KOLEKSI SYILING EDISI KHAS SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017

20.7.17

KOLEKSI SYILING EDISI KHAS SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 | Assalamualaikum semua.. Tak lama lagi Kuala Lumpur bakal menganjurkan kejohanan Sukan SEA 2017 kali ke-29. Sebelum ni kali terakhir dianjurkan di negara ini pada tahun 2001. Dah 16 tahun rupanya acara gilang gemilang ni tidak diadakan di negara kita. Lama kan. So, tahun ni Sukan SEA kembali dianjurkan di negara kita sepanjang bulan Ogos 2017 bertepatan dengan sambutan kemerdekaan Malaysia ke-60 yang akan disambut pada 31 Ogos kelak. 

Koleksi Syiling Edisi Khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
Koleksi Syiling Edisi Khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Sempena ketibaan Sukan SEA 2017 ni, pihak Nubex Sdn Bhd tampil memperkenalkan koleksi syiling bi-logam edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 khas untuk peminat sukan serta pengumpul syiling. Wow, aku pasti ramai peminat atau lebih tepat pengumpul tegar syiling atau koleksi duit akan teruja dan mengambil peluang ini untuk menambah koleksi mereka. Tapi kalau yang tak minat kumpul syiling tu pun apa salahnya beli juga untuk koleksi peribadi kan. Ala, buat kenang-kenangan gituuu...

Koleksi Syiling Edisi Khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
Syiling Edisi Khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017


Ciri-Ciri Syiling Edisi Khas Sukan SEA 2017

✔ Hadir dalam rekabentuk bi-logam
✔ Gabungan kemasan emas dan perak
✔ Kemasan luar yang diperbuat daripada perak 99.9% (berat 2.975g) mengelilingi kepingan emas 99.99% (berat 0.5g)
✔ Bercorak tekad grafik untuk acara sukan berprestij ini
✔ Jumlah pengeluaran hanya 5000 keping

Koleksi Syiling Edisi Khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
Bakhtiar Abd Majid Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd

“Kami di Nubex yakin syiling edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan menerima sambutan ramai.  Syiling bi-logam ini juga adalah koleksi edisi unik kerana menggabungkan elemen emas 99.99% dan perak 99.9%,”
~Bakhtiar Abd Majid Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd~


Amacam ? berminat tak nak memilikinya ? Kalau berminat, Syiling edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ini dijual pada harga RM176.00 (termasuk GST) dan pra-tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.nubex.my mulai 17 Julai 2017. Nubex Sdn Bhd adalah empunya hak pengedaran cenderamata premium bagi acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ke-29.

Koleksi Syiling Edisi Khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
Dapatkan Segera Koleksi Syiling Edisi Khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Untuk maklumat lanjut berkenaan syiling dinar emas dan dirham perak, layari laman atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan Instagram menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.




You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe