KISAH REALITI NUR SAJAT RATED XTRA DI TONTON

KISAH REALITI NUR SAJAT RATED XTRA DI TONTON | Assalamualaikum semua.. Sape yang tak kenal dengan seorang usahawan yang berjaya dan sering viral di media sosial iaitu Nur Sajat kan. Boleh dikatakan semua orang kenal beliau, dah tahap selebriti dah pun. Terkini beliau telah berkolaborasi dengan pihak Tonton untuk sebuah program baru yang berkonsepkan Vlog atau rakaman realiti yang akan memaparkan kisah eksklusif kehidupan peribadi beliau yang diberi tajuk Nur Sajat Rated Xtra.

Kisah Realiti Nur Sajat Rated Xtra Di Tonton
Pelancaran Nur Sajat Rated Xtra

Terdapat 30 siri rakaman realiti kesemuanya dan setiap siri berdurasi 7 minit. Siri yang pertaman telah mula ditayangkan pada 28 Februari yang lalu. Sejak dari itu, jumlah langganan VIP tonton juga meningkat kerana ramai yang ingin melihat dan mendekati dengan lebih mendalam bagaimana kisah kehidupan selebriti viral ini yang juga merupakan seorang usahawan dan juga dalam masa yang sama mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Kisah Realiti Nur Sajat Rated Xtra Di Tonton
Cantik la Nur Sajat

Nur Sajat Rated Xtra menampilkan kisah bagaimana beliau menjalani kehidupan sehariannya dan bagi sesiapa sapa yang nak tau rahsia atau tips kecantikan dan juga bagaimana menjadi usahawan yang berjaya boleh la memuat turun aplikasi Tonton sama ada di iOS dan Android ataupun layari laman web www.tonton.com.my.


Sebagai tanda penghargaan kepada penyiaran kisah realiti Nur Sajat Rated Xtra ni, sape yang baru menjadi ahli Tonton VIP dapat menikmati potongan langganan tahunan sebanyak 50%. Selain tu ada peraduan yang akan dibuat secara online di www.xtra.com.my bermula 1 April hingga 15 April 2018. Caranya mudah je hanya perlu melanggan Tonton VIP dan jawab beberapa soalan mudah. Hadiahnya adalah berpeluang berjumpa dan makan bersama dengan Nur Sajat di Majlis Berbuka Puasa Tonton yang akan dianjurkan pada bulan Ramadhan nanti. Ha, join tau nanti

Kisah Realiti Nur Sajat Rated Xtra Di Tonton
Nur Sajat bersama Ben Jern Loh, General Manager Of Tonton

Tajuk
Nur Sajat Rated Xtra
Tarikh Tayangan / Masa
Episod baharu setiap Rabu dan Khamis
Deskripsi
Penstriman di tonton sahaja
Durasi
7 – 11 minit
Bilangan Episod
30
Produksi
tonton.com.my
Pengarah
Asman Mansor
Teraju / Selebriti
Nur Sajat
So apa lagi, jangan lupa langgan pakej Tonton VIP di Malaysia yang menawarkan program secara langsung, saluran premium, kandungan siri original tonton, drama terkini serta arkib hiburan lebih 36,000 jam dengan harga serendah RM 3.

Kisah Realiti Nur Sajat Rated Xtra Di Tonton
Jangan lupa saksikan Nur Sajat Rated Xtra

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk info di bawah :

Facebook : tontonMY
Twitter : tontonMY
Instagram : tontonMY
Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP

Ada soalan? Ping di perkhidmatan sembang LIVE atau hubungi 03-2717 2020!

Jangan lupa juga untuk melayari Tonton Xtra untuk mengetahui perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’. Selain tu, Tonton Xtra juga adalah satu-satunya portal di Malaysia yang menampilkan siaran LIVE TV secara PERCUMA.

Ketahui gosip terkini, berita hiburan, gaya hidup dan banyak lagi di


Post a Comment

0 Comments