebab turut mendapat jemputan menghadiri majlis ni. Haaa... dapat la merasa makan masakan hasil dari produk rempah Mak Siti ni. Iye la, kalau kita masak sendiri, of course la tak sama dengan hasil masakan orang yang pakar kan. Wuuu.. ternyata berbeza tau. Kalau korang nak merasa keaslian makanan dari Rempah Mak Siti, boleh la datang ke Restoran Rempah Kari Mak Siti, di Bandar Tun Razak. Gerenti korang terkenang masakan mak kat kampung. "Ingat mak, Ingat Mak Siti"

Resepi Kurma Ayam Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Mak Siti
Restoran Mak Siti

Untuk maklumat lanjut mengenai Rempah Ratus Mak Siti, sila layari :

Website : 

Facebook :

Instagram :

Alamat :
Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. 
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
84500 Muar, Johor. 

Tel : 
06-9737508 / 509

Whatsapp : 
017-3309330




You Might Also Like

13 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Selera betul tengok kurma ayam tu. Nak cuba buat jugalah nanti.. Rempah Ratus Mak Siti ni mmg terbaik.. lain dari yg lain... sedap! :)

    ReplyDelete
  2. Zarra suka sangat dgn lauk kurma. mcm ni memudahkan kerja memasak ummi adavrempah mak siti.

    ReplyDelete
  3. sedapnya kurma. tapi kalau kurma daging lagi sedap huhu. tak kisah la janji guna rempah mak siti..memang terbaik!

    ReplyDelete
  4. Bila dikbee nak masak kurma utk neyney?

    ReplyDelete
  5. Fuhhh berselera tengok tengah2 hari ni.. bolehlah nanti cuba masak kurma ayam dgn rempah ratus Mak Siti ni.. thanks sharing :)

    ReplyDelete
  6. boleh try masak kurma ayam la lepas nih..nampak macam senang jer..hehe

    ReplyDelete
  7. Tak sabar nak cuba sendiri resepi dikbee

    ReplyDelete
  8. Kurma ayam mak siti mmg sedap :D

    ReplyDelete
  9. rupana takde la leceh sangat nak masak ayam masak kurma ni. hehehe lepas ni boleh try, tapi kena pergi beli rempah kurma mak siti ni dulu. hehe

    ReplyDelete
  10. nak masak la.. mudah je.. tq share

    ReplyDelete
  11. Aishhh.. bab masak memasak nih kene serender heee... Fail sejak zaman bujang lagikkk.... Salam Aidilfitri ;)

    ReplyDelete
  12. Selalu guna adabi aje. Pasni boleh try Mak Siti!

    ReplyDelete
  13. wahh, dok mencari repmpah segera untuk buat kurma terjumpa yang ini. Bestnya baru tahu Mak Siti ada banyak product. Memang memudahkan.

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe