5 DESTINASI PILIHAN BERCUTI UNTUK 2018 SEMPENA MAKE 11.11 FLY!

7.11.17

5 DESTINASI PILIHAN BERCUTI UNTUK 2018 SEMPENA MAKE 11.11 FLY! | Assalamualaikum semua.. Cepatnya masa berlalu. Pejam celik rupanya dah nak hujung tahun dah. So, macam mana dengan azam korang tahun ni?? Bagi aku, alhamdulillah banyak jugak wishlist tahun ni tercapai terutama bab travel. Hajat hati nak pergi negara sejuk pun dah tercapai. Huwaaa, bagai tak percaya uolss.. Cuma ada satu je lagi azam yang tak tercapai dan nampaknya macam kena carry forward je iaitu KURUS. Haaaa, tak tau la kenapa susah sangat nak capai azam yang satu ni... Hadoiiiii...

5 Destinasi Pilihan Bercuti Untuk 2018 Sempena Make 11.11 Fly!
5 Destinasi Pilihan Bercuti Untuk 2018 Sempena Make 11.11 Fly!

Eh, eh.. entri kali ni bukan nak cerita bab kurus ye. Yang tu dah banyak kali dah share dengan korang. Takmo takmo... Kali ni kita cerita bab travel pulak. Walaupun tahun 2017 merupakan tahun yang sangat mencabar bagi aku tapi ada juga hikmah di sebaliknya. Kalau korang nak tahu, tahun 2017 ni secara official aku bergelar seorang penganggur dan menjadi blogger full time. Tapi tu bukan halangan untuk aku menyekat daripada merealisasikan impian aku selama ni untuk travel.. Yeahhh, time tengah menganggur ni la nak travel kan. Kang kalau dah kerja alamatnya susah la pulak nak mintak cuti. Betul tak.. haha

Kebetulan tahun ni banyak pulak dapat peluang jenjalan ke sana ke sini. Paling best bila dapat kawan-kawan yang kaki travel jugak. Memang ada je planning nak pi travel. Pantang nampak promosi tiket penerbangan murah, terus berebut nak book tiket. Mula-mula dulu aku pun tak berapa tau sangat pasal nak book tiket ni tapi sejak member-member travel ajar, baru la tahu serba sedikit. Selalunya depa tengok tiket murah kat website Traveloka la. Kat situ ada dibuat perbandingan harga agi setiap syarikat penerbangan yang ada. Sekarang aku pun dah terjebak juga. Tambahan pulak hujung tahun camni. Memang hari-hari duk ngadap website Traveloka la citernyer sebab nak check tiket murah. Sebabnya tahun depan kitaorang planning nak travel lagi wakk.. hehe.. Ke mana? Ha, ni senarai wishlist untuk tahun depan pulak dan sedikit info mengenai tempat-tempat tersebut.. yippie..


Bali, Indonesia


5 Destinasi Pilihan Bercuti Untuk 2018 Sempena Make 11.11 Fly!
kredit foto : blog.traveloka.com

Huwaa.. dah lama teringin nak pi Bali, Indonesia ni. Selalu dok dengar member pi semua kata best. Bali memang terkenal dengan keindahan alam semulajadi terutama untuk view sunset. Maybe sebab lokasi Bali yang terletak di sebahagian dari Kepulauan Sunda Kecil dan dikelilingi dengan lautan. Tengok gambar-gambar time sunset memang superb. Sesuai untuk pasangan yang nak honeymoon sebab view yang romantik ni. Lagi satu, kalau mai Bali ni kena pergi tengok persembahan kebudayaan depa yang dipanggil Tarian Kechak. Tarian Kechak ni merupakan ritual traditional orang bali yang mengisahkan tentang dewa dan juga raja. Oh ya, majoriti penduduk kat sini menganut agama Hindu jadi persembahan kebudayaan mereka agak berbeza dari tempat lain. Tu yang nak tengok macam mana budaya mereka kan sana tu. 


Yogjakarta, Indonesia


5 Destinasi Pilihan Bercuti Untuk 2018 Sempena Make 11.11 Fly!
kredit foto : blog.traveloka.com

Ni lagi satu lokasi di Indonesia yang masuk dalam wishlist aku. Teringin nak pi Yogjakarta, Indonesia sebab view kat sana cantik terutama kat Kalibiru. Kalibiru ni antara tempat yang paling popular di yogyakarta. Ha, kat sini la tempat yang orang dok pose kat pelantar then boleh nampak view tasik di Jogja. Boleh dikatakan sebagai trade mark kalau mai ke sini. Sama jugak macam kat Bali, kat Jogja ni pun ada lokasi cantik untuk view sunset. Nama tempat tu Borobudur temple dan memang lokasi wajib kunjung disebabkan tersenarai di dalam list Warisan dunia UNESCO. Huwaaa.. bestnya. Hopefully dapat sampai ke sini next year..


Kundasang, Sabah


5 Destinasi Pilihan Bercuti Untuk 2018 Sempena Make 11.11 Fly!
kredit foto : blog.traveloka.com

Kalau lokasi dalam negara pulak wishlist aku untuk tahun depan nak ke Kundasang, Sabah. Sebelum ni pernah dah ke Sabah tapi pergi kat area Tawau. Tu pun sebab member kahwin. Masa tu ingat nak pergi Kundasang tapi jauh la pulak. Tu yang tak jadi. Teringin nak pi sana sebab orang kata view sana cantik especially kat ladang tenusu tu. Fefeling macam oversea katanya sebab ada lembu yang macam kat Australia dan view kandang lembu yang cantik. Pastu yang best kat Sabah ni seafood kat sana murah weiii... Ritu makan lobster 3 ekor baru RM75 je. Tapi mentah la. Balik just masak sweet sour simple2 je tapi sedap giler sebab fresh. Kalau kat sini mau mencecah harga beratus tu. 


New Zealand


5 Destinasi Pilihan Bercuti Untuk 2018 Sempena Make 11.11 Fly!
kredit foto : blog.traveloka.com

Lokasi ni pulak agak jauh sikit iaitu New Zealand. Tapi baru-baru ni dah plan dengan member-member nak kumpul duit untuk pergi hujung tahun depan. Maklum la, kos ke sana agak tinggi. Jadi kena la buat persediaan awal. Tapi demi keazaman yang tinggi dan semangat membara tambahan pulak beberapa kawan dah jejak kaki ke sana tu yang terus masukkan dalam wishlist destinasi impian tahun depan. Nanti boleh la pergi melawat rumah Hobbit yang comel tu. Ala lokasi untuk filem The Lord of the Rings dengan The Hobbit tu. Cantik view kat sana. Selain tu ada juga lokasi-lokasi yang menarik kat sana seperti Glowing Worn Cave Waitomo, Skyline Rotorua, Lake Taupo,  Aoraki/Mount Cook, Oamaru, Dunedin dan banyak lagi.


Sapporo, Jepun


5 Destinasi Pilihan Bercuti Untuk 2018 Sempena Make 11.11 Fly!
kredit foto : youtube

Untuk musim sejuk pulak teringin nak pergi ke Sapporo di negara Jepun. Macam tahun ni aku dah jejak kaki ke Osaka dan sempat jugak merasa tengok salji turun. First time in my life tu. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Cuma masa tu kami tak berkesempatan nak pergi ke tempat bermain ski sebab kesuntukan masa. Ralat juga rasa tapi nak buat macam mana. Mungkin nak suruh pergi lagi kot. haha tapi next destination ke Sapporo la pulak. Lagipun kat situ lebih sejuk dan lebat salji turun kerana Sapporo merupakan salah satu bandar di Hokkaido yang menerima paling banyak snowfall setiap tahun. Bestnya dapat main salji.. yihaaa.. 

5 Destinasi Pilihan Bercuti Untuk 2018 Sempena Make 11.11 Fly!
kredit foto : blog.traveloka.com

Ha, ni la 5 destinasi pilihan yang aku masukkan dalam wishlist untuk bercuti tahun depan iaitu 2018.  Tu yang sekarang duk asyik bukak website Traveloka je. Tambahan pulak dengar kata Traveloka bakal mengadakan Flight Campaign - Make 11.11 Fly! pada 10 Nov hingga 12 Nov nanti. So, kebanyakan syarikat penerbangan akan menawarkan harga tiket yang lebih rendah untuk return tiket (minimum 2 orang) ke semua tempat. Hopefully time tu dapat grab tiket murah so dapat la realisikan impian nak jejak kaki kat kelima-lima destinasi ni tahun depan. Macam tahun ni Alhamdulillah dah berjaya ke Osaka Jepun, Bandung & Jakarta Indonesia dan Luang Prabang Laos. Seronok rasanya. 

SO, kalau korang pun ada planning nak travel untuk next year, jangan lupa checkout Traveloka Make 11.11 Fly! tau. Mana la tau ada yang berkenan di hati, dapat merasa travel ke destinasi impian korang. So, sama-sama la kita nantikan tarikh tersebut dan layari www.traveloka.com .. adiosss..






You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe