OMBAK DIVE RESORT PENGINAPAN TERBAIK DI PULAU PERHENTIAN KECIL

12.4.19

OMBAK DIVE RESORT PENGINAPAAN TERBAIK DI PULAU PERHENTIAN KECIL | Assalamualaikum semua.. Pulau Perhentian, aku datang lagi. Ya, ini kali kedua aku datang ke Pulau Perhentian bersama rakan-rakan blogger. Seronoknya rasa hati sebab dah lama tak bercuti ke pulau beramai-ramai macam ni. Aku ni memang sejenis yang suka tengok laut. Rasa tenang je bila dapat sedut vitamin sea.. Kalau tak dapat pergi pulau, mesti aku akan pergi ke tepi pantai.

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Happy bila dapat sedut vitamin sea

Perjalanan kami ke Pulau Perhentian bermula dari Kuala Lumpur. Kami naik kapal terbang jam 7.00 pagi dari KLIA2 dan turun di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Eh, mesti korang konfius kan. Pulau Perhentian ni kat Terengganu tapi kenapa turun flight kat Kelantan plak kan. Ha, ni nak bagi tips untuk korang yang first time nak ke Pulau Perhentian. Better turun kat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan sebab perjalanan dari tu ke Jeti Kuala Besut hanya 45 minit je berbanding dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu yang memakan masa sehingga 2 jam. Ha, boleh jimat banyak masa perjalanan tu. Lagipun boleh la jejak 2 buah negeri dalam 1 percutian kan. hehe

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Jeti Kuala Besut

Sampai aja di Jeti Kuala Besut masing-masing kelaparan. Ye la, flight awal pagi so tak sempat nak breakfast tadi. Kami decide untuk breakfast di salah satu kedai tepi jeti. Makanan yang dijual kat sini sedap-sedap dan murah pulak tu. Tapi awas ye, jangan nak makan lelebih. Karang ada yang terkeluar balik time naik bot. Settle breakfast kami pun meneruskan perjalanan ke jeti untuk menaiki bot.

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Breakfast dulu yukk

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Dah sedia nak naik bot.. yayy

Oh ya, Pulau Perhentian ni terbahagi kepada 2 iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. So far aku tak pernah jejak kaki di Pulau Perhentian Besar lagi. Dulu masa first time datang pun ke kami ke Pulau Perhentian Kecil juga. Takpe, maybe next time ada rezeki dapatla pergi ke Pulau Perhentian Besar tu. InshaAllah..

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Peta Pulau Perhentian

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Perjalanan dari jeti Kuala Besut ke Perhentian Kecil ambil masa 30 minit

Setelah mengharungi ombak dan badai selama 30 minit di Laut China Selatan akhirnya kami sampai ke destinasi. Alhamdulillah perjalanan kami selamat. Mujur takde yang mabuk laut sebab aku ni sensitive skit kalau ada yang dah start mabuk, mesti berjangkit. Kami turun di Jeti Coral Bay (Teluk Aur). Yayy, happy rasa hati bila nampak lautan yang terbentang luas dan air nya yang jernih. Tak sabar nak habiskan 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian Kecil ni. Mood holiday turns ON.. yippiee.

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Yayy, dah sampai jeti Coral Bay (Teluk Aur)

Dari jeti dah nampak dah kelibat tempat penginapan kami iaitu Ombak Dive Resort. Cantik dan yang penting tak payah nak jalan jauh dari jeti. Ye la, dulu masa mai kali pertama kami duduk dekat chalet di Long Beach. Apa lagi memang kena menapak jauh la. Dah la laluan dia macam membukit sikit. Ditambah pulak dengan beg yang berat. Fuhh, mau sakit pinggang.

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Dari jeti dah nampak Ombak Dive Resort

Sampai je dekat Ombak Dive Resort, kami disambut dengan penuh warm ya, siap ada welcome drink iaitu air tembikai yang sedap dan menyegarkan. Allahu, bila teguk je terus hilang rasa penat. Ditambah pulak dengan view yang cantik menghadap laut, adusss layan habis la. Sementara menunggu untuk check-in kami berehat dulu di Ombak Cafe sambil menikmati makan tengah hari. Cantik weii restoran ni. Makanan kat sini pun memang superb giler dan sedap. Ha, nanti aku share dalam entri lain pasal makanan kat sini.

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Nampak tak welcome drink kite tu?? mabeles tau..

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Lunch dulu sebelum check-in, sedapnya lamb chop ni... yummy

Selesai makan tengah hari, kami pun bergerak ke bilik kami yang terletak di bahagian belakang Ombak Cafe. Aku ingat lagi masa kali pertama datang ke Pulau Perhentian Kecil dulu (tahun 2016) kami perlu melalui Ombak Dive Resort ni untuk ke Long Beach. Masa lalu tu memang teruja tengok Ombak Dive Resort ni sebab cantik. Dalam hati terdetik "Bestnya kalau dapat menginap kat sini". Alhamdulillah, tak sangka tuhan makbulkan doa. Syukur..

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Tak sangka dapat stay kat sini

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Bilik aku kat belah kanan tingkat atas

Bila buka je pintu bilik sekali lagi aku teruja. Mana taknya weii, dah macam bilik orang nak honeymoon dah. Siap ada kelambu dengan hiasan katil berbentuk Love lagi. Haissh, berhoneymoon la kita malam ni ye Kak Min selaku roomate aku. Bilik kami ni jenis Twin Room. So, boleh muat 2 orang. Kat Ombak Dive Resort ni ada 4 jenis bilik yang boleh dipilih iaitu :

✔ Single Room
✔ Twin Room
✔ Quadruple Sharing Rooms
✔ Exclusive Suites

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Ha, ni la bilik aku. siap ada kelambu dan hiasan katil bentuk love gitu

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Selesa sangat bilik ni

Mesti korang ingat bilik kat sini mahal kan. Tapi bagi aku harganya takde la terlalu mahal. Berbaloi la dengan segala kemudahan yang ada (nanti aku ceritakan kat bawah ye). Percaya tak korang boleh dapat stay kat sini bermula dari RM290 berserta sarapan pagi untuk dua orang. Pakej lain kalau korang nak lagi senang boleh ambil yang macam kat bawah ni :

🌊 4 days 3 night Snorkeling Package = RM 955 per pax
🌊 3 days 2 night Snorkeling Package = RM 690 per pax
🌊 4 days 3 night Free and Easy Package = RM 865 per pax
🌊 3 days 2 night Free and Easy Package = RM 600 per pax
🌊 3 days 2 night Honeymoon Package = RM 695 per pax

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Ni bilik untuk 4 orang

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Ni pulak bilik untuk 2 orang tapi katil asing-asing

Ha, nak tau tak kenapa aku kata Ombak Dive Resort ni pilihan terbaik untuk bercuti di Pulau Perhentian? Jawapannya sebab kat sini ada kemudahan bekalan elektrik 24 jam dan mempunyai penghawa dingin (air-cond). Yess, boleh la nak charge telefon atau kamera anytime je. Maklum la blogger kan, kamera dan handphone tu ibarat nyawa tau. hehe..

Memandangkan Pulau Perhentian Kecil ni masih belum mempunyai bekalan elektrik maka kebanyakan resort dan chalet kat sini guna generator persendirian. Ingat lagi chalet yang kami duduk dulu pakai kipas angin je. Pastu bekalan elektrik pun hanya ada waktu 7pm hingga 7am untuk penjimatan dan memelihara genset supanya tak cepat rosak. Menurut staff kat sini, tak banyak resort yang mempunyai bekalan elektrik 24 jam. So, kalau korang datang bersama keluarga yang mempunyai kanak-kanak kecil, better pilih Ombak Dive Resort ni. Selesa weiii.

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Lengkap kemudaham kat bilik ni

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Bilik air besar siap ada hot water

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Hair dryer dgn ubat nyamuk pun ada

Bagi memastikan keselesaan pengunjung di Ombak Dive Resort, kemudahan dalam bilik disediakan lengkap macam bilik-bilik di hotel. Siap ada tv, peti ais mini, kipas siling, air-cond, kettle bancuh air, water heater, hair dryer, ubat nyamuk elektrik dan juga safety box. Buat masa ni masih belum ada channel tv so sape datang sini sila la download movie siap-siap untuk hiburan di bilik. Dengar kata inshaAllah tahun depan baru akan dinaiktaraf untuk masukkan channel tv. Sama juga dengan wifi, setakat ni kat bilik masih belum ada wifi. Kalau nak wifi kena duduk di Ombak Cafe ataupun di reception area.

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Reception area, port lepak cari wifi.. hehe

Bila datang bercuti ke Pulau Perhentian ni tak sah la orang kata kalau tak pergi snorkeling atau bagi yang expert boleh pergi scuba diving. Macam aku yang tak pandai berenang ni dapat celup-celup kaki pun jadi la.. hehe. Tapi untuk hari pertama ni kami tak turun ke laut. Lagipun kasi can la rehat-rehat kan badan dulu kan. Takpe, esok masih ada. So, aktiviti petang ni kami bersiar-siar di sekitar resort dan juga beramah-mesra dengan staff di Ombak Divers.

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Percutian 3 hari 2 malam di Ombak Dive Resort.. yayy

Bagi korang yang berminat nak snorkeling ataupun scuba diving boleh la datang ke Ombak Dive Resort ni. Memang berpatutan pakej yang mereka tawarkan kat sini. Patut la ramai pelancong yang stay kat sini. Rupanya diorang ambil pakej scuba diving. Kalau nak belajar pun boleh. Kat Ombak Dive Resort ni ada menyediakan peralatan lengkap dan latihan skuba yang diuruskan oleh Ombak Divers dan diiktiraf oleh PADI. Seronok pula dengar penerangan dari Jurulatih professional kat sini. Tapi aku ni tak pandai menyelam, kalau menyelam ke hati awak pandai la.. ehhh.. hehe

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Kat sini ada juga Ombak Divers untuk orang yang nak scuba diving

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Peralatan scuba diving yang ada kat sini

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Penerangan mengenai point untuk scuba diving

Memandangkan hari dah petang dan kurang panas, kami pun decide untuk keluar berjalan di tepi pantai. SubhanaAllah cantiknya pemandangan kat sini. Kami beruntung sebab lokasi Ombak Dive Resort ni menghadap ke arah matahari terbenam. Jadi tak perlu nak jalan jauh-jauh. Dari Ombak Cafe pun dah boleh tengok sunset yang memukau. Tapi kalau nak jenjalan di persisiran pantai pun boleh juga. Ha, kalau nak berkayak atau mandi laut pun boleh. Ada tempat untuk menyewa kayak sebaris dengan Ombak Dive Resort.

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
awat nampak kurus ni.. haha

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
View waktu petang. tenang je

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Kat sini boleh berkayak juga

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
layan sunset

Bila tiba waktu malam, secara automatik suasana di Ombak Cafe berubah jadi happening. Biasanya pengunjung kat Pulau Perhentian ni akan ke Long Beach untuk berhibur dan melihat Fire Show tapi bagi mereka yang menginap kat Ombak Dive Resort ni tak perlu nak susah-susah jalan ke Long Beach sebab Ombak Dive Resort sendiri ada pertunjukan 'fire show' khas buat para pengunjung yang menginap di sini pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu pada jam 7.30 malam.

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Santai malam di Ombak Cafe
Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Ada pertunjukan api khas untuk pengunjung Ombak Dive Resort



Selain tu setiap malam pula ada disediakan Wayang Pacak. Eh, bukan pertunjukan wayang kulit tau. Tapi pihak Ombak Dive Resort menayangkan filem yang terpilih di layar canvas khas buat pengunjung. Memandangkan kebanyakan pengunjung dari luar negara so kebanyakan filem yang ditayangkan filem hollywood la kan. Layan jugak kan, memalam lepak kat cafe yang happening macam ni sambil menikmati makanan yang sedap. Ye, sabar-sabar. Bab menu makan nanti aku cerita next entri sebab kalau semua cerita kat sini memang berjela-jela la panjangnya.. hehe

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Dinner sambil layan filem hollywood

Next day adalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu snorkeling. Yayy.. haha.. tumpang happy walaupun hakikatnya aku tak reti snorkeling weii. Tapi kalau korang mai Pulau Perhentian ni korang kena pi snorkeling tau. Air kat sini jernih, dari permukaan pun dah nampak ikan. Kalau ikut kat sini ada banyak point untuk snorkeling tapi kami memilih untuk singgah di Romantic Beach salah satu pantai yang agak tersorok dan lebih privacy. Masa kami sampai tu memang takde orang pun kat situ.

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Cantiknya Romantic Beach ni

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Acah-acah je tu nak pergi snorkeling

Pantai kat Romantic Beach ni bersih dan cantik. Siap ada hiasan cengkerang yang digantung-gantung untuk bergambar. Ha, apa lagi.. orang sibuk snorkeling aku pulak sibuk bergambar. hihi. Tapi ye la kan, bukan selalu dapat datang tempat yang cantik dan nyaman macam Romantic Beach ni. Siap takde orang lagi. So, sementara tunggu diorang yang lain snorkeling boleh la berpicnic. Bentang tikar sambil makan-makan.. memang heaven laa..

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Cantik pokok ni, siap ada cengkerang bergantungan

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Tak pi snorkeling, main laut pun ok kan

Secara keseluruhannya memang puas hati sesangat percutian kali ni di Ombak Dive Resort. Dah la tempat cantik, staff pun friendly. Seronok sangat sepanjang stay kat sini, rasa macam satu keluarga dah. So, kalau korang nak datang bercuti ke Pulau Perhentian Kecil, Ombak Dive Resort merupakan penginapan terbaik yang menjadi pilihan aku. Korang boleh rujuk link kat bawah ni kalau nak tau pakej atau promosi terkini dari pihak Ombak Dive Resort :

Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil
Kalau korang tanya seronok ke tak?? of course seronok weiii

Tel/Whatsaap : +60197911002



You Might Also Like

4 Comments

  1. hiasan bilik dia dah macam pergi honeymoon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... sape yang nak hanimon kat Perhentian Kecil boleh la pilih bilik kat sini ^_^

      Delete
  2. Bestnya cuti cuti di Pulau Perhentian Kecil Bilalah agaknya dapat bercuti ke sana

    ReplyDelete
  3. cantik nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. huu~ teringin nak pegi Pulau Perhentian tapi anak2 kecik lagi.. macam2 fikir.. hahahahaha~

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *