KEMERIAHAN NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA 2019

KEMERIAHAN NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA 2019 | Assalamualaikum semua.. Pejam celik pejam celik dah dua bulan kita melangkah ke Tahun 2019. So, apa azam tahun baru korang? dah ada ke yang tercapai? Well kalau belum tercapai tu sabar ye, ada lagi 10 bulan untuk tunaikan. Tapi untuk aku azam nak travel di tahun 2019 dah tercapai. Alhamdulillah, bulan Februari ni aku telah dapat panggilan ke pulau yang jarang pelancong pergi iaitu di Pulau Lingga, Kepulauan Riau, Indonesia. Nak tau apa aku buat di sana?? meh baca sampai habis.

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Panggilan Pulau.. yippiieee

Macam biasa la, trip aku kali ni ke Pulau Lingga harus la bersama dengan geng-geng blogger kan. Kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Ha, nak tau tak yang kami dah book tiket tu sebulan tau dek kerana cuti raya cina. Mujur la booking awal, kalau tak cancel la trip kali ni. Ok, dipendekkan cerita kami turun di stesen Larkin dan menuju ke Stulang Laut Ferry Terminal untuk menaiki feri ke Batam. Memandangkan kami pernah ke Batam jadi dah tau la cara nak ke sana. So, korang boleh baca kat sini untuk throwback trip ke Batam.


Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Kali kedua ke Batam

Kali ni Batam hanya persinggahan sahaja kerana dari Batam kami perlu menaiki menaiki feri yang lain pula untuk ke Pulau Lingga. Feri kami dijadualkan keesokkan harinya jadi sempat la kami berehat sehari di Batam sementara tunggu beberapa orang lagi blogger dari Malaysia. Kami menginap di Redlink Hotel berhampiran dengan bandar. Terima kasih Redlink kerana sudi memberi penginapan yang selesa untuk kami.

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Menginap 1 malam di Redlink Hotel

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Terima kasih Redlink Hotel

Hari berganti dan kami bangkit dengan penuh semangat. Alhamdulillah, dah cas balik tenaga setelah menempuh perjalanan dari Kuala Lumpur. Mujur juga la dapat berehat sehari awal kerana kami diberitahu hari ni kami akan naik feri selama 4-5 jam. Waduhhh.. nasib baik tak terus pergi semalam. Kalau tak, ada yang mabuk laut. Ha, bagi korang yang fenin-fenin lalat nak tau kat mana sebenarnya Pulau Lingga ni boleh rujuk maps kat bawah ni.

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Ha, ni la lokasi destinasi kami iaitu Desa Batu Belubang, Lingga.. Jauh kan

Oh ya, trip kali ni ada 12 orang blogger Malaysia, 4 wakil Tourism Muar, 3 wakil photographer Singapura dan beberapa wakil dari Indonesia. Setelah semuanya berkumpul, kami menuju ke Pelabuhan Telaga Punggur untuk menaiki feri. Kami diberitahu yang Terminal Batam Centre adalah untuk terminal feri antarabangsa manakala Pelabuhan Telaga Punggur adalah untuk terminal feri domestik. Di sini kami menaiki feri pada pukul 10.30 WIB yang menuju ke Pulau Lingga.

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Pelabuhan Telaga Punggur

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Wajah-wajah ceria geng blogger

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Ni la feri kami ke Pulau Lingga

Setelah menempuh 4 jam perjalanan, feri berhenti di satu jeti kecil yang terletak di Pulau Cempa. Ingatkan dah sampai ke destinasi rupanya belum lagi. Kami diberitahu untuk turun di Dermaga Cempa Pasir Panjang dan menaiki feri yang lain untuk ke destinasi kami. Kali ni kami menaiki feri yang lebih kecil dan menuju ke jeti Desa Batu Belubang. Anggaran perjalanan kami lebih kurang 1 jam lagi. Fuh.. jauh lagi rupanya perjalanan kami..

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
4 jam perjalanan, mereput.. mujur boleh duduk luar, dapat tengok pemandangan indah

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Transit kejap di Dermaga Cempa Pasir Panjang untuk tukar feri

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Sempat bergambar sebab cantik view kat sini

Setelah mengharungi ombak dan badai, akhirnya kami sampai ke jeti Desa Batu Belubang. Dari jauh kelihatan beberapa penduduk telah menunggu kehadiran kami. Untuk pengetahuan korang Desa Batu Belubang ni terletak di Pulau Lingga, Kepulauan Riau, Indonesia. Tak pernah dengar kan. Ya, aku sendiri pun pertama kali dengar nama tempat ni. Sebenarnya Pulau Lingga ni besar terbahagi kepada 9 kecamatan, 7 kelurahan dan 74 desa. Di sekeliling Pulau Lingga terdapat banyak pulau-pulau kecil yang mempunyai penghuni dan juga ada yang tiada penghuni.

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Alhamdulillah, dah tiba di Jeti Desa Batu Belubang

Setibanya kami Desa Batu Berlubang ni kami terus disambut dengan makan tengah hari. Ha, apa lagi. Masing-masing dok serbu la makan. Mana taknya perut dah berdangdut tak tau berapa lagu dah. Tengok lauk pauk pulak memang my favourite which seafood lagi la laju ambik nasi. Ha, dah nama duk di perkampungan nelayan, harus la makan seafood kan. Fresh plak tu.. Alhamdulillah, kenyang..

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Menu makan tengah hari. sedap tauuu

Selepas makan kami dibawa ke tempat penginapan kami iaitu di salah sebuah rumah milik orang kampung. Di sini tiada hotel, resorts malah homestay pun tak ada. Boleh dikatakan di sini hanyalah perkampungan nelayan yang hidup serba sederhana tetapi sangat harmoni, muafakat dan sentiasa peramah. Oh ya, kat sini tak payah susah-susah nak berbahasa indonesia ye sebabnya mereka ni semua cakap melayu je. Pelik kan. Mula-mula tu kami beriya duk speaking Indonesia tapi bila dengar diorang cakap melayu je terus kami tergelak. Lupa pula yang sebenarnya kita ni serumpun.

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Ni la rumah penginapan kami

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Depan rumah ada kedai, so apa lagi ni la port kami lepak.. hehe


NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA 2019


Sebenarnya ada banyak yang aku nak ceritakan mengenai keindahan dan keunikan Desa Batu Belubang ni tapi nanti la aku kongsikan dalam entri yang seterusnya sebab dalam entri ni aku nak fokus mengenai event Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019. Ya, kerana event ni la kami dijemput datang ke sini. Event bertaraf antarabangsa ni merupakan sebuah perlumbaan kapal layar yang terbesar di dunia dan satu-satunya perlumbaan pelayaran yang melintasi Equator Line ataupun Garisan Khatulistiwa. Sebanyak 19 buah perahu layar telah bertanding dan para peserta datang dari berbagai negara seperti Singapura, Malaysia, Amerika Serikat, Prancis, serta Australia.

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Banner untuk event di Desa Batu Belubang

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Dah siap setup tempat event

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Para peserta yang berada di Sekeling Islands akan dibawa ke Desa Batu Belubang

Pada tanggal 7 Februari 2019 pukul 11.00 WIB para penduduk di Desa Batu Belubang telah bersiap sedia untuk menyambut ketibaan para peserta perahu layar Nongsa Regatta 2019. Para peserta ni dibawa dari tempat persinggahan mereka di Sekeling Islands ke Jeti Desa Batu Belubang dengan menaiki bot. Ketibaan mereka disambut meriah dengan paluan kompang dan diarak sehingga ke tapak event yang telah disediakan.

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Ketibaan para peserta menaiki bot

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Peserta disambut dengan paluan kompang

Setelah semua peserta dan penduduk setempat berkumpul di tapak event, acara dimulakan dengan bacaan doa. Selepas itu disusuli dengan acara pemakaian tanjak kepada wakil pelayar yang merupakan simbolik sebagai tanda untuk meraikan ketibaan para peserta perahu layar. Acara kemuncak adalah persembahan silat dan tarian kebudayaan untuk menghiburkan para tetamu dan upacara memakan sireh untuk tetamu kehormat. Tak banyak berbeza acara sambutan kat sini dengan adat kita di Malaysia.

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Acara pemakaian tanjak

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Barisan tetamu kehormat
Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Persembahan silat



Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Tarian sekapur sireh

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Tetamu diberi sireh sebagai tanda selamat datang

Selesai upacara rasmi, acara diteruskan dengan tarian joget lambak di mana para peserta dan para media dijemput untuk menari bersama-sama dengan penari kebudayaan. Mula-mula memasing malu-malu nak menari tapi rugi plak kalau tak join kan. So, apa lagi aku pun join la jugak. Dah lama tak menari, kekok plak rasa tapi hentam je wak. Yang penting enjoy..

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Tarian Joget Lambak - nampak tak gigihnya aku menari.. hehe

Penat menari terus lapar. Para tetamu dihidangkan dengan menu istimewa Desa Batu Belubang iaitu ikan ayam-ayam atau di sini dipanggil ikan jebong. Ikan ni mempunyai kulit yang tebal dan isinya rasa seperti ayam. Disebabkan kulitnya tebal makan ikan ni sesuai dibakar. Ini bukan kali pertama aku makan ikan ni. Masa kat Pulau Belitung pun aku ada makan ikan ayam-ayam ni. Sedap tau..

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Ikan jebong atau ikan ayam-ayam

AcaraNongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019 diakhiri dengan perlawanan bola tampar dan bersiar-siar keliling kampung. Rata-rata ramai pelancong yang kagum dengan keindahan pulau ini. Sebuah pulau yang sangat cantik, masih terpelihara dan dikelilingi dengan lautan yang jernih dan memukau. Aku sendiri pun rasa bertuah sangat bila terpilih untuk menyaksikan sendiri keindahan Pulau Lingga terutama Desa Batu Belubang ni.

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Desa Batu Belubang, sebuah perkampungan nelayan yang bersih, indah dan nyaman

Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019
Para peserta berangkat pulang

Ha, mesti korang tak sabar nak tau apa yang menarik ada di Pulau Lingga ni. So, nantikan entri aku seterusnya yee.. Sebelum tu meh aku belanja video kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019... tengok tauuu...... adios


Untuk maklumat lanjut mengenai Pulau Lingga boleh hubungi Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, iaitu Bapak Raja Fahrurazi di aplikasi whatsapp +62 08117011961.



Post a Comment

4 Comments

  1. Waaa joget lambak weiii...
    Meriah uiii...mata Sis ko tak nampak plak seafood, nampak ikan aje hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sotong sis tapi bekas asing. Tapi ikan tu sedap laaa..

      Delete
  2. kitakan rajin usha blog sis... nanti kita nk p indon ke, thailand ke kita roger sis ea... sis tlg rekemen tmpt taw.. syg sis ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.. mana yang sis boleh tolong, sis akan tolong. Tq selalu usha blog sis.. hehe

      Delete