PELANCARAN KEMPEN SASUCARE OLEH SASUKE OUTLET

23.4.19

PELANCARAN KEMPEN SASUCARE OLEH SASUKE OUTLET | Assalamualaikum semua.. Pernah dengar Sasuke Outlet?? bunyi macam kedai makanan jepun je kan tapi kalau korang nak tau sebenarnya ia adalah outlet di mana kita boleh membeli pakaian terpakai berjenama premium. Aku sendiri dah pernah beli winter coat di Sasuke Outlet cawangan Bandar Sri Permaisuri. Serius kualitinya masih cantik macam yang baru dan harga yang aku dapat jauh lebih murah dari harga winter coat yang baru. Berbaloi tau.

Pelancaran Kempen SASUCARE oleh Sasuke Outlet

Dengar kata tahun ni adalah ulang tahun ke-3 Sasuke Outlet ni. Wah tahniah!!. Pejam celik dah 3 tahun rupanya. Rasa macam baru lagi shopping kat situ sebab masa tu aku nak pi Jepun. So, sempena ulang tahun ke-3 ni, Sasuke Outlet melancarkan Kempen SASUCARE. Eh, kempen apa tu?? Ha, meh aku kongsikan dengan korang mengenai Kempen SASUCARE sebab aku pergi masa Sasuke Outlet buat majlis pelancaran tempoh hari di De Palma Hotel Ampang.

Pelancaran Kempen SASUCARE oleh Sasuke Outlet

Kempen SASUCARE ni merupakan singkatan kepada 2 perkataan iaitu 'SASUKE' dan 'CARE' yang bermakna SASUKE Prihatin. Owh, baru la ku tahu. hihi.. Kempen ni diadakan sempena bulan April yang dipilih sebagai bulan kesedaran Autisme Sedunia. Kempen ini juga merupakan kerjasama bersama KINDNESS MALAYSIA yang turut sama melaksanakan kempen SASUCARE.

Pelancaran Kempen SASUCARE oleh Sasuke Outlet

Untuk pengetahuan korang, Kempen SASUCARE ni akan berlangsung selama 3 bulan dari 1 Mac hingga 31 Mei 2019. Tujuan utama kempen SASUCARE ini diadakan adalah untuk membantu rumah-rumah kebajikan yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur dari segi bantuan keperluan asas harian dan juga pendidikan. Setakat ni antara rumah kebajikan yang dipilih iaitu :

💘 Bulan Mac 2019 - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Taman Desa (golongan Autisme)
💘 Bulan April 2019 - Rumah Titian Kaseh (golongan ibu tunggal)
💘 Bulan Mei 2019 - Rumah Penjagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas (Warga Emas)

Semasa majlis pelancaran ni diadakan, seramai 25 orang pelajar Autisme dari PPDK Taman Desa yang berumur sekitar 15 hingga 23 tahun telah dijemput dan diraikan sebagai penerima pertama kempen SASUCARE. Seronok tengok wajah anak-anak ini yang walaupun tak mengerti keadaan sekeliling (autisme) tapi tetap tersenyum gembira. Betapa tabahnya para guru yang membantu dan melayan kerenah mereka ni.

Pelancaran Kempen SASUCARE oleh Sasuke Outlet


So, kita sebagai rakyat marhaein apa kata sama-sama turut membantu mereka yang memerlukan ni. Caranya mudah je. Hanya perlu pergi shopping di Sasuke Outlet aje. Ya, aku pasti semua orang suka shopping kan. So, tak salah jika kali ni sambil shopping sambil kita beramal kerana setiap pembelian melebihi RM30, sebanyak RM1 akan disalurkan ke tabung Kempen SASUCARE ni. Oh ya, selain dari outlet di Bandar Sri Permaisuri, Sasuke Outlet juga ada di Pandan Jaya, Danau Kota, Kajang, dan Bangi. Jadi apa tunggu lagi, moh le ke Sasuke Outlet yang berhampiran dan support kempen SASUCARE.. Maknanya shopping time.. yayy..


Maklumat lanjut boleh rujuk di :



You Might Also Like

2 Comments

  1. est gak sasuke ni ,kita dah gi shopping berbaloiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sue... kalau nak cari baju sejuk memang berbaloi sgt2 beli kat sini. lg satu murahhh

      Delete

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *