HARI 2 : PULAU BELITUNG DIKENALI NEGERI LASKAR PELANGI

by - 25.12.18

HARI 2 : PULAU BELITUNG DIKENALI NEGERI LASKAR PELANGI | Assalamualaikum semua.. Selamat pagi dari Belitung. Hari ni dah masuk hari kedua di sini. Terkejut time bangun pagi bila terasa tangan Farah mengejut bangun. Masya Allah, nyenyak sangat tidur malam tadi. Maybe sebab penat sangat kot. Tapi pagi ni lepas aje mandi terus rasa segar. Dalam hati berbunga-bunga sebab tak sabar nak explore bumi Belitung. Yaaa, hari ni kami semua akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Belitung.. yeayyy..

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Pulau Belitung juga dikenali Negeri Laskar Pelangi

Oh ya, bila aku share pasal Pulau Belitung ramai yang tanya kat mana lokasi Pulau Belitung ni. Ok, aku terangkan sikit ya. Pulau Belitung ni terletak di bahagian Pantai Timur Sumatra, Indonesia. Pulau ini terbahagi kepada 2 daerah iaitu Daerah Belitung yang beribukota di Tanjung Pandan dan Belitung Timur yang beribukota di Manggar. Menurut Oty (tour guide kami) hari kedua ni kami akan ke beberapa lokasi menarik sekitar Belitung. Esok baru aktiviti air. yeayy

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Lokasi Pulau Belitung

Sebelum berangkat, harus la isi perut dulu kan. Mana boleh jenjalan dengan perut kosong. So, kami breakfast di La Lucia Cafe. Sedap jugak menu breakfast kat sini. Lepas makan kami semua menaiki bas yang comel ni. Iya, bas ni akan menjadi pengangkutan rasmi kami sepanjang 4 hari. Masa kami naik tu bas ni memainkan lagu Laskar Pelangi. Boleh dikatakan lagu ni diulang berkali-kali. Nak tau sebab apa?? Ya, sebab Pulau Belitung juga dikenali sebagai Negeri Laskar Pelangi.

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Breakfast dulu, ha depan tu la roomate sis

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Bergambar dengan ketua rombongan iaitu Sis Lin depan bas kami 

Ha, korang pernah tengok tak filem Laskar Pelangi?? Kalau belum, sila tengok ya. Kalau dah, pasti korang tau mengenai kisah di mana sebuah sekolah yang mempunyai kekurangan murid bakal ditutup. Namun apabila datang seorang murid yang kesepuluh makan sekolah tersebut terus beroperasi dan di situ la mencoretkan pelbagai aksi dan keletah 10 orang murid iaitu Ikal, Lintang, Sahara, Mahar, A Kiong, Syahdan, Kucai, Borek, Trapani, dan Harun dalam mengharungi kehidupan dan juga erti persahabatan. Guru mereka iaitu Bu Mus menggelar mereka sebagai Laskar Pelangi dek kerana mereka sukakan pelangi.

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Filem Laskar Pelangi

Filem Laskar Pelangi ini diadaptasi dari novel karya Andrea Hirata. Kalau perasan lokasi penggambaran filem tu memang cantik kan.. Ha, kat sini la diorang shooting. Keindahan alam di Belitung telah diangkat di dalam filem tersebut sehingga Pulau Belitung diberi gelaran Negeri Laskar Pelangi. Oh yaa.. drama pukul 7 'Kekasih Paksa Rela' yang meletop-letop lakonan abam Remy Ishak pun shooting kat sini jugak. So, meh aku kongsikan beberapa tempat menarik di Pulau Belitung yang kami pergi untuk hari kedua ni.

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Salah satu lokasi shooting Laskar Pelangi di Pulau Belitung

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Salah satu lokasi shooting drama Kekasih Paksa Rela


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU BELITUNG


1. Replika Sekolah Laskar Pelangi - SD Muhammadiyah Gantong

Perasan tak aku ada cakap pasal sekolah dalam filem Laskar Pelangi kat atas tadi. Ha, inila dia sekolahnya. Datang ke Belitung kena mai sini tau. Replika Sekolah Laskar Pelangi ni menjadi tumpuan ramai sekaligus membuatkan pengunjung menyelami kehidupan anak-anak laskar pelangi yang berusaha untuk mengejar impian. Untuk drama Kekasih Paksa Rela pun ada shooting kat sini jugak.

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Inilah replika Sekolah Laskar Pelangi

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Replika sekolah ini masih kekal untuk kunjungan pelancong

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Ni masa shooting Filem Laskar Pelangi. 

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Walaupun nampak usang tapi bangunan sekolah ni masih utuh tau

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Bergambar beramai-ramai di papan tanda Replika Sekolah Laskar Pelangi

Sebak rasa bila saat memasuki kelas yang ada di situ dengan berbumbungkan zink dan berlantaikan pasir. Dinding pun dah berlubang-lubang dah. Tambah pulak bila kami beramai-ramai menyanyikan lagu Laskar Pelangi. Rasa syahdu semacam weiiii... Ala, rindu pulak dengan trip ke Belitung ni (bila nak move on ni weiii)

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Ada gaya cikgu tak?? hehe

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Ha, ni gaya student pulak

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Abam Remy Ishak pun pernah bergambar kat sini dengan Ain Edruce dan Intan Najuwa

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Ramainya student kali ni.. hehe


2. Dermaga Kirana

Lokasi Dermaga Kirana ni dekat je dengan Replika Sekolah Laskar Pelangi. Kalau jalan kaki pun sampai. Aku tertarik dengan design rekabentuk rumah rotan yang dibuat atas pelantar kayu. Unik tau.. Dekat sini rumah rotan ni dikenali sebagai Rumah Keong yang bermaksud 'siput'. Ia menjadi tempat untuk beistirehat dan berlindung dari matahari tapi tak kurang juga menjadi port yang cantik untuk bergambar. Manakala pelantar kayu pula dibina berbentuk zig zag sehingga menuju ke sebuah danau yang mempunyai air yang jernih.

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Dermaga Kirana

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Rumah rotan atau Rumah Keong

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Sekarang duduk sorang-sorang, nanti mana tau berdua pulak kan.. ehh.. hehe

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
I'm happy girl.. yippie


3. Museum Kata Andrea Hirata

Museum Kata Andrea Hirata merupakan muzium sastera pertama di Indonesia. Muzium ini dibina oleh penulis novel Laskar Pelangi iaitu Andrea Hirata dan di sini menghimpunkan lebih dari 200 karya dari berbagai genre seperti karya muzik, filem, seni dan arkitektur. Dari luar lagi aku dah tertarik dengan rekabentuk muzium ni yang ceria berwarna-warni macam pelangi. Di dinding-dinding juga terdapat beberapa kata-kata inpirasi. Sama juga di dalam muzium, setiap sudut sarat dengan pameran dan juga karya -karya yang memukau mata. Kalau lapar dan dahaga, di dalam muzium ni juga ada kedai untuk menikmati kopi Belitung dan juga makanan ringan.

Waktu operasi : 9.00 WIB hingga 17.00 WIB
Harga tiket : Rp 50.000 (dapat naskah nipis Lakar Pelangi)

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Museum Kata Andrea Hirata

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Museum ni penuh dengan hasil karya Andrea Hirata termasuk Laskar Pelangi

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Setiap sudut dalam museum ni cantik dan klasik

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Bergambar beramai-ramai dalam museum

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Dalam ni ada tempat untuk minum kopi tau


4. Kampoeng Ahok

Ahok atau nama sebenarnya Basuki Tjahaja Purnama merupakan seorang tokoh politik yang merupakan anak kelahiran Pulau Belitung. Nama beliau disanjung kerana telah banyak berjasa dalam membangunkan bumi Belitung sehingga Belitung dikenali di negara luar. Jadi sebagai menghargai jasa beliau, Kampoeng Ahok dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancong. Di sini terdapat koleksi-koleksi foto serta barangan milik beliau. Kalau bernasib baik, dapat jugak bergambar dengan ahli keluarga Ahok.

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Kampoeng Ahok, rumah tokoh politik anak kelahiran Belitung

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Ada dijual cenderamata juga

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Meriah kannn.. dah mcam rombongan meminang.. hehe


5. Vihara Dewi Kwan Im

Destinasi yang ke-5 kami pergi adalah Vihara Dewi Kwan Im yang merupakan vihara terbesar dan tertua di Pulau Belitung. Vihara tu maksudnya rumah ibadat agama Buddha. Vihara Dewi Kwan Im dibina pada tahun 1747, maknanya dah berusia 266 tahun tau. Di vihara ni kita perlu menaiki tangga sebanyak 86 anak tangga untuk naik ke atas. Tangga kat sini warna warni, cantik. Di atas pula terdapat satu patung besar dan kita boleh nampak pemandangan indah Gunung Burung Mandi.

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Tangga di Vihara Dewi Kwan Im ni colourful sangat

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Besar juga tempat ni.. tapi hari tu kami tak naik sampai ke atas

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Memandangkan tak naik atas, kita hantar drone je la ekk.. hehe


6. Tanjung Pendam

Sebagai lokasi terakhir untuk hari kedua ni kami singgah di Pantai Tanjung Pendam untuk menikmati pemandangan indah tatkala matahari terbenam. Kalau korang nak tau lokasi pantai ni dekat je dengan Kota Tanjung Pandan, Belitung jadi ia turut digelar sebagai Pantai Tengah Kota. Tapi kat sini tak boleh mandi tau sebab dasarnya tanah selut bukan pasir. Walaupun tak boleh mandi, tapi kat sini masih meriah dengan pengunjung kerana di sekitarnya ada banyak gerai dan restoran.

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Bila awak nak balik ni?? Acah2 filem Pulang.. hehe

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Friendship yang terjalin di Pulau Belitung, cantikkan sunset kat sini

Haa, inilah 6 lokasi yang kami pergi untuk hari kedua ni. Sekarang aku kongsikan pula tempat makan yang menarik ada di Belitung. Boleh jadi rujukan untuk korang kalau datang ke Pulau Belitung ni.


TEMPAT MAKAN MENARIK DI PULAU BELITUNG


1. Resto FEGA, Manggar

Kami singgah di Resto Fega atau sebenarnya Restoran Fega yang terletak di Manggar untuk makan tengah hari. Masuk je ke ruang makan terus teruja sebab di hujung tempat makan ni berbentuk seperti kapal. Rupanya tempat makan ni menghadap ke sebuah tasik yang besar. Di bahagian bawah juga terdapat pelantar menuju ke tengah tasik.

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Makan tengah hari di Resto Fega

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Unik restoran ni sebab berbentuk kapal

Menu kami untuk tengah hari ni adalah Ikan Bakar, Sotong goreng Tepung, Sate ayam dan Gangan ikan. Bagi aku semua lauk kat sini sedap especially gangan ikan atau kalau kat Malaysia kita panggil singgang ikan. Kebetulan meja kami dapat bahagian kepala pulak tu, apa lagi memang meratah la jawabnya. Sotong pulak memang rangup, abis semua kerak-kerak dia kitorang sapu. Yang ikan bakar pun sedap walaupun isi semata. Lepas makan sempat jugak turun ke pelantar dan bergambar..

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Menu kami, kepala ikan tu sedap weiii

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Ikan bakar ni sedap walaupun isi tebal

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Sempat bergambar dekat danau


2. Warkop Millenium 2000, Manggar

Orang kata kalau mai Belitung tak pekena kopi tak sah tau. Kat sini memang kopi menjadi minuman seharian masyarakat Belitung. Jadi untuk minum petang kami singgah di Warkop Millenium 2000. Nak jugak tahu macam mana rasa kopi Belitung ni kan. So, aku order es kopi susu. Oh ya, kalau ambil pakej dengan MTN Getaways, minum kopi di sini adalah percuma. Kalau tambah menu lain baru kena bayar ye. Tapi ada yang baik hati belanja pisang goreng. Macehhh...

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Minum petang pekena kopi dengan pisang goreng.. yummy

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Depan warung kopi pun meriah diorang ni


3. Resto Belitung Timpo Duluk, Tanjung Pandan

Makan malam kami pula adalah di Resto Belitung Timpo Duluk. Advanture sikit la nak makan kat sini sebab kena naik tangga. Ha, bayangkan badan dah penatdan perut dah lapar tapi kena naik tangga, memang semput laaa.. Tapi bila dah sampai ke anak tangga terakhir, kagum bila nampak bangunan di depan kami. Eh, betul ke ni restoran, tak macam restoran pun. Macam rumah kayu 2 tingkat je.

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Bangunan 2 tingkat ni restoran rupanya

Rupanya ada sesuatu yang unik di restoran ni dimana makanan dihidangkan di dalam dulang. Adat makan berdulang ni merupakan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Belitung. Lebih unik ada peraturan ya sebelum makan di mana yang muda akan membuka tudung saji dan membahagikan pinggan. Setelah selesai, yang tua pula akan menceduk nasi terlebih dahulu baru lah dituruti oleh yang lebih muda. Masa ceduk lauk pun sama, yang tua akan ambil dulu. So, memandangkan untuk meja aku, aku yang paling tua maka aku la yang ceduk dulu.. (ala, kantoi plak sis dah tua.. hakkhak)

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Adat makan berdulang

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Muka lapar tapi masih bersabar demi sekeping gambar.. hehe

Menu kami malam ni adalah Ayam Masak Ketumbar, Sayur goreng, Gangan darat, Sata ikan, ulam dan sambal. So far lauk-lauk kat sini not bad juga rasanya. Yang gangan darat tu beza rupanya dari lauk tengah hari tadi sebab kali ni ia menggunakan daging. Tu sebab dipanggil gangan darat. Yang sata ikan tu pulak nampak macam tak dibakar sebaliknya direbus atau dikukus je. So, ada beza rasa sikit la. Apapun suka konsep restoran ni yang mengamalkan adat tradisi lama masyarakat Belitung, iaitu makan berdulang. Satu kenangan yang boleh kami bawa pulang.

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Ni menu makan malam kami

Bila berakhirnya makan malam bermakna berakhir la perjalanan kami untuk hari kedua ni. So, lepas ni kami akan pulang ke hotel untuk berehat kerana keesokkan harinya kami akan membuat aktiviti air iaitu island hopping dan snorkeling. Yayy, tak sabar rasanya nak melihat keindahan lautan di sekitar Pulau Belitung. So, nantikan entri seterusnya untuk mengenai perjalanan hari ketiga kami tau.. lots of 💘 from Belitung.. adios

Hari 2 : Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi
Ok la.. dah penat seharian moh balik ke hotel

⬇⬇⬇⬇⬇⬇
 Baca juga Artikel Pulau Belitung yang lain :
HARI 1 : SELAMAT DATANG KE PULAU BELITUNG, INDONESIA


~ PAKEJ BERCUTI KE BELITUNG ~
MTN Getaways Getting You There

No. Tel: +65 8531 3381
Email: admin@mtngetaways.com

Website:

Instagram:

Facebook:



You May Also Like

3 ♥ Surat Cinta ♥

  1. tak move on lagi ke tu... samalah kita.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Kalau cecuti girls days out okay ni

    ReplyDelete
  3. Rindu pulak Belitung bila baca entri ni..
    Gambo group, makan berjemaah dan juga ketawa pun reramai hehehe meriah!

    ReplyDelete