6 PRODUK HIMALAYA YANG MUDAH DIBAWA TRAVEL

11.8.17

6 PRODUK HIMALAYA YANG MUDAH DIBAWA TRAVEL | Assalamualaikum semua.. Nak tanya korang la, biasanya bila travel apa yang korang bawak untuk kesihatan dan penjagaan diri ? Ye la, bila travel ni kita kena berdepan dengan keadaan cuaca yang tak menentu dan juga keadaan sekeliling tempat yang kita pergi tu. So, macam mana kita nak kekalkan kesihatan dan juga kebersihan diri semasa di tempat orang?.

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel

Ha, time nak packing barang tu mesti terpikir macam-macam nak bawa kan. Ye la, mana tau batuk ke demam ke, tu belum campur lagi dengan barang-barang lain. Takkan nak hangkut semua kan. Kalau travel dalam negara maybe mudah sikit sebab boleh beli je kat kedai. Tapi kalau travel ke oversea, mau menjajau nak mencarik. So, meh sini aku sarankan antara barangan untuk kesihatan dan kebersihan diri yang boleh korang bawa untuk travel. 


6 PRODUK HIMALAYA YANG DIBAWA TRAVEL KE LAOS


Perkenalkan 6 produk dari Himalaya Herbal Healthcare yang merangkumi produk kesihatan dan penjagaan diri. Sebenarnya aku memang pengguna produk Himalaya ni sebab produknya sangat bagus dan 100% kandungan tumbuhan dan herba serta bahan yang bebas parabens. Lagipun produk ni serasi dengan aku. Kalau nak tau lebih lanjut pasal produk Himalaya, korang boleh baca entri aku sebelum ni kat sini 'Jatuh Cinta dengan Himalaya Herbals Healthcare' [Link: http://lynk.my/8zzu]

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Produk Himalaya yang aku bawa ke Laos

Keenam-enam produk ni sangat sesuai untuk dibawa travel. Aku dah bawa semua barangan ni semasa ke Laos baru-baru ni. Alhamdulillah, semua produk ni sangat berbaloi dan mudah untuk  dibawa. Jangan risau dari segi packaging sebab semua produk ni didatangkan dalam packaging yang lebih kecil dan boleh dibawa menaiki kapal terbang secara handcarry. Jom tengok 6 barang tersebut :

uik, dok kelebet apo tu makcikk?? Haaa, ni la beg ajaib yang selalu aku bawak pi travel. Dalam ni ada macam2 jenis 'keperluan diri' yg diperlukan masa travel. Kalau tertinggal beg ni mau gundah gelana. Nak tau apa isi dalam tu ?? Sila slide gambar sebelah... . . 1. Neem Face Wash 50ml 2. Protein Shampoo Gentle daily care Shampoo 100ml 3. Nourishing Skin Cream 50ml 4. Septilin cap 5.  Koflet lozenges set 6. Complete care toothpaste Yesss... semua produk ni dari @himalayamalaysia. Didatangkan dengan saiz lebih kecil, so mudah nak bawak pi travel... I loike ❤ #himalayamalaysia #himalayaherbal #himalayasupplement #pimplesnomore #dikbee #dikbeedotcom #ProjekTravel #TravelBlogger #LuangPrabang #AirAsia #GayaTravel #Laos #PTxLuangPrabang #PTxLaos #TravelDeeper #GoAsean #AseanBlogger #BloggerMalaysia #kuangsi #kuangsiwaterfall
A post shared by 🐝🐝 (@dikbee) on


1. Neem Face Wash 

Yang ni wajib bawak sebab ni la pencuci muka yang aku pakai. Best pakai Neem Face Wash ni sebab jerawat dah tak mau hinggap kat muka dah. Lagipun ia dapat membersihkan kulit wajah dengan mengeluarkan minyak berlebihan dan kotoran tanpa terlebih pengeringan. Memang elok la bawak masa travel sebab kita banyak terdedah kat luar dengan habuk, asap kenderaan, panas matahari lagi. So, bila balik hotel just cuci je muka dengan Neem Face Wash. Mesti rasa segar je wajah kita.
Saiz pek dicadangkan untuk travel : 50ml

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Neem Face Wash

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Neem Face Wash Untuk Membersihkan Wajah


2. Protein Shampoo Gentle Daily Care 

Biasanya bila travel, balik hotel bukak tudung terus rasa nak pengsan. Mana taknya, semerbak bau asemmm. Ye la, seharian pakai tudung dari pagi sampai malam, mana tak berbau. Jadinya kalau travel memang aku akan cuci rambut setiap hari. Kebiasaannya hotel ada sediakan shampoo tapi kita tak tau apa kandungan shampoo yang disediakan. Lagipun kalau dah biasa guna shampoo dari Himalaya ni, aku gerenti korang akan setia. So, aku bawak jugak shampoo sendiri. Actually ada banyak jenis shampoo Himalaya ni tapi ritu aku bawak yang Protein Shampoo Gentle Daily Care sebab yang ni sesuai untuk penggunaan setiap hari.
Saiz pek dicadangkan untuk travel : 100ml

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Protein Shampoo Gentle Daily Care

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Protein Shampoo Gentle Daily Care Untuk Kesihatan Rambut


3. Nourishing Skin Cream

Lepas cuci muka dengan Neem Face Wash, aku sapukan Nourishing Skin Cream kat muka untuk memberi kelembapan dan kelembutan pada kulit. Ia diadun dengan ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Pennywort India, yang dapat melindungi kulit kita daripada pencemaran dan cuaca kering. Bagus Nourishing Skin Cream ni sebab nak sapu kat muka boleh, kat kulit badan pun boleh. So, jimat space tak yah bawak body lotion. Lagipun suka sangat dengan bau dia yang wangi tu. Rasa segar je lepas penat balik dari jenjalan.
Saiz pek dicadangkan untuk travel : 50ml

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Nourishing Skin Cream

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Nourishing Skin Cream Memberi kelembutan dan Kelembapan Pada Kulit


4. Septilin

Kalau 3 produk di atas untuk kebersihan diri, Septilin ni pulak untuk kesihatan. Bila travel kita banyak melakukan aktiviti di luar dan sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti batuk, pening kepala dan rasa nak demam. Rugi la kalau travel jauh-jauh then tetiba jatuh sakit kan. Orang lain seronok-seronok pergi tengok tempat-tempat yang cantik tapi kita terpaksa duk kat hotel. Jadi dengan adanya Septilin, kita dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengelakkan dari terkena penyakit. Bukanla nak cakap 100% berkesan tapi sekurang-kurangnya membantu la kan. *kang ada plak yang kecam..hihi*. Hanya perlu ambil 2 biji, 2 kali sehari, inshaAllah ia dapat membantu untuk melawan jangkitan kuman.

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Septilin

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Septilin Untuk Meningkatkan Imunisasi Badan 


5.  Koflet Lozenges 

Koflet Lozenges ni memang wajib dibawa ke mana-mana pun. Walaupun tak travel, aku akan pastikan stok sentiasa ada. Selalu simpan sikit dalam handbag, kat rumah ataupun dalam kereta. Bukan apa, kengkadang tu bila batuk dan sakit kerongkong memang koflet la yang dapat meredakan tekak. Rasa dia yang berangin dan sedikit pedas menjadikan tekak terasa nyaman. Kalau untuk travel memang sesuai sebab faktor cuaca dan makanan. Mana tau kan banyak sangat minum ais, so stanby je Koflet Lozenges.

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Koflet Lozenges 

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Koflet Melegakan Kerongkong dan Batuk


6. Complete Care Toothpaste

Yang ni takyah cakap la, lagi satu produk himalaya yang memang wajib aku bawak kemana jua hatta balik kampung. Sebabnya? sejak guna Complete Care Toothpaste ataupun ubat gigi himalaya ni, aku dah tak biasa dengan ubat gigi jenama lain. hehe...ia diformulasikan untuk membantu individu mengatasi masalah kesihatan oral seperti nafas berbau, gusi tidak sihat, gigi kekuningan dan lain-lain hal berkaitan. So, ubat gigi Himalaya yang terbaik pernah aku guna.. yeahh...

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Complete Care Toothpaste

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Complete Care Toothpaste Menjaga Gigi dan Menghilangkan Nafas Berbau

Nampak tak betapa mudahnya nak travel bersama produk Himalaya ni. Boleh dikatakan serba lengkap sebab semua jenis 'ubat' dari hujung kepala hingga hujung kaki ada. Lebih menarik bila kesemua 6 produk di atas muat dalam satu beg comel yang boleh diperolehi dari outlet Himalaya *selagi stok masih ada*. Tak percaya?? Nampak cam kecik je beg tu kan.. Tapi sungguh, memang muat semua tu masuk tapi kena betul la cara susunan dia. So, aku panggil beg tu sebagai "Beg Ajaib".. haha

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
6 produk Himalaya bersama "Beg Ajaib"

6 Produk Himalaya Yang Mudah Dibawa Travel
Produk Himalaya yang telah dibawa ke Laos (Kuang Si Waterfall)

Jadi, kalau korang nak travel, dapatkan 6 barangan asas ni di outlet Himalaya terdekat. Berdasar pengalaman aku masa bawak 6 produk Himalaya ke Laos, memang mudah untuk dibawa ketika travel. Lagipun semua produk ni tak la mahal sangat. So, memang berbaloi sangat. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai produk Himalaya ni, boleh pergi ke :

Facebook :

Instagram :




You Might Also Like

3 ♥ Surat Cinta ♥

  1. nourishing skin cream tu best.. wangi

    ReplyDelete
  2. Septilin tu serius macam gula-gula rasa dia dan mcm coklat m&m rupa dia! Sedapp!tak pernah jumpa coklat sesedap tu!

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe