BERCUTI HUJUNG MINGGU DI DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR

2.11.17

BERCUTI HUJUNG MINGGU DI DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR | Assalamualaikum semua.. Bila tiba hujung minggu mula la rasa bosan yakmat. Dah la dok rumah sensorang. Asyik ngadap dinding je, mau mati kutu. Nak keluar jenjalan pun bosan jugak sebab takde apa yang nak dibeli. Last-last dapat penat je. Tu belum campur jem lagi. So, bila kengkawan (of course la kengkawan blogger kannn) hajak pi bercuti aku pun apa lagi laju je la follow. Kali ni destinasi kami adalah Kuala Selangor dan kami akan menginap di De Palma Eco Resort Kuala selangor... yehuuuuu...

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Kalau ikutkan Kuala Selangor ni memang laluan balik ke kampung aku (kalau ikut jalan lama la) tapi tak pernah pun berhenti kat sini. Ikutkan hati memang teringin nak berenti tapi memandangkan aku selalu drive sorang pastu hati plak dah kat kampung so lalu je la.. hehe. Jadi bila ada kesempatan macam ni, satu peluang bagi aku nak explore apa yang menarik kat sana. Lagipun lokasi De Palma Eco Resort Kuala Selangor ni sangat dekat dengan beberapa tempat menarik sekitar Kuala Selangor [yang ni aku akan cerita next entri] seperti :

  • Bukit Malawati
  • Kelip-Kelip Kampung Kuantan
  • Pulau Misteri (Mirror reflection of the sky - sand bank)
  • Kuala Selangor Nature Park
  • Batu Hampar
  • Pasir Penambang
  • Altingsburg Lighthouse
  • Silver-Leafed Monkey

Kami bertolak sekitar jam 3 petang dari Shah Alam pada hari Jumaat petang dan perjalanan kami ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Ekceli takde la jauh tapi bak kata pepatah "Biar lambat asal selamat".. betul tak. Tak lari de Kuala Selangor tu kalau drive lelaju.. hehe. So, kami tiba di sana dalam pukul 5 gitu. Sampai kat sana kami disambut dengan meriah oleh staf De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Siap ada welcome drink dengan nyanyian lagu lagi.. Terbaik laaa..

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Memasing tengah queue untuk check in

Jujur aku cakap yang sebelum ni aku tak tau sangat pasal De Palma Eco Resort Kuala Selangor ni. Lepas mengambil sedikit info di kaunter, baru aku tau dalam De Palma Eco Resort Kuala Selangor ni ada 48 chalet dan 12 Villa yang boleh dipilih sebagai penginapan percutian korang. Aku ingatkan bangunan hotel kat sini stail macam hotel-hotel lain rupa-rupanya style chalet. Deretan rumah kecil-kecil dan sebiji-sebiji gichuu dan dikelilingi pokok-pokok dan juga kera.. Haaa, hati-hati tau. Tapi kera ni takkan kacau kalau kita tak kacau dia. Cumanya barang kita jangan tinggal kat luar la. Kang mau dikebasnya.. hehe.. Walau macam mana pun, ini la keindahan yang ada di sini. Kiranya konsep Back to Nature la.

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Deretan chalet penginapan kami

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Sejuk mata memandang walaupun ditengah hari

Macam biasa teman sebilik aku of course la Mekonie kan. Kami dapat bilik Junior Suite di mana dalam bilik ada 2 katil single dan 1 katil besar (tak sure king atau queen size 😄). Tak kesah la size apa pun kan, yang penting orangnya 2 je tapi katil ada 3.. kaw hadoo?? Boleh rotate nak tido mana.. hehe. Seronoknya la haiii dapat bilik cenggini. Besar dan selesa sangat. Paling suka sebab dalam bilik ni ada cermin besar. Dah tak yah nak berebut sape dok depan cermin. Maklumla kami berdua ni kan rabun, mana leh duk jejauh, kang ada plak celak kat hidung.. haha. Kemudahan lain cam biasa la ada air conditioning, TV, mini refrigerator, electric kettle, water heater, toiletries, towel dan lain-lain. So, takyah risau kalau terlupa bawak towel or toiletries.

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
My partner in crime

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Ni la bilik kami, besar kan. katil pun banyak

Untuk kategori bilik yang lain, korang boleh pilih di bawah ni mengikut kapasiti per pax :

  • Superior (Queen/Twin) 
  • Deluxe (Twin/ Triple)
  • Villa Superior (Queen/Twin)
  • Villa Superior (Queen/Twin)
  • Anjung Suite
  • Malawati Room (2 Queen)
  • Junior Suite
  • Dara Suite
  • Desa Room (2 Queen)

HARGA BILIK : untuk harga bilik terkini korang boleh rujuk di www.booking.com 
(sekarang ada promosi bilik serendah RM160 semalam tertakluk kepada terma & syarat)

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Yang ni bilik Dara Suite

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Dekorasi simple untuk ruang tamu

Oh ya, kat dalam bilik juga ada disediakan Al-Quran, Sejadah dan Telekung. Bagus kan. Ini kerana mereka sedang dalam proses mendapatkan pematuhan syariah (syariah compliance). Surau pun ada juga disediakan dalam kawasan resort. Siap ada imam sendiri. Jadi memana pengunjung yang nak berjemaah, boleh la berbuat demikian. Kemudahan lain macam biasa la ada swimming pool, khidmat laundry, wifi, shuttle service dan juga perkhidmatan city tour. Mana la tau ada yang tak biasa dengan area Kuala Selangor kan. So, boleh mintak pihak De Palma jadi guide. Kami hari tu pun guna khidmat mereka juga. Siap naik train tau.. best..

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Luaran nampak kecil je tapi dalam besar

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Kolam renang

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Train yang bawa kami jalan-jalan sekitar Bukit Malawati

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa kami pilih De Palma Eco Resort Kuala Selangor ni. Ha, sebenarnya aku pun terfikir soalan yang sama juga pada mulanya. Aku fikir hotel ni cuma tempat untuk tidur aje. Tapi ternyata apa yang aku fikir tu meleset. Banyak rupanya aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Antaranya adalah seperti menunggang kuda, aktiviti berzumba pada setiap pagi Ahad, Jungle trekking, ada kemudahan berbasikal, badminton, bola tampar, tele-match dan kat sini juga sesuai untuk aktiviti Team Building. Banyak kemudahan disediakan termasuk tapak perkhemahan. Jadi, kalau ada mana-mana kumpulan atau syarikat yang nak buat aktiviti lasak ataupun team building, De Palma Eco Resort Kuala Selangor sesuai untuk korang.

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Briefing untuk Team Building

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Tele Match, dah lama tak exercise.. pancit.. haha

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Kemudahan lengkap untuk team building

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Tapak perkhemahan di tepi sungai

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Kuda pun hado taww

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Aktiviti zumba setiap pagi ahad

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Aktiviti night walk.. seram tak?? hehe

Oh ya, lupa nak share pasal makanan kat sini. Alhamdulillah, sepanjang aku berada kat sini sangat berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan. Untuk makan tengah hari still tak boleh move on dengan ayam masak lemak dan juga lala tumis. Sedap yakmattt sampai tanpa segan silu aku pergi menambah tapi sayang lupa plak amik gambar sebab khusyuk sangat makan. Jarang dapat makan lala yang fresh dan manis. Mee udang pun sedap dan segar. Maklum la Kuala Selangor kan terkenal dengan kesegaran makanan laut nya. Kalau nak buat kenduri kahwin kat sini pun boleh. Ada pakej yang disediakan dan dewan pun besar.

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Bab makan memang puas hati sebab sedap

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Korang kena try mee udang, pekat melekat kuahnya

Selain dari tu, kat sini juga ada menyediakan makan malam bertema bagi sesiapa yang ingin menempah. Contohnya makan malam tema hutan (jungle), tema bollywood, ataupun berkonsepkan BBQ. Haaa... nak unggun api pun boleh. Korang cuma perlu nyatakan apa tema yang diingini dan pihak De Palma Eco Resort Kuala Selangor akan realisasikan. Harga bergantung kepada requirement yang diperlukan tetapi mesti melebihi 30 orang. Best ni kalau ajak bos buat annual dinner kat sini... kannn..

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Makan tengah hari bertemakan Bollywood

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Makan malam bertemakan Jungle

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Makan malam bertemakan Jungle

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
BBQ

Ha, ini la serba sedikit pengalaman yang aku dapat sepanjang bercuti hujung minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor ni. Nak cerita lebih-lebih tak syiok plak. Yang penting korang kena menginap dan rasai sendiri tau. Yela, pengalaman masing-masing kan. Tapi apa yang penting duduk kat sini best sebab dekat dengan alam semulajadi dan jauh dari hiruk pikuk kota. So, kalau nak cari ketenangan, di sini la tempatnya... Adiossss..

Bercuti Hujung Minggu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Pengalaman di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Jalan Tanjung Keramat,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
+603-3289 7070

Faks
+603-3489 7080

Email
info@depalmahotel.com



You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe