MENU BARU DI NY STEAK SHACK

MENU BARU DI NY STEAK SHACK | Assalamualaikum semua.. Cuba bayangkan korang tengah menikmati keenakan daging steak yang lembut, juicy dan dicicah dengan sos black papper yang pekat. Perghhh... nikmat apa yang perlu didustakan.. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang menu steak yang aku bayangkan kini ada di NY Steak Shack. Allahu, apa lagi.. harus la aku pergi untuk cuba kan.

Menu Baru Di NY Steak Shack
Menu Baru Di NY Steak Shack

Bertempat di NY Steak Shack Sunway Velocity Mall, aku dan rakan blogger yang lain berpeluang merasai keenakan menu yang telah diberi nafas baru kat sini. Sebelum ni memang aku pernah makan di NY Steak Shack kat Sunway Pyramid. Memang tak dapat lupa keenakannya, tu sebab gigih datang nak rasa menu baru plak ni.

Menu Baru Di NY Steak Shack
Tak sabar nak rasa menu sedap di NY Steak Shack ni

Ok, untuk permulaan kami dihidangkan dengan Chicken Caeser Salad dan Trio Apps. Benda pertama yang keluar dari mulut aku "Wow, besarnya portion". Mana taknya, kedua-dua appetizer ni dihidangkan dalam pinggan yang besar. Kira-kira kalau share 4 orang pun cukup. Dalam hidangan Chicken Caeser Salad siap ada hirisan ayam grill yang besar lagi. Tak kedekut ayam hokeyyy.. Manakala untuk Trio Apps ni ada gabungan isi ayam, meatball, cendawan dan bawang yang disalut tepung rangup dan dicicah dengan bistro sauce. Meriah kannn..

Menu Baru Di NY Steak Shack
Chicken Caeser Salad

Menu Baru Di NY Steak Shack
Trio Apps

Bagi menu utama pula kami dihidangkan dengan 4 jenis hidangan iaitu Darling Downs Wagyu Striploin, Lamb Noisette, Duck Chop dan Smokehouse Burger. Wahhh.. semua menu sedap weiii.. Paling best Darling Downs Wagyu Striploin laaa... sangat juicy tau. Tapi korang kena rasa Duck Chop sebab susah nak jumpa orang masak daging itik dalam restoran western macam ni. Tapi peminat kambing haruslah kena cuba Lamb Noisette kan. Yang menariknya ketiga-tiga menu ni dihidangkan di atas pan sizzling. Oh ya, kalau nak rasa keenakan burger di NY Steak Shack boleh cuba Smokehouse Burger. Besar dan mengenyangkan.. 😋

Menu Baru Di NY Steak Shack
Darling Downs Wagyu Striploin

Menu Baru Di NY Steak Shack
Lamb Noisette

Menu Baru Di NY Steak Shack
Duck Chop

Menu Baru Di NY Steak Shack
Smokehouse Burger

Dah kenyang makan menu utama, kita beralih plak pada menu pencuci mulut. Ada dua yang dihidangkan iaitu Red Velvet Cake dan Carrot Cake. Kedua-dua kek ni sedap tapi memandangkan perut dah kenyang makan steak maka kena la kongsi-kongsi. Sayang juga kalau tak habis kan. So, kalau korang pergi nanti order 1 cukup la, jangan membazir kan.

Menu Baru Di NY Steak Shack
Red Velvet Cake

Menu Baru Di NY Steak Shack
Carrot Cake

Oh ya, lupa plak nak cerita bab air. Ada banyak pilihan yang korang boleh cuba. Ada Oreo Milkshake, Red Velvet Milkshake, Chocolate Milkshake, Banana Milkshake, Black & White Milkshake, Vanila Milkshake, Peanut Butter Milkshake, Brownies Milkshake, Perfect Mix Mocktail, Minty Lime Cooler Mocktail, Orange Breeze Mocktail dan Lemonande Zest Mocktail. Banyak-banyak ni aku order Oreo Milkshake.

Menu Baru Di NY Steak Shack
Oreo Milkshake

Alhamdulillah kenyang sudah.. Tapi sebelum aku akhiri entri kali ni, nak kongsi dengan korang semua berpeluang untuk makan percuma selama setahun di NY Steak Shack. Ye wakkk.. PERCUMA setahun tau.

Menu Baru Di NY Steak Shack
Wagyu Steak Eating Challenge 

Caranya mudah je, korang hanya perlu memesan menu Darling Downs Wagyu Striploin mulai 1 September 2018 hingga 30 November 2018 dan korang akan mendapat borang untuk memasuki Wagyu Steak Eating Challenge (#1stWagyuSteakEatingChallenge). Acara kemuncak akan diadakan pada bulan Disember 2018 dan seorang pemenang akan dipilih untuk hadiah Makan Percuma Selama Setahun di NY Steak Shack. Apa lagi wakkk.. moh la join..

Menu Baru Di NY Steak Shack
NY Steak Shack di Sunway Velocity Mall

Maklumat lanjut boleh rujuk di :

Website:
www.nysteakshack.com

Facebook:
www.facebook.com/nysteakshackmy

Instagram :
www.instagram.com/nysteakshack/


1 Comments

  1. Salam..wow memang tengok gambar pun dah meleleh ayaq liuq haha memang idaman qolbu nak makan steak mcm NY Steak Shack ni sediakan. Harga macam mana? Boleh tahan?

    ReplyDelete