BUFFET RAMADHAN 2019 : LUGAR DE LA BODA PUCHONG

BUFFET RAMADHAN 2019 : LUGAR DE LA BODA PUCHONG | Assalamualaikum semua.. Masih ingat dengan nama Lugar De La Boda yang terletak di Puchong ni? Ya, ini la salah satu lokasi idaman aku kalau nak kahwin nanti. Sebuah dewan perkahwinan yang besar dan cantik ni adalah milik Hanana Group Sdn Bhd dan sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal pengantin yang inginkan majlis perkahwinan ala garden. Tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal kahwin ye tetapi sebaliknya pasal buffet ramadhan yang akan diadakan di Lugar De La Boda Puchong untuk tahun 2019 ni.

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Ye la, bulan ramadan mana ada orang melangsungkan perkahwinan kan. Jadi di bulan ramadan ni Hanana Group telah menjadikan tempat ni sebagai dewan yang menawarkan buffet ramadhan Selangor khasnya untuk warga Puchong. Selain tu ada lagi satu tempat yang menawarkan buffet ramadhan putrajaya yang terletak di Ambassador Putrajaya. So, bagi warga Kuala Lumpur, Subang Jaya dan kawasan sekitarnya masih boleh datang ke salah satu lokasi ni untuk iftar ramadhan bersama kesayangan. Kalau nak pergi dua-dua tempat sekali pun lagi la dialu-alukan.

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Bila sebut buffet ramadhan mesti ramai yang nak tahu apa menu special yang ada di sini kan. Okey, bagi yang memang dah biasa atau pernah pergi ke majlis kahwin di lokasi milik Hanana Group mesti korang dah tau keenakan lauk pauk kenduri yang dihidangkan. Aku sendiri pun dah 3-4 kali merasainya dan ternyata setiap kali datang memang rasanya tak pernah berubah ye. Memang sedak sokmo gitu.

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Antara lauk yang ada adalah Nasi Briyani atau Nasi Minyak, Nasi Putih, Daging Masak Hitam, Dalca, Sambal Sotong, Masak Lemak Ikan Masin dengan Nanas, Daging Gulai Kawah, Ayam Masak Merah, Sayur Masak Lemak Pucuk dan Suhun, Acar Buah dan macam-macam lagi.

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Ha, tak cukup?? eh, ada banyak lagi lauk sampingan ye. Banyak juga pilihan yang ada. Bermula dari pelbagai jenis kerabu, ikan keli goreng, sayur campur, kupang goreng pedas, lala masak halia, pelbagai jenis ulaman, sambal belacan, cencalok dan banyak lagi.

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Kalau rasa macam taknak makan nasi, ada juga menu-menu lain yang boleh diambil. Ha, jangan lupa menjenguk ke bahagian kiri dan kanan dewan sebab ada barisan gerai yang menyediakan pelbagai jenis menu kegemaran ramai seperti Bihun Sup, Laksa, Dim Sum, Kambing Golek, Teppanyaki, Roti John, Char Kuey Teow, Keropok Lekor dan juga Cucur Udang, Air Batu Campur dan macam-macam air minuman yang menyegarkan.

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Dalam banyak-banyak menu ni aku tak boleh move on dengan Kambing Golek berperisa lemon. Memang mabeles uolssss.. Dah kenyang?? ha, jangan balik dulu. Ada banyak lagi dessert menanti untuk dinikmati. Pelbagai kuih muih tradisional, puding, kek dan juga bubur ada disediakan.

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Takpe, kalau kenyang apa kata pergi solat dulu lepas tu sambung la balik makan. Kat sini ada disediakan surau. So, boleh la berhenti seketika untuk menunaikan kewajipan. Selain tu kemudahan tandas dan ruang parking pun ada. Luas juga tempat parking kat Lugar De La Boda ni. So, jangan risau ekk.

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

Jadi apa tunggu lagi, moh la kita booking untuk bulan puasa nanti. Harga buffet ramadhan 2019 di Lugar De La Boda Puchong dan Ambassador Putrajaya ni bagi aku takde la mahal sangat. Kiranya ni antara Buffet Ramadhan Puchong dan Buffet Ramadhan Putrajaya yang murah tau. Tak percaya?? ha, rujuk kat bawah ni:

Buffet Ramadhan 2019 : Lugar De La Boda Puchong

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN BOOKING

Walk-in Price

Dewasa : RM68.00
Kanak-kanak : RM38.00

Early Bird

Dewasa : RM59.00
Kanak-kanak : RM30.00

Special Price

RM580
1x meja (10 pax)

* Kanak-kanak (6-12 tahun)

Sebarang pertanyaan/tempahan sila hubungi :


Sarah : 016-6700471
Zuraini : 016-3111074
Liana : 016-4318434
Atul : 016-6700473

Alamat :
Lugar De La Boda @ Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100, Puchong





Post a Comment

0 Comments