ZERO CARBON CHALLENGE ECO RACE 2019

ZERO CARBON CHALLENGE ECO RACE 2019 | Assalamualaikum semua.. Pada hari Sabtu lepas aku dan beberapa orang blogger telah menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh Alam Flora Sdn Bhd. Nama pertandingan ni adalah Zero Carbon Challenge Eco Race 2019. Untuk menyertai pertandingan ni kena ada 4 orang dalam satu kumpulan. Jadi aku telah bergandingan dengan blogger Mahamahu, Rafzan Tomomi dan juga Penaberkala (wakil Projek Travel). Nak tau tak apa nama kumpulan kami? Ya, kami pilih nama Cupcake ye..

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Zero Carbon Challenge Eco Race 2019

Seawal 7.30 pagi kami semua berkumpul di stesen LRT Ara Damansara. Bila tengok wajah-wajah peserta lain yang penuh bersemangat, terus kami rasa teruja. Kami diberitahu seramai 120 orang yang telah mendaftar sebagai peserta maknanya dalam 30 pasukan gitu. Kebanyakan peserta adalah dari warga Alam Flora, Prasarana dan 1 kumpulan wakil blogger iaitu team kami. Agak-agak boleh menang ke ni? Tapi takpe, kalah ke menang yang penting kami akan beri full commitment untuk menyiapkan semua tugasan di setiap check point nanti.. go cupcake gooo..

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
pendaftaran para peserta Zero Carbon Challenge Eco Race 2019

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Ramai juga peserta tahun ni

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Team kami - Cupcake

Mungkin ada di kalangan pembaca yang belum mengetahui mengenai pertandingan Zero Carbon Challenge Eco Race 2019. Untuk pengetahuan semua, Zero Carbon Challenge adalah satu siri utama program Alam Flora Group bermula dari FY2018/2019 untuk menanamkan budaya meminimumkan pelepasan jejak karbon dalam aktiviti harian kita. Dalam masa yang sama dapat membantu memelihara Malaysia ke arah persekitaran yang lebih bersih untuk generasi yang akan datang.

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Ucapan dari Dato' Hj Mohd Zain Hj Hassan, CEO Alam Flora Sdn Bhd

Jadi sebagai langkah untuk menyokong Zero Carbon Challenge ni pihak Alam Flora telah melakukan kelainan berbanding pertandingan Eco Race sebelum ni. Alam Flora telah melakukan penambahbaikan program ini dan melaksanakan konsep lebih mesra alam iaitu melalui kerjasama dengan pihak Prasarana untuk menggunakan pengangkutan awam agar penghasilan karbon dapat dikurangkan semaksima mungkin.

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Zero Carbon Challenge kali ni menaiki LRT ye

Dengan menggunakan pengangkutan awam, khususnya LRT, kita boleh mempromosikan pengurangan aktiviti pelepasan karbon (CO2) ke atmosfera dan menyokong Matlamat Kerajaan untuk mencapai 45% pengurangan Pelepasan Karbon setiap KDNK menjelang tahun 2030. Kita juga berusaha untuk meningkatkan tahap kesedaran di kalangan peserta dan orang awam mengenai kepentingan melindungi alam sekitar serta kepentingannya kepada generasi akan datang.

LRT adalah pengangkutan awam yg dekat di hati rakyat Malaysia
LRT adalah mod pengangkutan awam yang kurang mengeluarkan karbon ke atmosfera
✔ Pengangkutan awam menghasilkan 95% kurang karbon monoksida berbanding kenderaan persendirian

Ha, menarik kan konsep Zero Carbon Challenge Eco Race 2019 ni. Setakat ni aku sendiri pun belum pernah menyertai mana-mana pertandingan yang menggunakan LRT sebagai medium kenderaan. Kalau kereta tu dah banyak kali jugak la. So, kebarangkalian untuk sesat tu agak minima la kan berbanding guna kereta sendiri.

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Info - Cara pengiraan pembebasan asap hitam kenderaan

Untuk tugasan di setiap check point pun menarik juga. Ha, nak tau sebab apa? Sebabnya Zero Carbon Challenge kali ni menggunakan konsep 'Paperless' sebaliknya menggunakan konsep pendigitalan ye. Jadi semua 'clue' atau soalan diberi melalui 'QR code' bagi mempromosikan pengurangan penggunaan kertas dan ianya selari dengan konsep mesra alam sekitar. Seriusly kami satu team pun kagum dengan inisiatif Alam Flora yang memilih konsep begini. Memang lain dari yang lain. Lagipun mudah sebab masing-masing memang bawa telefon kan.

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Konsep paperless di mana sistem Scan QR Code digunakan

Alhamdulillah, kami berjaya melakukan semua tugasan dengan baik dan berjaya sampai ke garisan penamat dengan selamat. Masa sampai tu, kami tak fikir pun soal menang ke kalah. Yang penting kami enjoy sepanjang perjalanan. Tugasan senang ke susah? Ok, bagi kami setiap tugasan takde la susah sangat ataupun senang sangat tapi tahap sederhana dan boleh dilakukan tapi yang mencabar tu sebab stesen check point kami asyik berpatah balik di sepanjang laluan antara Ara Damansara ke Pasar Seni. Tu yang geram tu, tapi mujur dalam LRT ada penghawa dingin, sejuk sikit hati.. hehe

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Task menyiapkan beg dari pakaian terpakai

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Muka macam Cina tapi pandai baca jawi 😊

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Task ni kena kumpul 1kg barangan kitar semula

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Bergambar dengan peralatan berkonsepkan mesra alam sekitar seperti ITALA, EGO Blower, Electro Vacuum dan Scooter Electric

Sementara menunggu keputusan, semua peserta dijemput untuk bersama-sama untuk membuat perssembahan Eco Drum Circle yang menggunakan barang kitar semula sebagai medium untuk menghasilkan muzik. Bayangkan alat yang digunakan adalah seperti tong sampah hitam, tin kosong, botol kosong, tutup periuk, kuali dan kayu je tapi muzik yang dihasilkan sangat harmoni dan penuh semangat. Terbaik la..

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Persembahan Eco Drum Circle

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Unik kan, hanya guna barangan kitar semula

Sehebat rentak Eco Drum Circle, macam tu juga la bunyi rentak jantung masa pengumuman para pemenang. Bermula dari tempat no 30, satu persatu nama kumpulan disebut tapi nama Cupcake maasih belum muncul. Debaran makin kuat terutama bila memasuki senarai 'Top 10'. Ya, nama Cupcake masih belum muncul ye hingga ke senarai 'Top 5'. Kami berpandangan sesama sendiri bagai tak percaya. Biar betul weii.. Akhirnya, nama Cupake disebut untuk no 4 dari 30 buah kumpulan. Syukur alhamdulillah, satu keputusan yang tak disangka-sangka sangat. Tahniah buat pemenang no 1, 2 dan 3 serta semua peserta lain yang menyertai pertandingan Zero Carbon Challenge Eco Race 2019 ni.

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Alhamdulillah, team Cupcake dapat no 4

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Tahniah buat semua pemenang Kumpulan 2B2S, Kumpulan zeroSupOne, Kumpulan No More Single

Buat Alam Flora Sdn Bhd serta anak syarikatnya DHES dan juga pihak Prasarana, tahniah atas penganjuran program Zero Carbon Challenge Eco Race 2019. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun akan datang sekaligus dapat memupuk kesedaran di kalangan staff Prasarana dan masyarakat tentang memelihara alam sekitar melalui program-program yang seumpama ini di masa hadapan.

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Jutaan terima kasih dan tahniah kepada Alam Flora Sdn Bhd atas penganjuran Zero Carbon Challenge Eco Race 2019


Post a Comment

0 Comments