PULANG - FILEM YANG DIILHAMKAN DARI KISAH BENAR

PULANG - FILEM YANG DIILHAMKAN DARI KISAH BENAR | Assalamualaikum semua.. Tak lama lagi di pawagam seluruh Malaysia pasti akan melimpah dengan air mata. Mana taknya, 'Pulang' sebuh filem epik yang diilhamkan dari kisah benar akan mula ditayangkan. Aku pasti masih ramai yang belum mengetahui mengenai filem Pulang ni. Jadi bila aku berkesempatan menghadiri Malam Gala Premiere, meh aku kongsikan review mengenai filem Pulang ni.

PULANG - Filem Yang Diilhamkan Dari Kisah Benar
PULANG The Movie


SEKITAR MALAM GALA PREMIERE FILEM PULANG


Sebelum sis buat review untuk filem Pulang ni, sis belanja dulu gambar-gambar sekitar Malam Gala Premiere yang dihadiri oleh para pelakon filem ini seperti Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Juliana Evans, Dato Jalaluddin Hassan, Dato Rahim Razali dan ramai lagi.

PULANG - Filem Yang Diilhamkan Dari Kisah Benar
Pelakon Puteri Aishah, cantiknya dia 😍

PULANG - Filem Yang Diilhamkan Dari Kisah Benar
Ketibaan para pelakon - Dato Jalaluddin Hassan dan Aida Khalida

PULANG - Filem Yang Diilhamkan Dari Kisah Benar
Pengacara Nazrudin bersama Pengarah Kabir Bhatia dan Mira Mustaffa

PULANG - Filem Yang Diilhamkan Dari Kisah Benar
Pengacara Nazrudin bersama pelakon Filem Pulang

PULANG - Filem Yang Diilhamkan Dari Kisah Benar
Pelakon utama Filem Pulang - Remy Ishak dan Puteri Aishah


SINOPSIS FILEM PULANG


PULANG - Filem Yang Diilhamkan Dari Kisah Benar
Poster Filem Pulang

PULANG adalah sebuah kisah duka seorang lelaki bernama Othman (Remy Ishak) dari Serkam (sebuah perkampungan nelayan di Melaka), yang berlayar ke serata dunia dengan harapan untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan, meninggalkan isteri Che Thom (Puteri Aishah) dan anaknya yang tidak pernah berputus asa menunggu kepulangan suami dan ayah tercinta. Kisah cinta agung yang sungguh meruntun jiwa.
Filem yang memaparkan beberapa buah lokasi terkenal yang berbeza, termasuklah di Melaka, Hong Kong, Okinawa, Kepulauan Jeju dan Liverpool, England ini diilhamkan dari sebuah kisah benar yang merentasi 3 generasi keluarga. PULANG sebuah karya agung Kabir Bhatia yang dizahirkan dengan sinematografi & arahan seni yang sangat mengagumkan.


INFO MENARIK MENGENAI FILEM PULANG



✔ Filem epik arahan Kabir Bhatia dan terbitan Primeworks Studios.
✔ Diilhamkan berdasarkan kisah benar
✔ Filem pertama yang mempamerkan sejarah kelasi di Malaysia
✔ Menelan kos RM6 juta
✔ Menggunakan khidmat 500 pelakon tambahan
✔ Proses penghasilan filem ini selama hampir 2 tahun terutama untuk Kesan Khas Visual
✔ Menggunakan Visual Imej Janaan Kompuer (CGI) yang berinovasi oleh Basecamp VFX dan geran daripada FINAS sebanyak RM2 Juta
✔ Filem pertama buat pelakon wanita Puteri Aishah dan kali ketiga Remy Ishak berkerjasama dengan pengarah tersohor Kabir Bhatia


OST LAGU FILEM PULANG


PULANG - Filem Yang Diilhamkan Dari Kisah Benar
OST Filem Pulang berjudul Layarlah Kembali nyanyian Dayang Nurfaizah

FIlem Pulang kali ini menggunakan khidmat dari komposer dan penerbit terkenal tanah air, Aubrey Suwito yang berasal dari Melaka. Lagu tema berjudul ‘Layarlah Kembali’ adalah sebuah karya agung Aubrey sendiri yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah dan ditulis oleh Ad Samad. Album runut bunyi filem PULANG telah dilancarkan dan boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music Deezer, Joox & KKBox. Ia juga boleh dimuat turun di iTunes. Pertama kali mendengar lagu ni dah buat sis jatuh cinta. Best gilerrr.. Kena pulak dengan nyanyian dari Dayang Nurfaizah. Thorbaekkkk..


REVIEW FILEM PULANG


PULANG - Filem Yang Diilhamkan Dari Kisah Benar
Sis dah tengok.. best

Bila dapat tahu filem Pulang ni diarahkan oleh pengarah tersohor Kabir Bhatia, sis yakin yang filem ni mesti best dan jangkaan sis memang tepat. Sebagai antara orang yang terawal menonton filem ni sis amat kagum dengan sinematografi yang ditonjolkan dalam cerita ni. Setiap pemandangan lokasi yang dipaparkan kelihatan amat cantik dan memukau sehingga membuatkan sis rasa bangga tinggal di Malaysia.

Teknik CGI yang digunakan dalam filem ni juga nampak real. Mungkin la ada sikit-sikit babak yang nampa fake sikit macam part menjala di tengah lautan tapi takpe, scene tu tak menjejaskan keseluruhan jalan cerita. Ye la, bukan mudah nak buat teknik CGI ni, tak caya korang kena tengok behind the scene untuk filem Pulang ni.

Selain tu, jalan cerita untuk filem Pulang ni juga cukup menyentuh hati. Mungkin kerana ia diadaptasikan dari kisah benar dan bukan rekaan, tu yang membuatkan hati sis rasa tersentuh. Bayangkan pasangan suami isteri yang terpisah dan terpaksa menanggung derita dan pengorbanan selama berpuluh-puluh tahun lamanya. Ish, kalau sis la tak sanggup weiii.. Oppss lupa, sis belum kahwin. hehe..

Oh ya, lupa nak bagitau. Filem Pulang ni adalah kisah kehidupan sebenar yang dialami oleh Datuk Izham Omar dan bapanya Omar Othman.. Sis pun baru tahu masa Malam Gala Premiere tu. Tak sangka kisah ini adalah kisah beliau. Sebelum ni kisah kehidupan mereka telah dibukukan dalam bentuk Novel berjudul Pulang.

Apapun, secara keseluruhannya filem ni memang best. Sis bagi 4/5 bintang. Kenapa bukan 5? Hey, tu dah tahap perfect dah. Ala, yang penting berbaloi untuk korang tengok di pawagam dan sis sarankan kalau korang nak pergi tengok, bawak la tisu banyak-banyak ekk. Kang tak pepasal je kain tudung jadi mangsa lap air mata. Untuk info tayangan boleh rujuk di bawah

PULANG - Filem Yang Diilhamkan Dari Kisah Benar
Jom saksikan Filem Pulang di pawagam

Filem PULANG

Tarikh Tayangan : bermula 26 Julai 2018

Disebalik Tabir Pulang (1 jam Ekslusif) :
TV3 - Sabtu, 21 Julai 2018 / 5.30pm - 6.30pm
TV9 - Ahad, 22 Julai 2018 / 6.00pm - 7.00pm
Tonton - siaran ulangan

Maklumat Lanjut



Post a Comment

1 Comments