BERBUKA PUASA DENGAN TONY ROMA'S FESTIVE DELIGHT

15.5.19

BERBUKA PUASA DENGAN TONY ROMA'S FESTIVE DELIGHT | Assalamualaikum semua.. Haluuu, berbuka puasa kat mana hari ni?? ha, apa kata hari ni gantung kuali dan berbuka puasa kat luar?? Ala, sekali sekala apa salahnya. Lagipun aku pasti lepas korang baca entri ni mesti terbayang-bayang menunya yang enak dan menggiurkan. Hey, awas ye, mohon jangan sampai menjejes air liur ye. Karang kalau batal puasa jangan kecam sis tau.. sis cuma nak mengajak korang berbuka puasa di Tony Roma's kerana di bulan ramadan ini mereka menawarkan sajian Festive Delight

Berbuka Puasa Dengan Tony Roma's Festive Delight

Sebut aje restoran Tony Roma's ni aku rasa tak perlu la nak bagitau macam mana sedapnya menu depa ni. Makan sekali confirm akan datang lagi. Ok, cerita dia macam ni. Jumaat lepas aku berpeluang untuk berbuka puasa kat sini. Kiranya ni first iftar bersama kawan-kawan. Kat Tony Roma's pulak tu, memang taknak ketinggalan la. Memandangkan ramai yang datang, kami dihidangkan dengan menu istimewa Tony Roma's sempena Ramadhan iaitu Festive Delight. Antara menunya adalah :

1) Meriah Meal (RM258.80 nett)
Set ni sesuai untuk 5-6 orang. Dalam set ni ada Lamb Ribs Full Slab with Honey Plum Sauce, BBQ 1/2 Chicken, 2 Slab s of Beef Riblet with TR's Original Sauce, Coral Mix Salad with Kickin' Shrimp, 3 Hot Baguette, 6 mashes potatoes or rice dan 6 cups soup of the day.

Berbuka Puasa Dengan Tony Roma's Festive Delight


2) Selera Iftar (RM168.80 nett)
Set ni pula sesuai untuk 3-4 orang. Dalam set ni ada Lamb Ribs Roma Rack with Honey Plum Sauce, BBQ 1/2 Chicken, Beef Riblet with TR's Original Sauce, Coral Mix Salad, Corn on Cob, 2 Hot Baguette, 4 mashed potatoes or rice dan 4 cups soup of the day.

Berbuka Puasa Dengan Tony Roma's Festive Delight

Seriusly aku suka sangat kedua-dua set ni. Paling suka of course la beef & lamb kan. Isinya lembut dan mudah tanggal dari tulang. Dicicah pulak dengan sos Tony Roma's..pergh nikmatnya rasa. Sampai sekarang teringin nak tau apa la yang depa guna untuk memerap daging ni sampai jadi sedap yakmattt tapi of course la tu rahsia kan. Mahal? Bagi aku berbaloi kot kalau bayar dalam RM40+ seorang untuk menikmati hidangan Festive Delight ni. Portion pun besar.. 

Berbuka Puasa Dengan Tony Roma's Festive Delight

Bagi yang tak makan daging jangan risau, set ayam pun ada jugak. Ye, Tony Roma's juga ada menyediakan 3 set hidangan ayam dengan seleksi rasa yang pasti buat korang tak tidur malam punya. Cewaahhh.. Ha, ni pilihan set ayam sempena Festive Delight di Tony Roma's :

1) Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken 
Set ni ada grilled BBQ 1/4 Chicken glazed with Sensational Serai BBQ sauce, Corn with cob, Coral Salad, yellow rice or mashed potatoes. 

Berbuka Puasa Dengan Tony Roma's Festive Delight

2) Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken
Set ni ada grilled BBQ 1/4 Chicken glazed with Tom Yam BBQ sauce, Corn with cob, Coral Salad, yellow rice or mashed potatoes. 

Berbuka Puasa Dengan Tony Roma's Festive Delight

3) TR Original BBQ 1/4 Chicken
Set ni ada grilled BBQ 1/4 Chicken glazed with TR's Original BBQ sauce, Corn with cob, Coral Salad, yellow rice or mashed potatoes. 

Untuk set ayam ni aku paling suka yang tom yum tu la. Sedap sos dia hingga menjilat jari. Yang serai tu pulak ok je rasa dia cuma sebab aku kurang gemar serai so kira ok je la. Tapi kalau sape yang dah biasa dengan rasa ayam Tony Roma's boleh pilih TR Original BBQ 1/4 Chicken. Harga untuk set ayam ni hanya RM 30.90 nett.

Berbuka Puasa Dengan Tony Roma's Festive Delight

Andai kata tak mau order Festive Delight, menu-menu lain pun masih ada juga. Ye la, mana tau datang berdua je ke nak dating-dating takkan nak order Meriah Meal kan. Mau tersandar kekenyangan. So, boleh la pilih menu lain seperti Lamb Flatbread, Lamb Burger, Lamb Pasta. Air pulak ada Banana Slurpee, Blackcurrant Jelly Bandung, Mango Blackcurrant Jelly dan Strawberry Jelly. Yang penting tepuk dada tanya selera.

Berbuka Puasa Dengan Tony Roma's Festive Delight

Ok, dah penat duk taip dan edit gambar ni, takde ke yang nak belanja berbuka nanti?? Kalau ada, jom la berbuka puasa dengan Tony Roma's Festive Delight. Promosi pada bermula dari 1 Mei hingga 30 Jun 2019 di semua cawangan Tony Roma’s di seluruh Malaysia. Kalau tak nak keluar, order guna food delivery pun boleh melalui Grab Food dan Honest Bee

Maklumat lanjut sila rujuk :


Facebook :

Instagram :




You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *