BUFFET RAMADHAN 2018 - PHILEA MINES BEACH RESORT

by - 10.6.18

BUFFET RAMADHAN 2018 - PHILEA MINES BEACH RESORT | Assalamualaikum semua.. Tengah buat apa tu?? Ha, mesti ramai yang busy shopping kan. Masing-masing akan keluar bersama keluarga untuk mencari segala keperluan hari raya. Tapi dalam pada duk busy shopping tu mesti ada yang tak sempat nak balik masak dan berbuka puasa kat rumah. Betul tak? So, apalagi bawak la keluarga untuk berbuka puasa di luar kan.

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Bagi korang-korang yang shopping di The Mines Shopping Mall, ada satu lokasi aku nak rekemen untuk berbuka puasa. Tak jauh pun, sebelah je iaitu di Philea Mines Beach Resort. Ha, jangan tak tau. Kat sini korang akan berbuka puasa sambil menikmati pemandangan tepi pantai tau. Gerenti tenang dan hilang rasa penat shopping

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Dari segi menu pulak, di Philea Mines Beach Resort ada menghidangkan lebih kurang 300 menu. Tudiaaa, banyak kan. Tak payah susah-susah nak masak kat rumah. Bertemakan 'Rasa-Rasa Ramadan' kita boleh menikmati keenakan Ikan Patin Masak Tempoyak, Kari Kepala Ikan Merah, Gulai Kawah Daging, Sup Tulang Rusuk Lembu, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Satay, Kambing Golek bersama Nasi Arab Mandy dan banyak lagi.

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Kalau ada yang rindukan cucur atau gorengan mak kat kampung, boleh la rasa pelbagai jenis kuih yang digoreng panas-panas di sini. Selain tu ada juga Gerai Mee Rebus, Gerai Spaghetti dan Carbonara, Gerai Roti John, Murtabak dan Roti Canai dan pelbagai lagi juadah yang lain.

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Untuk pencuci mulut pulak ada pelbagai jenis kek dan puding, kuih muih tradisional, jeruk, buah-buahan, salad dan juga air batu campur (ABC). Paling menarik kat sini ada aiskrim malaysia. Ha, anak-anak zaman sekarang tau ke aiskrim malaysia ni? Bagi aku ini la nostalgia zaman kecil dulu.

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Kebetulan masa aku pergi berbuka puasa di sini, ada juga Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak istimewa. Jadi dapat la tengok mereka buat persembahan. Ceria je muka mereka bila dapat berbuka puasa dengan hidangan enak di Philea Mines Beach Resort.

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Bila cerita pasal buffet ramadhan, mesti ramai yang nak tau harga kan. Jangan risau harga Buffet Ramadhan 2018 di Philea Mines Beach Resort yang terletak di Seri Kembangan ni murah dan di bawah RM100 je. Kalau tak silap, sekarang ada promotion tau. Boleh rujuk kat bawah ni :

Buffet Ramadhan 2018 - Philea Mines Beach Resort

Harga Buffet Ramadhan 2018 Philea Mines Beach Resort

RM85 nett dewasa (now RM80)
RM45 nett kanak-kanak (now RM42)
(5 hingga 12 tahun)
RM45 nett warga tua(now RM42)
(60 tahun dan ke atas)

Tarikh buffet ramadhan : 21 May - 13 June 2018

Alamat :
Restoran Abdul & Charlie
Philea Mines Beach Resort
Jalan Dulang, Mines Resort City
Seri Kembangan

Untuk tempahan boleh hubungi : +6019 600 1529 or +6019 600 1455








You May Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥