WOW CANTIKNYA RUMAH BARU NUR SAJAT

by - 9.8.18

WOW, CANTIKNYA RUMAH BARU NUR SAJAT | Assalamualaikum semua.. Aku pasti semua orang kenal dengan Nur Sajat kan. Seorang usahawan kosmetik yang terkenal. Walaupun sering dikecam dan menjadi viral di media sosial tetapi itu semua tidak mematahkan semangat usahawan ini untuk terus maju di dalam perniagaannya. Kini beliau telah mengembangkan empayar dengan membuka satu lagi cabang perniagaan iaitu menjual emas.

Wow, Cantiknya Rumah Baru Nur Sajat
Nur Sajat usahawan komestik dan emas

Kini sekali lagi Nur Sajat dimurahkan rezeki apabila berjaya memiliki sebuah kediaman yang mewah yang dibeli dari rakan baiknya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri. Baru-baru ini aku sendiri berpeluang untuk melihat sendiri rumah baru Nur Sajat yang terletak di Kota Damansara bagi memenuhi undangan untuk Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat. Masa sampai tu mata aku terpaku melihat rumah Nur Sajat, besar weiii rumah dia.

Wow, Cantiknya Rumah Baru Nur Sajat
Rumah baru Nur Sajat

Bila masuk ke dalam rumah sekali lagi mata aku terpaku melihat hiasan dalaman dan juga perabot yang ada. Wow, cantiknya rumah baru Nur Sajat ni. Dah macam istana dah. Mana taknya, setiap sudut dihiasi dengan perabot yang sangat cantik ukirannya. Tu belum masuk pasu-pasu, hiasan dinding, bahkan wallpaper pun nampak exclusive. Ni mesti mahal, agak-agak berapa la kos ubah suai rumah Nur Sajat ni (ayat biasa makcik-makcik bawang.. hehe).

Wow, Cantiknya Rumah Baru Nur Sajat
Cantiknya rumah baru Nur Sajat

Wow, Cantiknya Rumah Baru Nur Sajat
Kos ubah suai cecah RM700 ribu

Ha, dari duk berteka teki tu baik la kita tanya dengan tuan badannya kan. Nur Sajat menjelaskan bahawa setakat ni kos ubah suai rumahnya telah mencecah hingga RM700 ribu. Kos ni merangkumi pengubahsuai konsep dari segi wallpaper, perabot, langsir dan barangan hiasan. Tapi kos ubah suai ni hanya untuk tingkat bawah je tau. Tingkat atas belum siap lagi. Wow, banyak juga Nur Sajat habiskan duit untuk buat renovation. Ha, ni pesanan Nur Sajat buat makcik-makcik bawang yang dok kata dia sewa je rumah ni hentikan la membawang. Takkan la dia perabih duit sebanyak tu kalau sewa kan.

Wow, Cantiknya Rumah Baru Nur Sajat

Wow, Cantiknya Rumah Baru Nur Sajat
Tudiaa.. siap kaler gold tu, ni emas betul ke?

Selain tu, alang-alang dah jumpa ni Nur Sajat turut memperkenalkan rakan artis beliau dari Indonesia iaitu Lucinta Luna. Mungkin ada yang tak mengenali beliau tapi Lucinta Luna yang merupakan seorang artis dangdut ni juga viral di Indonesia. Menurut Nur Sajat mereka akan berkolaborasi untuk satu lagu yang mana akan dirakamkan di Indonesia. Wahhh.. makin famous la Nur Sajat hingga ke Indonesia. Bukan tu je, Datuk Seri Aliff Syukri pun terlibat juga tau. Mesti meriah lagunya.. Dengar kata konsep dangdut. Betul ke?? Ha, sama-sama kita tunggu kemunculan lagu baru Nur Sajat, Lucinta Luna dan Datuk Seri Aliff Syukri di Indonesia nanti.

Wow, Cantiknya Rumah Baru Nur Sajat
Nur Sajat bersama Lucinta Luna

Wow, Cantiknya Rumah Baru Nur Sajat
Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna

Selesai sessi temubual apa lagi, perut pun dah lapar la kan. So, kami pun menuju ke khemah tempat makanan disediakan. Perghh, ramai rupanya tetamu yang datang. Tadi masa kami duduk dalam rumah takde la ramai sangat. Rupanya ramai yang duduk khemah. Boleh katakan dah macam kenduri kahwin dah. Tetamu yang datang tak putus-putus sampai masa kami nak balik pun masih ada yang datang.

Wow, Cantiknya Rumah Baru Nur Sajat
Meriah majlis kesyukuran dan doa selamat

Apa pun terima kasih banyak-banyak sebab sudi jemput ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat dan sekaligus majlis housewarming rumah baru Nur Sajat. Semoga Nur Sajat terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya.. adios



You May Also Like

4 ♥ Surat Cinta ♥