RAWATAN 3 DALAM 1 DI HERBALINE SRI HARTAMAS

RAWATAN 3 DALAM 1 DI HERBALINE SRI HARTAMAS | Assalamualaikum semua.. Pernah dengar pasal HerbaLine tak? Honestly aku pun tak pernah dengar tapi selalu je nampak bangunan mereka. So, bila dapat jemputan untuk Blogger's Nite-Out 2018 mesti la aku tak lepaskan peluang kan. Lagipun dah lama tak manjakan diri kat mana-mana Spa. Last aku pergi Spa masa kat Palembang ritu. Tu pun sekadar urut kaki je. 

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
Bloggers' Nite-Out 2018

Kalau korang nak tau, HerbaLine ni dah beroperasi selama 17 tahun untuk pakej Spa wajah sahaja tapi kini mereka dah semakin berkembang dan menawarkan konsep rawatan kecantikan dan kesihatan 3 dalam 1 dengan menggabungkan 3 entiti di bawah 1 bumbung iaitu di HerbaLine Sri Hartamas. Haaa.. baguskan. Tak payah nak pergi tempat-tempat yang berlainan. Jimat masa dan tenaga. betul tak?

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
Rawatan Kecantikan Dan Kesihatan Di HerbaLine Sri Hartamas

Sebelum ni kalau pi Spa biasanya aku akan ambil pakej urut je. Tapi kali ni di Herbaline Sri Hartamas aku akan mencuba pakej yang ada di HerbaLine Facial Spa, Healthland Family Wellness Centre dan Mama Kim Sauna Mee Café. Best weiii... ye la, alang-alang dah dapat peluang. Apa salah nya kita cuba semua kan. Ha, meh aku share pengalaman aku membuat rawatan 3-in-1 Beauty and Wellness di HerbaLine Sri Hartamas ni.


1. HerbaLine Facial Spa


Sebagai permulaan, aku naik ke level 3 dahulu untuk merasai rawatan wajah dan badan di HerbaLine Facial Spa. Aku disambut oleh staff HerbaLine yang sangat peramah. Mereka menghidangkan Chinese Tea sebagai welcome drink. Fuh, lega weii bila dapat minum tea yang menyegarkan. Terus rasa bersemangat nak buat semua treatment. 

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
Minum Chinese Tea dulu

Ok, next aku dibawa masuk ke satu bilik. Kat sini aku perlu rendam kaki dengan air dan garam laut (Sea salt foot bath). Mulanya aku ingat fungsi rendam kaki dalam  air garam laut ni sekadar untuk mencuci kaki, rupanya ada banyak khasiat lain seperti menghilangkan bau kaki, mengatasi kulit kaki pecah-pecah atau kasar, dan melancarkan peredaran darah. Kalau google pun, ada banyak kelebihan lain lagi kerana kaki mempunyai saluran saraf yang menghubung ke anggota lain. 

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
Sea salt foot bath

Dah siap rendam kaki, aku diberi giliran untuk menghidu Lemongrass Aromatherapy. Lega dapat hidu, ni kalau selsema best ni. Mau hilang rasa selsema tu. Dah sudah menghidu, aku ambil giliran untuk urut badan pulak. Yang bestnya staff yang urut ni pandai betul mengurut. Tak rasa geli pun sebaliknya rasa lega segala lenguh-lenguh terutama bahagian bahu dan tangan.

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
Lemongrass Aromatherapy

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
Urut bahu dan tangan

Last sekali aku cuba Fish Spa Therapy. Mulanya aku rasa takut-takut nak hulur kaki dalam air sebab takut kena gigit dengan ikan-ikan tu tapi bila tengok kengkawan lain rilek je so aku beranikan diri jugak. Bila aku masukkan je kaki ke dalam air, satu persatu ikan mula menghurung kaki aku. Makin lama makin banyak ikan, mesti rasa kaki aku sedap macam kambing golek kan.. haha...

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
Tak geli pun buat Fish Spa Therapy ni

HerbaLine Facial Spa
Tel:03-23039831/012-7028677 
Business Hour: Mon~Fri 11:00-19:00/
Sat 10:30-17:30/
Sun・Holiday 10:30-16:30
Facebook: herbaline.my


2. HealthLand Family Wellness Centre


HealthLand Family Wellness Centre menawarkan pelbagai servis dan program kesihatan yang bercirikan gaya hidup holistik. Semua ahli terapi yang ada di sini dilatih secara profesional oleh Akademi Kesihatan yang terkenal di Thailand.

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
Belek pakej yang ada di HealthLand Family Wellness Centre

Tadi kat level atas dah urut bahu dan tangan, sekarang kat level ni aku akan diurut kat bahagian kaki pulak. Mula-mula kaki akan dibasuh dengan bersih terlebih dahulu. Lepas tu aku dibawa ke satu bilik yang besar. Siap ada susunan kerusi dan skrin TV besar tau. Dah macam panggung wayang dah. Sambil urut kaki, boleh la layan rancangan yang ditayangkan. Tapi masalahnya aku tak fokus pun kat skrin sebab staff yang urut ni best. Rasa relaks dan hampir-hampir nak terlelap dah.. hehe

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
Cuci kaki lagi sebelum diurut

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
Best kena urut, hilang lenguh kaki

HealthLand Wellness Centre
Tel:03-2856-7877
Business Hour:Mon~Sun 11:00-23:00


3. Mama Kim Sauna Mee Café


Selesai je urut kaki, maka selesai la sessi memanjakan diri kat sini. Tapi biasa la, bila dah manjakan diri, perut pun minta dimanjakan jugak. Ye la, harus la lapar kan. So, jangan risau. Di Level 1 ada Mama Kim Sauna Mee Café yang menawarkan makanan yang berkhasiatdan tidak mengandungi perisa tiruan. Apa yang bestnya, makanan kat sini bagus untuk mereka yang menjaga pemakanan dan yang penting untuk kita yang beragama Islam tak perlu risau kerana mereka menggunakan pembekal makanan yang halal dan restoran ini juga dalam proses untuk pensijilan halal. Kalau datang sini aku suggest order Sauna Mee sebab sedap, banyak dan harganya pun berpatutan.

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
Lepas manjakan diri, manjakan perut la pulak

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
Sauna Mee yang berkhasiat

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
Mix Fruit Salad & Lemongrass Tea

Mama Kim Sauna Mee Cafe
Tel:03-28584173/012-6779895
Business Hour:08:00-22:00
Facebook: Mamakimsaunamee

Fuhh.. rasa bertuah sangat dapat berpeluang merasai sendiri pengalaman mendapatkan rawatan kecantikan dan kesihatan di HerbaLine Sri Hartamas ni. Mana taknya, dapat manjakan diri dari atas kepala hingga ke hujung kaki. So, sapa-sapa yang nak cuba pakej di sini boleh datang ke alamat :

Rawatan 3 Dalam 1 Di HerbaLine Sri Hartamas
HerbaLine Facial Spa, Healthland Family Wellness Centre dan Mama Kim Sauna Mee Café

3-in-1 Integrated Beauty and Wellness Centre
Jalan 31/70A, 
Desa Sri Hartamas, 
50480 Kuala Lumpur


20 Comments

  1. Seronoknua pergi facial spa ni
    Airah pun suka dapat memanjakan diri sendiri macam ni haha
    Bab kecantikan ni memang best

    ReplyDelete
  2. wah.. lengkap betul. tak payah nak pergi ke pusat rawatan berasingan, dah dapat semua dalam satu tempat yang nampak sangat selesa! seronoknya dapat memanjakan diri macam ni!

    ReplyDelete
  3. suka tgok interior tempat ni meanarik perhatian pengunjung.. #done follow blog sis

    ReplyDelete
  4. Amboi hamboi. Dah lepas berspa, makan sedap pulak yer. Bestnya dapat pamper muka. Penting wajah look sentiasa gorgeous kan. Btw muka awak dah licinn.jeles tau

    ReplyDelete
  5. Biasa dengar pasal Herbaline ni tapi belum pernah la nak masuk...hahahaha...biasa la kalau Sally sah la cheapskate orangnya kan...tapi best la boleh buat 3 in 1, lepas urut makan...senang terus balik..hahahaha

    ReplyDelete
  6. Mak oiii...lepas manjakan diri manjakan perut plak..bestnyaaaaa.....lengkap betul package spa tu ha..best la konsep cenggini

    ReplyDelete
  7. Fuhhh package lengkap untuk manjakan diri ni. Teringin juga nak try la

    ReplyDelete
  8. Dah lama rupanya Herbaline ni. Serius Ros pun baru tahu.. sesekali memang kena pergi spa untuk relax-relax.. best ya kat sini, semua dalam satu tempat. Dah urut-urut dan buat rawatan, boleh juga makan. Tak perlu ke tempat lain dah.

    ReplyDelete
  9. Pernah dengar pasal Herbaline ni tapi tak tahu pula tentang concept 3in1 tu. Best betul yea satu bumbung ada semua, tak payah pergi jauh. Lepas bermanja2 diri, lapar, boleh singgah makan pulak. Wuuu yaii, seronokk!

    ReplyDelete
  10. Interesting place to go and can enjoy all 3 in 1... So much convenient and need not to drive up and down to get food.. I wanna check this out very soon....

    Racheal

    ReplyDelete
  11. wah. kemaruk aida kalau dpt gi ni.
    kebetulan lama dah tak jejak kaki ke spa.
    best nyer la :)

    ReplyDelete
  12. Menarik betul konsep 3in1 ni. Dapat urut lepas tu makan makanan berkhasiat. Tak payah susah payah nak fikir pasal makan lepas urut kan.

    ReplyDelete
  13. Alaaaa....saya pun nak try ni juga.lama kot tak pegi herbaline. I suka pampering service from them.

    ReplyDelete
  14. I am Herbaline long term customer and I use to go for facial and massage. I like their services so much. Price is reasonable.

    ReplyDelete
  15. Mee sauna tu sedap giler kan. Rindunya naknpergibspa. Tapi spanherbaline ni antara yang best dan terbaik

    ReplyDelete
  16. Lengkap ya hanya di satu tempat je. Bestnya buat facial. Teringin! Hihihihii

    ReplyDelete
  17. Siapa tak suka spa boleh rileks kan diri. Tengok jenis rawatan dia pun macam best je. Pakej dia mcm mana?

    ReplyDelete
  18. Terbaik la... Boleh lepak sini sepanjang hari kot.. Selain dapat terapi, dapat juga makan dan rehatkan badan...

    ReplyDelete
  19. Seronoknyalah haii dapat nanja2kan diri kat tempat macam ni.
    Sis pernah dengar herbalife tapi herbaline ini lah baru dgr.
    Nanti nak cuba jugaklah

    ReplyDelete
  20. Terbaik!!! I just went there last week for my dinner the facial and massage I belum buat lagi.

    ReplyDelete