CAWANGAN BARU ALAINN MEDISPA DI MENARA FELDA KUALA LUMPUR

CAWANGAN BARU ALAINN MEDISPA DI MENARA FELDA KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua... Kalau dah nama perempuan mesti la semua mementingkan kecantikan kan. Yela, ada ke perempuan yang nak hodoh ye tak?. Kalau ada pun mungkin segelintir je kot. Tapikan zaman sekarang ni dah ada macam-macam dah produk dan juga teknologi untuk merawat dan membolehkan wanita kelihatan anggun dan menawan. Ada yang hanya memerlukan penjagaan di rumah sahaja dan ada juga perkhidmatan yang boleh didapati di Spa. So, semuanya terpulang pada diri sendiri je. Kalau ada budget lebih, apa salahnya gunakan untuk kepuasan diri sendiri. Betul tak?

Cawangan Baru Alainn MediSpa Di Menara Felda Kuala Lumpur
Cawangan Baru Alainn MediSpa Di Menara Felda Kuala Lumpur
Baru ni aku berkesempatan pergi ke Alainn MediSpa untuk melihat dan mencuba sendiri perkhidmatan ataupun treatment yang ditawarkan kat sini. Kebetulan mereka telah membuka cawangan baru Alainn MediSpa di Menara Felda Kuala Lumpur, tu yang aku pergi tu. Sekali sekala nak manjakan diri kat Spa kan, apa salahnya.. hehe

Cawangan Baru Alainn MediSpa Di Menara Felda Kuala Lumpur
Perasmian cawangan kedua Alainn MediSpa

Kat Alainn MediSpa ni mereka ada menyediakan perkhidmatan untuk pelbagai rawatan bermula dari rawatan muka, terapi laser, terapi frekuensi radio, platelet rich plasma, dermal fillers, rawatan anti-penuaan, pengurusan berat badan dan banyak lagi. Antara yang selalu mendapat permintaan adalah :

1) 'Yummy Mummy'
Satu rawatan yang membantu wanita menguruskan kesan kehamilan dan kelahiran anak pada badan mereka dengan menangani masalah seperti kulit longgar/ kendur, stretch marks/ kesan regangan kulit, selulit, dan rawatan keseluruhan untuk kontur badan.

2) 'FemiVa'
Satu solusi baru untuk membangkitkan sensualiti kewanitaan dengan kombinasi prosedur yang tidak invasif (non-invasive prosedures) untuk meremajakan kawasan intim dan faraj- agar wanita kelihatan dan rasa muda remaja.

3) 'Smart Sculpting'
Membolehkan anda menyingkirkan lemak degil melalui kaedah medical grade therapy yang terbaik tanpa pembedahan, ditemani persekitaran yang santai dan selesa.

Cawangan Baru Alainn MediSpa Di Menara Felda Kuala Lumpur
Alainn MediSpa

Menarik juga rawatan yang ditawarkan di Alainn MediSpa ni. Tapi memandangkan hari yang aku pergi tu adalah hari Opening Cawangan kedua mereka, makanya aku berpeluang mencuba rawatan Hand Rejuvenation. Rawatan ini menggunakan teknik laser untuk melancarkan peredaran darah pada tangan kita. Lepas laser, staff Alainn MediSpa ni akan urut pulak segala jari jemari kita. perghh... sedak weiii. Rasa ringan je tangan. Kaedah ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang selalu menggunakan komputer.

Cawangan Baru Alainn MediSpa Di Menara Felda Kuala Lumpur
Tangan dicuci dahulu sebelum melakukan Hand Rejuvenation

Cawangan Baru Alainn MediSpa Di Menara Felda Kuala Lumpur
Rawatan Hand Rejuvenation

Selain dari servis rawatan, kat Alainn MediSpa ni juga mempunyai rangkaian produk penjagaan kulit wajah tersendiri iaitu pembersih, esen wajah, serum, dan banyak lagi. Rangkaian ini dirumuskan sebagai pelengkap kepada rawatan signature di Alainn untuk mendapatkan hasil yang optimum. So, kiranya depa guna produk sendiri la.. 

Cawangan Baru Alainn MediSpa Di Menara Felda Kuala Lumpur
Produk penjagaan kulit wajah Alainn MediSpa

Bagi korang yang tak mengetahui mengenai Alainn MediSpa, Ha ni la pemiliknya, Dr Nurul Ain Abdullah yang mempunyai latar belakang perubatan dan sangat berpengalaman dalam bidang kecemasan, penjagaan kesihatan utama, kesihatan ibu, kesihatan anak dan ubat-ubatan pencegahan. Pengalaman Dr Nurul Ain Abdullah dalam bidang estetik membolehkan beliau mengenalpasti masalah lazim yang sering di alami kebanyakan kaum wanita. So, beliau telah mengambil inisitif untuk membuka Alainn MediSpa bagi membantu kaum wanita yang mempunyai masalah kecantikan.  Alainn (aw-lin), menurut Bahasa Irish lama bermaksud ‘cantik’. Alainn Medispa, sebuah klinik kesihatan dan astetik membuka gerbang perkhidmatannya yang terbaru di Platinum Park, Persiaran KLCC.

Cawangan Baru Alainn MediSpa Di Menara Felda Kuala Lumpur
Pemilik Alainn MediSpa Dr Nurul Ain Abdullah

So, pada korang yang ingin mendapat perkhidmatan rawatan kecantikan di Alainn MediSpa, kat bawah ni aku lampirkan alamat dan laman web serta media sosial untuk Alainn MediSpa supaya korang boleh rujukan maklumat lanjut.

Cawangan Baru Alainn MediSpa Di Menara Felda Kuala Lumpur
Alainn Kuala Lumpur

Maklumat lanjut berkenaan Alainn Clinic & Medispa, sila layari:
Laman web rasmi: http://alainnmedispa.com/

Lokasi:

1. Alainn Medispa
J-2-3 Jalan SS7/26
Park Lane Commercial Hub
Kelana Jaya 47301
Petaling Jaya 
Telefon 03-78876499
WhatsApp 012-2710301 
Masa Operasi  
Isnin hingga Sabtu - 9.30pagi to 6.00petang

2. Alainn Kuala Lumpur
Platinum Park, Unit 2-1 Menara Felda
11 Persiaran KLCC
50088 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa Operasi  
Isnin hingga Sabtu - 9.30pagi to 6.00petang



Post a Comment

1 Comments

  1. Writing with style and getting good compliments on the article is quite hard, to be honest.But you've done it so calmly and with so cool feeling and you've nailed the job. This article is possessed with style and I am giving good compliment. Best!
    seo certification course

    ReplyDelete