TERASO SALAI : MASAK LEMAK CILI API ENAK DI KAMPUNG BARU KL

TERASO SALAI : MASAK LEMAK CILI API ENAK DI KAMPUNG BARU KL | Assalamualaikum semua.. Dulu aku pernah duduk di Negeri Sembilan selama 5 tahun. Jadi sememangnya aku sentiasa dihidangkan dengan menu masak lemak cili api. Opps, ni bukan masak lemak cili api yang biasa tu tau tapi sebaliknya menggunakan bahan yang disalai terlebih dahulu. Ada beza tau dari segi rasa dia. Tapi sekarang bila dah duduk di Kuala Lumpur, susah nak cari restoran yang ada jual menu salai masak lemak cili api ni sehingga la aku bertemu dengan satu lokasi yang terletak di Kampung Baru iaitu Teraso Salai.

Teraso Salai, Masak Lemak Cili Api Enak Di Kampung Baru KL

Ok cerita dia macam ni. Satu hari tu aku ternampak satu post kat facebook yang dimuat naik oleh Saudara Kid. Dia ada buat pertanyaan kat mana lokasi itik salai masak lemak cili api. Perghh, ramai tu yang respon tapi semua suggestion lokasi jauh-jauh belaka. Aku yang memang teringin nak makan itik salai pun follow juga la thread conversation kat FB dia sehingga la aku ternampak satu komen yang suggest menu salai di Teraso Salai. Rupanya neyra dah pergi tempat ni dan dah cuba, sedap katanya. Jadi apa lagi aku pun usha la Teraso Salai ni.

Teraso Salai, Masak Lemak Cili Api Enak Di Kampung Baru KL

So, hujung minggu lalu aku pun menuju ke lokasi yang disebut-sebut untuk mencuba sendiri keenakan menu salai kat Teraso Salai. Mula-mula ingatkan restoran, rupanya Teraso Salai ni berkonsepkan stall tetapi di dalam kawasan yang berbumbung. So, kalau korang yang selalu datang ke Kampung Baru mesti tau Restoran Gerak 23. Ha, kat dalam tu la. Ada juga beberapa gerai lain yang menjual pelbagai jenis makanan dan ada juga nasi campur. Tapi bila dah tujuannya nak makan itik salai, so tak pandang dah menu lain. hehe..

Teraso Salai, Masak Lemak Cili Api Enak Di Kampung Baru KL

Nin dia gerai Teraso Salai. Kat sini hanya menjual menu salai masak lemak cili api sahaja. Ada 4 pilihan iaitu daging, ayam, ikan keli dan yang paling special itik. Kesemua bahan ni telah disalai terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah dan dipanaskan bila ada permintaan pelanggan. Setiap pilihan menu dihidangkan bersama set nasi bersama ikan masin, timun dan sambal.

Teraso Salai, Masak Lemak Cili Api Enak Di Kampung Baru KL

Memandangkan aku datang berempat, maka kami membuat keputusan untuk memesan keempat-empat menu. Bukan apa, boleh kongsi-kongsi dan sekaligus dapat rasa semua kan. hehe.. bijak tak?? Kira macam konsep makan hidang la. Memandangkan lauk dah separuh masak, maka masa menunggu pun tak lama. Jadi sesuai sangat la untuk mereka yang bekerja datang makan time lunch.

Teraso Salai, Masak Lemak Cili Api Enak Di Kampung Baru KL

Bismillah.. bila suap aje ke mulut, perghh.. terus teringat memori masa duduk di Negeri Sembilan dullu. Ini lah rasa yang aku cari selama ni. Menu salai yang betul-betul terasa salainya. Bukan ala-ala panggang gitu. Bila ditanya tuan kedai, rupanya teknik salai yang mereka gunakan berbeza dan itu yang menjadikan rasa daging, ayam, keli mahupun itiknya istimewa. Ok ni ada tips nak bagitau, kalau korang datang makan kat sini, pastikan setiap suapan dilimpahi dengan kuahnya yang pekat. Memang terangkat laaa... eh, jangan risau, kuah dia tak pedas sangat sebab menurut tuan kedai ada pelanggan yang tak makan pedas. Jadi sebagai alternatif, sambal disediakan berasingan dan kita boleh tambah sendiri mengikut tahap kepedasan kita. Ha, so don't worry ye..

Teraso Salai, Masak Lemak Cili Api Enak Di Kampung Baru KL

Harga Set Menu di Teraso Salai :
Set Keli Salai Masak Cili Api : RM6.00
Set Ayam Salai Masak Cili Api : RM7.00
Set Daging Salai Masak Cili Api : RM8.00
Set Itik Salai Masak Cili Api : RM9.00

Alhamdulillah, secara keseluruhannya memang puas hati dapat merasai menu salai di Teraso Salai ni. Kalau korang tanya sedap ke tidak, tak keterlaluan kalau aku cakap inilah lokasi menu salai terbaik di Kuala Lumpur. Aku pasti akan datang lagi ke sini. So, kalau korang nak datang, boleh rujuk info kat bawah ni.

Teraso Salai, Masak Lemak Cili Api Enak Di Kampung Baru KL

Alamat :
Restoran Gerak 23,
Kampung Baru, Kuala Lumpur

Facebook :

Instagram :



Post a Comment

1 Comments

  1. Kita suka ulam tu makan dengan masak lemak ni sebab pedas gilerrr

    ReplyDelete