3 LANGKAH BIJAK UNTUK JANTUNG SIHAT

3 LANGKAH BIJAK UNTUK JANTUNG SIHAT | Assalamualaikum semua.. Apabila usia makin meningkat ni macam-macam penyakit yang akan datang. Nak-nak penyakit yang melibatkan jantung. Zaman sekarang ni tak perlu nak kata umur 60 ke atas baru kena Heart Attack ni. Ramai jugak yang kena masa umur melebihi 30 tahun, silap-silap 20-an pun boleh kena. Serammmnya rasa, muda-muda lagi dah kena serangan jantung. Aduyaiii, ni yang nak kena ubah gaya hidup ni. Kena mulakan dari sekarang ni.. chaiyok chaiyokk..

3 Langkah Bijak Untuk Jantung Sihat

Sebenarnya hati ni terbuka untuk mengambil berat pasal kesihatan terutamanya jantung ni selepas menghadiri Bengkel Jantung Bijak (Heart Smart Workshop) yang diadakan di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 22 September lepas. Insaf rasanya bila dengar penerangan dari panel penceramah hari tu. Antara isu yang dikongsikan masa Bengkel Jantung Bijak ni adalah cara untuk menjaga kesihatan jantung melalui 3 langkah bijak iaitu :

3 Langkah Bijak Untuk Jantung Sihat

3 Langkah Bijak Untuk Jantung Sihat

Eat Smart . Move Smart . Sleep Smart
"Makan dengan Bijak, Bersenam dengan Bijak, Tidur dengan Bijak"

Antara panel yang berkongsi ilmu semasa Bengkel Jantung Bijak ni adalah :

Puan Megawati Suzairi
Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik dan Kawal Selia di Fonterra Brands Malaysia

Datuk Dr Sanjiv Joshi
Pakar Runding Kardiologi di Hospital Pantai Kuala Lumpur

Encik Muhammad Izzat Sallehan
Ahli Fisioterapi Kanan di Pantai Integrated Rehab Services Sdn Bhd

Cik Liew Yen Lee
Pakar Pemakanan Kanan di Fonterra Brands Malaysia

Dr Kong Min Han
Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Kuala Lumpur


Sebagai Permulaan, Puan Megawati berkongsi mengenai serangan jantung banyak terjadi walaupun di bawah usia 50 tahun dan bagaimana Anlene membantu untuk kesihatan jantung.

3 Langkah Bijak Untuk Jantung Sihat

"Dengan trend membimbangkan hampir satu daripada empat pesakit serangan jantung berusia di bawah 50 tahun memang tiada masa yang terlalu awal untuk mula melindungi jantung dan mengekalkan kecergasan anda supaya anda boleh memanfaatkan sepenuhnya kehidupan. Anlene menyokong cara hidup sihat dengan menekankan daya pergerakan, fungsi sendi dan otot tulang dan betapa pentingnya amalan hidup aktif untuk menjaga kesihatan badan termasuk jantung yang sihat"
- Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik dan Kawal Selia di Fonterra Brands Malaysia -

3 Langkah Bijak Untuk Jantung Sihat


Makan Dengan Bijak


Memang diakui kat Malaysia ni terlalu banyak pilihan makanan sampai rambang mata nak pilih. Tu yang nafsu makan pun selalu membuak-buak. Kalau tak control, alamatnya ramai la yang obesiti. Bukan tu je, kadar kolestrol pun akan naik dan seterusnya membahayakan jantung. Fuhhh.. bahaya ni. Jadi pemilihan makanan harian kita pun kena jaga. Kalau boleh amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan antioksidan yang bagus untuk kesihatan jantung.

3 Langkah Bijak Untuk Jantung Sihat

"Diet yang seimbang amat penting untuk menjaga kesihatan, bagaimanapun ramai di antara kita yang tidak mengamalkan pemakanan sihat setiap hari. Hanya 6% daripada dewasa Malaysia makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi setiap hari atau mematuhi cadangan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran di bawah Garis Panduan Diet Malaysia 2010"
- Liew Yen Lee, Pakar Runding Kanan Di Fonterra Brands Malaysia -

Selain dari tu, susu ataupun produk tenusu juga merupakan salah satu makanan yang perlu diamalkan setiap hari untuk kesihatan jantung. Jadi pilihan yang bijak adalah dengan mengambil susu Anlene Heart Plus yang boleh diamalkan dalam diet harian. Ia dirumus khas dengan bahan bermanfaat seperti sterol tumbuh-tumbuhan untuk membantu mengurangkan kadar kolestrol, omega-3, kolagen, kalsium dan protein. Pilihanan makanan yang bijak amat penting untuk kesihatan jantung kita.


Bersenam Dengan Bijak


Sape sini rajin bersenam?? Rasanya tak semua mampu bersenam kan. Ye la, masing-masing terikat dengan komitmen kerja ataupun menguruskan keluarga. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, hanya seorang dari tiga orang dewasa di Malaysia tidak menjalani kehidupan aktif.

Kehidupan yang aktif serta diet yang sihat membantu menghasilkan tekanan darah yang lebih baik, mengurangkan paras kolestrol dan trigliserida, mengurangkan lemak di sekitar jantung, melegakan radang dan mengurangkan hormon tekanan.Tapi kan, macam mana maksud bersenam dengan bijak pulak??

3 Langkah Bijak Untuk Jantung Sihat

"Rakyat Malaysia seharusnya berusaha untuk berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari dan cuba melakukan senaman yang sederhana dan intensif 2-3 kali seminggu untuk menjaga kesihatan jantung"
- Muhammad Izzat Sallehan, Ahli Fisioterapi Kanan di
Pantai Integrated Rehab Services Sdn Bhd -

Menurut En Izzat lagi, untuk senaman dengan bijak kita perlu mengetahui tahap kebolehan kita. Jangan bersenam melebihi keupayaan diri kita agar tidak memudaratkan tubuh badan. Karang dari nak sihat terus datang penyakit lain pulak.. huhu.. Sebagai contoh kalau jogging, mulakan dulu dengan jarak yang pendek, Jika sudah serasi dan mampu baru panjangkan jarak dari sehari ke sehari.


Tidur Dengan Bijak


Eh, tidur pun ada kaitan dengan masalah jantung ke? Ha, aku pun baru tahu masa Dr Kong Min Han bagi penerangan. Rupanya ada kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang menghadapi masalah tidur mempunyai risiko 71% masalah sakit jantung. Menurut Dr Kong ramai rakyat Malaysia mengalami Apnea tidur dan tidak menyedarinya. Apa pula gelaja Apne Tidur ni?

3 Langkah Bijak Untuk Jantung Sihat

"Keadaan yang dialami ibarat anda telah tidur 7-8 jam dan anda bangun tidur dan rasa seolah-olah anda langsung tidak tidur. Apne tidur ialah faktor risiko tinggi bagi sakit jantung kerana kesannya terhadap tekanan darah dan sistem saraf. Sistem saraf simpatetik mengawal kadar jantungdan penyempitan salur darah"
- Dr Kong Min Han, Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak di
Hospital Pantai Kuala Lumpur -

Ok, sekarang ni kita dah tau mengenai tiga langkah bijak untuk jantung yang sihat iaitu "Makan dengan Bijak, Bersenam dengan Bijak, Tidur dengan Bijak". Semua ni mampu mempengaruhi tahap kesihatan jantung kita. Semoga kita dihindari sebarang masalah jantung dan sentiasa hidup ceria dan sihat. Oh ya, jangan lupa untuk minum Anlene Heart Plus.

3 Langkah Bijak Untuk Jantung Sihat

Sekarang ada promosi dengan setiap pembelian Anlene Heart Plus mulai sekarang hingga 18 Disember 2018, kita boleh buat saringan kesihatan di semua cawangan Pantai Premier Pathology pada harga RM85 sahaja.. So, apa lagi. Jom sayangi jantung kita 💕




20 Comments

  1. salam singgah. terima kasih atas perkongsian. sekarang ni ramai sangat kan orang muda yg kena serangan jantung. memang merisaukan. kalau tak jaga kesihatan, pemakanan dan gaya hidup

    ReplyDelete
  2. good to know about this, yeah good for heart. It's important to take care our health and our loved ones.

    ReplyDelete
  3. Masalah Rawlins maybe adalah tidur yang lengkap dan bijak sebab selalu hanya boleh tidur at 1 am everyday, dan bila dipantau, hanya 1 jam sahaja deep sleep Rawlins. Huhu

    ReplyDelete
  4. Bagus tips ni. Nampaknya tak de satu pun yang sama amalkan dalam kuhidupan seharian. Terima kasih for this tips ye..

    ReplyDelete
  5. Satu tips yang berguna untuk orang yang dah meningkat usia macam kita ni hehehe rasa dah sampai seru lak nak minum susu Anlene Setiap hari hehe kita suka susu ni sedap best...

    ReplyDelete
  6. Hi Cik Bee yang famous! hehehe.
    A good sharing tentang kepentingan jantung yang sihat. Pada zaman sekarang dengan kesibukan kerja, kadangkala kita terlupa untuk menitikberatkan isu kesihatan.

    Bagus entri ni sebagai kempen kesedaran kepada masyarakat Malaysia.

    Meh follow blog SR:
    www.syazaredzuu.com

    Salam kenal dari saya! :D

    ReplyDelete
  7. OOhh tidur pun ada kaitan ngan jantung ya.. akak kena lebih perihatin ni, mesti nak focus deep sleep. susah nya kak nak lena akhir2 ni tau
    Petua Awet Muda Untuk Opah

    ReplyDelete
  8. heart health is truly important.. it's a great post to create awareness for heart health.. thanks for sharing the informative post..

    ReplyDelete
  9. Pemikiran yang positif juga penting utk kesihatan jantung ktia.Jangan terlalu stress.Fikir itu penting tapi jangan terlalu berfikir .Semua tu mengganggu kesihatan jantung>pendek kata,senyum sokmo neh! heehee

    ReplyDelete
  10. Memang penting untuk kita jaga kesihatan jantung sebab maklumlah kan. Penyakit jantung ni pembunuh no 1 di malaysia. Bahaya tu

    ReplyDelete
  11. Salah satu cara mama pelihara kesihatan jantung ialah dengan konsisten makan minyak zaitun yang kaya dengan omega 3. Bagus untuk kolesterol jahat

    ReplyDelete
  12. penyakit jantung hari ini bukan hanya orang tua sahaja bahkan orang mud ajuga adakalanya akan ada masalah..tips jer kena kawal pemakana dan makan makanan yang sihat. Selain itu kenalah bersenam ya idok

    ReplyDelete
  13. I semua pun fail. Semua pun tak bijak. huhuhuh...It is true we need to care for heart properly. Bukan kita je susah but people around us pun susah if things happen.

    ReplyDelete
  14. bagus yer artikel, banyak ilmu baru dapat. kena bijak kan dari awal pagi sampai la tidur, demi kesihatan berpanjangan.

    ReplyDelete
  15. Nak sihat jugak ! Wahhh sleep pon kne smart jugak erk utk sihat. Sy baru tahu. Sy nie tidur sangatlah tak jaga. Selalu tidur lewat n bangun awal. Tengahari dh mula ngantok balik

    ReplyDelete
  16. Alamak..bab tido gan jogging tu prob dengan sis. Nampak gaya kena cari Anlene Heart Plus ni le. Risau gak bab jantung-jantung ni

    ReplyDelete
  17. Betul, semakin meningkat usia, macam-macam penyakit ada. Jantung kena jaga dengan elok..semua kene bijak..nice sharing..buat masa sekrg tidur je tak cukup..huhu

    ReplyDelete
  18. Sebenarnya cara hidup dan cara pemakanan seseorang tu ada pengaruh kuat atau penyebab utama sesuatu penyakit hinggap pada kita. Susu sememangnya cara terbaik untuk mendapatkan nutrisi dan tenaga yang lebih

    ReplyDelete
  19. Bagus betul jenama besar support untuk program macam ni. Walaupun macam kecik je, tapi dapat bagi impak besar kepada rakyat.

    ReplyDelete
  20. Yes! I agree we have to take care of ourselves when it comes to eat, sleep and exercise. Its scary to see the statistics.

    ReplyDelete